12/12/11

ujian personaliti

salam sejahtera buat semua

baru2 ini nama aku tersenarai untuk mengikuti ujian personaliti
aku sempat mencari sedikit info pasal ujian personaliti
tapi tidak membantu sangat
maka selepas sendiri menghadiri dan menjalaninya
maka ini yang dapat aku rumuskan

ujian personaliti tiada jawapan yang betul atau salah
setiap soalan memerlukan anda menjawab ya atau tidak
dimana jawapan anda akan menentukan personaliti anda

ujian personaliti menentukan personaliti anda
personaliti anda akan menentukan samada anda sesuai atau tidak terhadap jawatan yang dipohon
contohnya kalau anda memohon jawatan sebagai akauntan,maka anda seharusnya mempunyai ciri2 seorang akauntan seperti integriti,amanah dan bertanggungjawab dimana soalan2 yang menjurus kepada sikap2 ini anda seharusnya menjawab ya.

ujian personaliti memastikan ketelusan diri anda
ini menunjukkan samada anda jujur atau tidak ketika menjawab soalan yang diberikan
contohnya "pernahkan anda berang/marah kepada kawan anda?" ataupun "adakah anda gugup jika berucap di hadapan umum?" yang semstinya harus jawab ya kerana manusia semestinya ada ketikanya sikap marah teruji dan mesti gugup ketika mahu berucap.ini ciri-ciri manusia kan?


tips untuk berjaya dalam ujian personaliti
1.semestinya berdoa dan bertawakal
2.elok juga berlaku jujur ketika menjawab soalan personaliti akan tetapi kalau kamu berusaha untuk mendapat jawatan yang dipohon,seharusnyalah menjawab dengan memberi jawapan2 positif yang seharusnya ada pada jawatan yang dipohon.bukan begitu?


*****setiap apa yang ditulis diatas adalah dari pengamatan dan pengalaman saya. kepada mereka yang akan menduduki ujian personaliti,selamat maju jaya diucapkan.



*****ada seseorang yang pemurah mahu taja roadtax kereta saya tahun ini.sangat teruja dan terima kasih bebanyak.

12/5/11

december datang lagi


sudah setahun pemergian mama
hmmm
tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami

sebelum ini
aku selalu gusar pasal rezeki
yang akhirnya aku pasrah
dan hanya berusaha
tanpa nampak 'kat mana rezeki akan datang'
ternyata kuasa Allah sangat besar
kadang2 dalam keadaan yang tidak disangka2
dan aku sangat bersyukur untuk itu

semalam
setelah hampir 4bln xbertemu
aku belanja bos lama aku
dia sudah berubah
makin kurus,kusut,dan susut
dan aku tahu dia hadapi masalah
orang yang banyak bantu aku
suatu ketika dahulu
tetiba jadi camtu
aku rasa luluh
dan mula aku terdetik
KALAUlah ada apa2 yang aku boleh tolong
untuk ringankan beban dia
KALAULAH
dan 'kalau' itu membuka pintu
peluang untuk syaitan menerjah
kerana 'kalau' itu menunjukkan kelompongan
dan harapan yang tak terpenuh
sesungguhnya Allah lebih mengetahui
dan aku mendoakan rezeki untuknya bertambah,amin

setahun ini hidup aku berpusat pada keluarga,kewangan,kerjaya
tahun ini tahun paling sukar bagi aku
tahun ini buat aku sedar
keluarga ialah no 1,xde galang ganti
dan kami support antara satu sama lain
waktu sukar memang menguji kesemuanya
dan alhamdulillah
aku masih bernafas,teruskan hidup
dan tentulah,sesukar mana yang aku rasa
masih ada insan di luar
yang lagi susah dari aku

untuk mereka juga
aku suka berkata
kasih sayang akan mengubat segalanya
hati tenang dan ikhlas akan hilangkan penyakit hati
sangat sentosa:)

11/23/11

hellllloooo

salam semua
harap sihat sentiasa
aku sebenarnya hari-hari online
tapi macam tak ada apa sangat nak cerita dan hebah

bulan nov ada beberapa tarikh yg istimewa
bday laki aku,bespren kahwin(tahniah ernny) dan sepupu yg xberapa kenal juge kahwin,bola sepak,sukan sea,indon,blabla..kalau ikutkan sifat aku yang suka cakap ni,mmg banyak aku nak report kat sini.tapi xpelah.

buat ernny,tahniah aku ucapkan.aku pun xtau mung masih jenguk sini atau tidak.fasa baru masuk alam berdua ni akan sangat indah untuk dikenang.setiap saat akan rasa berharga.enjoy the moment.harapan aku moga perkahwinan ini akan bertahan ke akhir hayat.moga kalian bahagia dan dan hadapi setiap masalah dengan sikap toleransi,kesabaran,menghormati dan kasih syg.insyaallah.

bila tengok last entry sendiri yang pergi intebiu cari keje
(org tu xrespon sehingga kini)
aku dah xmengharap lagi dah
dah malas nk cari keje
kalau aku bz pk pon,maybe neks year
itupun bergantung pada keadaan semasa
buat masa ini
boleh dikata kehidupan ditahap membangun
kerja membangun dan berat badan juge
kesihatan juga xberapa bagus
selera makan xmenentu
terbantut semua kerja
hebatnya bila dah berlaki
semua kerja dia ambil alih
kalau dia outstation
aku pulak jadi mcm hilang punca
susah betul..

aku pun dah jarang masuk dapur
dah tak eksited nk blajar memasak
baju hantar dobi,yg mmg dah berlipat pun aku malas nk kemas
harap sementara je mcm ni
cuma kalau ada hari aku terajin
dan paksa laki utk mood rajin mcm aku
mmg aku lelah mampos sbb semua kena buat serentak
dan teringat zaman mrsm
mcm hari ada inspection
ktorg lakibini sibuk bahagi kawasan utk dibersih

aku sedikit homesick
rasa nak balik kg
mama dah xde
xtau ape yang aku rindu rasa nak balik sangat
mungkin makanan/suasana/udara
suzi pun selalu datang
selang wiken je dia datang
mmg aku oder suruh dia bwk memacam
dia slalu bising kena bau keropok satu kereta tiap kali dtg
apa daya,padan muke mung

dunia,kalau aku terlalu pegang,aku akan risau
bila sedar aku dikelilingi org org yang aku sayang dan disayang
yg lain semua jd dah xkesah
kuatnya kuasa kasih syg
dan Allah bg rezeki pada waktu tidak disangka
mampukah untuk ditolak?
aku bersyukur

hrp kehidupan bertambah baik dan penuh kasih sayang

dan tentu itu juga yang aku doa untuk kamu yg sedang membaca ini

sekian,jumpa lagi.

9/20/11

hidup umpama roda..pusing selalu

ye..itulah tajuk sempena lama xupdate

salam semua
sejahtera hendaknya

untuk diri aku
lepas arwah mama meninggal
dtglah cubaan dugaan mcm mana pun
ombak yang besar aku dah xrasa besar
ribut angin kencang pon aku buat dek je
bukan sebab aku gagah perkasa dan angkuh dan sombong
cuma,lepas mama dah xde
bagi aku tiada lagi kepedihan dan kesedihan setara itu
sangat hebat penangan ketiadaan ibu
raya pun xseumpamanya
kalau ada pun yang terdekat,yang boleh merawat sikit pedih ini
hanya adik beradik..kami dilatih punyai nilai arwah mama
sorri papa..papa yang semakin menjauh..

dengan gaji aku yang masih tertunggak xdibayar
seris aku dah malas kerja dengan saudara mara

patutnya time intebiu td,cina tu tanya weaknesses aku apa,aku patut jwb "terlalu senang kesiankan orang,makan diri"

akhirnya aku jobless..

suatu ketika,aku xpernah berkira pasal duit
sebab gaji sgt byk tuk diri aku,gaji sbulan pun 2 bulan boleh tahan
dan aku xde hutang atau tanggungan selain kereta
mkn pon jarang guna duit sendiri unless kalau aku kuar sendiri,selalu orang sponsor
macam anak emas
aku kira untuk usia aku,aku agak mewah. kalau bab duit
nasib baik aku hantu barang kemas
dan aku ada jugak melabur ke emas,aku memang boros xbleh pegang cash

dan sekarang
dengan status menganggur
walau no cash inflow
rezeki walau masih xputus
masih mampu hadap segala komitmen
tapi dah xboleh bermewah macam dulu
selagi aku xbekerja
aku pun rasa xbesh nak merayap bila fikir xbekerja

dan hari ini
aku hadap 1 intebiu
aku hanya ckp pada faza,ernny dan annies
tentang intebiu ini,selagi xdapat malas nk hebohkan sangat
selain gaji lagi banyak dari dulu
co ini juga memberi tranportation,petrol,toll,telephone allowance
yang aku rasa sangat bagus
intebiu berjalan dengan lancar cuma bila dia ckp bos aku nnti orang perancis,aku jadi mcm sedikit goyah
tapi,kalau Allah memang bagi rezeki aku kat situ,pastinya sesuatu yang aku sebenarnya dapat handle,Allah xkan uji hambaNya melebihi dari kemampuan.
(ayat sedapkan hati)
harap2 ada berita gembira
sebab aku mahukan kehidupan yang lalu
dan
jika roda itu kembali berpusing ke atas
kali ini aku mahu bina benteng batu teguh
untuk ombak besar mendatang
insyaallah

8/25/11

ms kamini dan saya..semut yang xnak sesat lagi dah

salam semua
saya baru pulang dari interview,di summit
4tahun xhadap interview
serius saya nerbes
sebenarnya bukanlah interview sangat
mcm membuat presentation pasal diri

saya cuba membawa aura positif
supaya ms Kamini dapat rasa aura yang saya bawa
saya bentang segala sijil,resume yang ada
ceritakan pasal diri,keluarga,kerja..setakat yang saya mahu cerita
(kekadang berborak dengan org yang tidak dikenali sgt janggal,itu yang saya rasai tapi akhirnya merasa selesa kerana kita bebas bercerita tanpa rasa dia ada kepentingan terhadap kita)
klimaksnya,saya ceritakan kerjaya yang saya mahu
apa yang saya pernah hadap sepanjang saya bekerja,orang bagaimana pernah saya jumpa
bagaimana saya mahukan keseimbangan antara kerjaya dan masa untuk diri
saya juga mahukan minima gaji sekian2,suasana dan bos yang mcm mana
bunyi agak demand,tapi saya mahu yang terbaik yang saya boleh dapat

saya harap ms kamini orgnya cekap dan pantas
mencari majikan yang sesuai untuk saya
munurut pendapatnya
saya boleh apply sehingga ke beberapa k berdasarkan pengalaman saya
dan dia ada beberapa prospek bagus area s alam
andai rezeki saya ada di sana
mungkin kami laki bini perlu pindah
itu cerita kemudian
xsalahkan berangan dari sekarang?


dan
ms kamini
kami berborak panjang,rasa macam kawan
dia bagi saya private no dia
supaya saya boleh hubungi dia bila2 masa
xsedar masa berlalu pantas
saya harap hari lancar ini
membawa berita baik untuk saya kemudiannya
amin...

8/21/11

persediaan raya

Salam semua
Harap sihat2 saja,mcm gue
Dah lama saya tidak update sesuatu disini
Bukan sibuk sangat tapi sangat malas mahu bermanja2 dengan broadband lembab tu

Setakat ini
saya cuma beli baju raya 2 pasang
Itu pun selepas melilau di ampang park dan pkns s alam
Jalan tar saya surrender awal2
Jammed xhengat,panashujan xtentu,crowded blabla

Seperti tahun sebelumnya
Sy memang beli baju readymade je
Senang,padan xpadan sy tentukan
Kalau sebelum ni tempah2 siap labuci manik
Kemudian xrasi buat sy sakit hati
Sedangkan banyak berhabis
Bezanya tahun lepas sy lakukan aktiviti shopping dengan arwah mama
Sebab soping memang kegemaran bersama
Siap bersimpuh dlm kedai test baju
Ahhh..pergi ampang park memang ingatkan saya pd mama
Sy lewati kedai2 yang pernah kami susuri tahun lepas
Berkaca mata..


Bila dah kawen ni
Tentu kena pk untuk suami juga
Sy agak tension pasal baju raya sedondong
Perlukah?ada kaler yang sejuk bg dia tp panas bagi saya


Memandangkan minggu ini last di kl
Saya usaha dalam waktu terdekat ini
Selesaikan mana2 yang patut
(Xbesh sgt tulis blog dari henset)--bersambung

8/8/11

pekerja indon.peel majikan..buat darah aku meruap

salam semua

tengah2 lapar kebulur tunggu waktu berbuka
aku dapat msg dari bekas pekerja dobi
dia berhenti bulan 1,selepas ada selisih faham gaduh2
dengan staf lain
dia angkat kaki,cabut

xlama kemudian
setelah aku susah2 cari pengganti last minute
dia mintak baki gaji dia
aku cuma ckp,dtg opis settlekan dengan baik
lagipun kalau ikutkan
majikan boleh je xnak layan,dahlah cabut camtu je

sehingga sekarang,bulan 8
dia xdatang
tadi
dia msg aku
sempena bulan baek
suruh aku bg belen gaji dia
tengah terdesak agaknya
aku ckp aku dah x kerja di sana
aku bg no staf yang incharge
bleh dia cakap:
"pina kerja sama kakak..kakak harus bayar pina,sanggupka kakak makan enak2,saya xmakan"

aku pun pekerja Pina,soal gaji bukan di tangan aku..aku cuma urus.gunalah otak sikit sebelum tulis hantar msg,pina.alahai.

***********************************************************************************
setakat hari ini
aku sudah bertemu 3 jenis majikan
yang perangai lebih kurang sama

-ego,xmengaku salah sendiri,salahkan pekerja
-lepas tangan,semua mahu beres,tidak turun padang,xberes,salakkan pekerja
-bayar gaji lambat,ambil mudah pasal gaji
-tidak respek,mulut maki sesuka hati,walau d khalayak ramai
-pilih2 kasih pada pekerja

dan ini banyak berlaku pada syarikat kecil
wahai bos-bos atau bakal bos
bila employees turnover tinggi
pekerja banyak berhenti,silih berganti
pengurusan mesti sedang bermasalah
majikan patut dihormati,bukan untuk ditakuti
belajarlah etika sepatutnya
lembut sgt pekerja naik kepala
tp kalau salak je pandai
siapa pun xkan tahan kan


sekian

8/4/11

last wikend 7'11 and now

salam semua
dah lama xjenguk sini
internet sangat slow dan buat aku menyampah
akhir bulan 7
tiada apa yang menarik untuk diceritakan
sementara menyambut ramadhan yang bakal tiba
cuma menghabiskan masa dengan keluar berlibur,karok
kemas rumah bagai

aku sedang berstatus suri rumah pemalas
apa aku buat setiap hari
hanya tido,tb,tido,tb
xsempat nk bosan,sebab aku banyak tdo
dah mcm seekor beruang
mmg gile kentang suka tido
siap aku letak selimut kat ruang tamu

aku pulun keadaan ini sehingga lps raya
dan kerja hanya aku akan stat selepas itu
insyaallah

ini kali pertama puasa lepas kahwen
kalau dulu,aku pk mulut aku je
sahur pun sekadar cukup syarat
teguk air,kurma sambung tdo balik
tapi keadaan sekarang
buat aku hidang nasi bagai
bagus kan

dan ini juga puasa pertama tanpa mama
aku masih ingat puasa tahun lepas
tahun2 sebelumnya
dia gigih kejutkan anak2 bangun sahur
430 pg je dia kol kejutkan
tahun ni semua berubah

tahun ni juga aku sangat rasa hambar
tiada seorang ibu
buat raya aku tidak bermakna
aku cuma pk
mau balik kampung
lawat kubur dia pakai baju cantik2
dulu dia takut duk sorang2
sekarang di kubur dia hadap sorang2
aku harap yang terbaik untuk dia
dia,mama hanya 1 dalam hidup aku
tiada hari aku terlepas ingat pasal dia
kekadang aku menangis sendiri
terfikir pasal dia
serius aku rindu dia
Alfatihah tuk arwah mama

7/26/11

bekerja dan emas..dan wanita

salam semua
arwah mama pernah cakap
perempuan
perlu bekerja dan perlu ada emas
walau ada suami
yang mana saya bersetuju
sangat

kenapakah?
emas bagi saya sangat penting
dan harganya makin hari makin naik
buat saya hargai apa yang saya ada hari ini
walau tidak banyak
tapi yang sedikit itu
sangat berguna bila saya terdesak perlukan duit
di hari2 biasa pula
menjadi eksesori penambah seri
kerana saya tidak boleh simpan lama duit tunai
selalu je rasa nak habiskan

dan kerja
perempuan harus bekerja
walau punya suami yang kaya
perempuan yang bekerja
tidak goyah,akan berdikari
kalau kena tinggal pun,kalau kena cerai pun
kerjaya at least akan membantu
perempuan yang tak bekerja
akan ada hari diherdik suami
dipandang kurang upaya
apatah lagi kalau selalu minta duit
maklumlah duk kat rumah je
minda pula tidak terbuka
mungkin ada surirumah yang x alami ini
tapi sangat kesian yang hadap ini semua

untuk waktu ini
saya memang kena jadi surirumah

jom..jogging wahai para surirumah

7/23/11

3rd wiken 7/11

salam semua

hari sabtu ini
aku terpaksa pergi ke opis
uruskan agreement jualbeli dobi
guess what?pembeli dobi itu ialah lelaki sebaya aku
benci aku tgk org lain lagi berduit dari aku
huahuahua
balik je dari urusan itu
aku menapak ke uk perdana
dan abang ipar aku sempat tunjukkan skill di dapur
dia masak sorang2 tau
meh meh tengok dia masak apa













kenyang.alhamdullilah
******************************

wong solo

dah alang2 cakap pasal makan kan

ayam peyet yang pernah aku makan paling sedap pernah tekak aku telan
inilah tempatnya
walau kedai kaler mcm org xde harapan nak hidup
suram,kaler mcm lumut batu
dulu2 ada 1 je yang aku tau..kat ampang
pastu tambah cawangan
kat s alam sek 7 blakang jakel
aku suka ayam bakar dia
banyak tempat lain aku pernah try
yang lain tipu belaka
xsama mcm ini




dulu,dari pj lepas kerja sanggup redah jem pergi ampang wongsolo punye pasal
lagipun aku suka jus alpukat(alvocado)
dengan coklat..sejuk lalu tekak..nyum2

dulu juga ada sari ratu kat ampang,sekarang dah tutup
jus alpukat situ pon sedap
arghhh..pk mkn je
sebenarnya nak cakap
sejak dah xkerja ni
nak makan sedap2 pun kena pk 10x
sob2..

7/21/11

JOBless


aku bagi ini pada bos aku sebagai tanda terima kasih untuk selama ini..aku jampi biskut ini agar dia boleh bagi belen gaji aku bulan lepas+gaji bulan ni cepat2.puhpuh..

Salam semua

18/7/2011
Akhirnya aku loloskan diri
selepas setahun lebih
xde apa2 mahu diperkata
bila kerja dengan orang
maka ini adalah sesuatu yang biasa
samada berhenti atau diberhenti
pokoknya
aku sudah tidak bekerja
tanam anggur
fine!

4tahun resume aku tidak dikemaskini
sejak aku diterima ke Fluorescent Squid 4 tahun yang lalu
melakukan kerja perakaunan,hadap minggu audit,layan auditor,admin,hr
dan sejak aku berhenti dari Squid dan uruskan dobi,dewan,pekerja melayu+indon,customer,urusan peribadi bos,kontraktor rumah bos,segala lesen2,cawangan dobi,subrental ofis,cari supplier,costing, blabla
macam terlalu banyak mahu dimuatkan dalam resume
dah lama juga aku tidak beli paper untuk cari kerja
beli akhbar inggeris itu bermakna sedang cari kerjalah aku
sangat sukar bagi aku mahu start semua ini
dengan hati yang tak sepenuhnya mahu makan gaji

aku perlukan RM4k at least 1 bulan
kalau ada kerja
yang boleh bagi minima itu
5hari seminggu
sabtu ahad xmo diganggu
9pg-6ptg sahaja
aku pohon agar terimalah aku
hmmm

maka kini sehingga ke waktu yang tidak diketahui
aku habiskan hari2 dengan menghabiskan duit
soping,makan,berjalan2
bergelak ketawa
dengan harapan aku dapat rawat diri
aku letih mahu hadap intebiu
bermula dari a

aku bukan sombong
tapi sikap aku yang suka menjawab
apatah lagi kalau aku rasa aku betul
lebih teruk kalau orang atasan,aku rasa lebih lembab berfikir dari aku
mesti aku protes
semua ini sangat bosan
aku tidak mahu kerja dengan ramai perempuan
sebab aku xpercaya suasana yang ramai perempuan
ramai perempuan kat tempat kerja adalah satu petaka bagi aku
banyak gossip banyak politik banyak bodek
maaf..bunyi agak persimis tp banyak tempat memang begitu

aku harap rezeki aku mencurah2
aku harap Allah ada pelan bagus untuk aku
Aku harap berhentinya aku dari kerja ini adalah untuk membuka ruang hidup aku ke aras sesuatu yang lebih lagi
dan aku tidak sabar untuk itu
untuk seminggu dua ini
aku hanya siapkan resume,snap pic lawa2,binding cantik2,letak dalam envelope,jampi2 sikit,berdoa moga tersangkut dimana2
doa aku ye
************************************************************

semalam semasa di IPC
nampak Ford Fiesta
seris aku terpaut
tambah terkejut
aku ingatkan harganya rm100k++
rupanya rm80k++ je
kaler merah,birunya sangat memikat hati



ajukan pada laki
bising aku xde kerja masih sempat pk kereta

macam hari ini
berjalan2 ke pavi
dengan Myvi baru
sangat tersentap
dengan touch skrin
gps bagai



tak aci betul myvi lagi best

sejak berhenti kerja ni
aku habiskan hari2 kat rumah kakak aku
sebab dia masak
makanan dan aku mcm semut dan gula
ada tarikan
muahahaha
lagipun aku nak belajar beberapa resepi dari dia
kira ok le tu kan

lepas ini,tak tahulah nak dapatkan duit dari mana
dah menganggur ni..
Argghhh
kalau pk,boleh gila aku
USAHA!!!!

aku lepaskan 1 intebiu hari ini

7/19/11

2nd wiken 7/11


SINGAPORE EXPO

salam semua
fuh fuh
ini minggu yang super bz
kenapakah?
selama 4 hari aku bertapa di singapore expo
bukak booth keropok dan produk makanan terengganu yang lain

kisah aku,booth jualan,expo,menjual bolehlah dikatakan sebagai bidan terjun
seris aku tidak pernah jaga booth
dan seris aku xkan pandang rendah orang yang menjual kat booth
sangat penat okeh
perlu berdiri,perlu happening,mulut kena riuh,kena senyum
satu advantage buat ktorg sebab mmg org ganu dan loghat ganu itu sangat mahal
muahaha
semua itu pelaris uolls
dan alhamdulillah
semua licin habis dijual
malah hari last,pukul 2ptg ktorg dah tutup booth
sebab stok dah habis
takpe,neks time kalo ada peluang,akan usaha lagi
bawak stock bebanyak

satu hal yang leceh bila menjual di negara luar
perlu melalui pelbagai procedure
dan duit singapore yang 2.45 kali lbh mahal dari kita
buat semua benda tampak mahal
perlu jual banyak2 untuk cover cost

sepanjang jaga booth
mmg banyak pengalaman yang aku kutip
mungkin aku akan buat 1 entry selepas ini
cuma kejujuran berniaga,tidak perendahkan gerai lain
mesra pelanggan,tidak berkira, akan buat orang mcm digam kat gerai kita
bangga aku katakan,ada yang dah round2 gerai2,akhirnya berbalik membeli di gerai kami
dan ada yang datang lg keesokkannya untuk membeli lagi
besh kan?
hahahaha

penat memang penat
ptg rabu sampai terengganu dari kl
beli keropok bagai penuhkan van
kak mi aku suzi berangkat terus ke singapore mlm itu jugak
hampir 20 jam di jalanan
sampai terus bukak gerai
ktorg goreng2 juga keropok bagi rasa
supaya ada feel
oklah
ini ada sedikit pic pada hari kejadian




antara produk jualan..keropok ikan tamban terengganu


suzi,kotak keropok bg test,dengan jiran booth sebelah..mereka sangat baek ok..ktorg selalu bukak booth lewat,ada pukul 12 tghari baru sampai ke tapak,so nice bila diorg tlg bukakkan dan layan customer sebelum ktorg sampai..see,teruk betul tabiat menjual..kol 12 bru bukak kedai..muahahaha



ini gerai kami..stok sikit,alhamdulillah semua licin


Antara gerai lain yang sempat snap


cantik diorg deco,pamer...ktorg punya,alas meja pun xde..betul2 koboi


di expo tersebut,banyak gerai adalah dari malaysia under FAMA..jual buah,kuih raya,kerepek,susu kambing,catering2 yang jual makanan,tudung2 bagai dengan eksesori sepereti kerongsang..benda yang selalu kita lihat di tapak expo
ada juga dari jakarta yang jual jubah2,kain2 tp harga dalam dolar yang buat aku fikir elok aku pergi sana saja tuk memborong(ntah bila mau pegi,ntah bila ada duit nak borong) tapi aku teruja bawa balik kek lapis sarawak ini..nyum2..

hari terakhir itu
dikala dah kemas2
giliran ktorg pula yang soping
muahaha
kak mi mau amik tapak bazar singapore bulan pose
sape mahu handle
aku surrender...laki mahu campak mana?

7/10/11

1st wiken 7/11

Salam semua
wiken ini satu reunion kecil antara ernny,faza dan saya telah berlaku
dikala umat manusia Malaysia sibuk dengan BERSIH 2.0
kami sibuk buat hal sendiri,buat hal sendiri pakej 2hari 1 malam

selain masak2,bangun lewat tengahari,menonton wayang lewat malam cerita Mr. Popper's Penguins ,yang bagi saya hanya cerita ringan yang macam biasa ada nilai kekeluargaan dan membuat saya tersenyum melihat telatah pingu dan jim carrey,tanpa mengantuk walau sudah jam 2..apa saya nak cakap..saya gumbira

sedikit pic di ikea





sebelum hantar Ernny ke rumahnya
telah singgah ambil angin dan makan2 di area masjid putrajaya
dan singgah ke masjid juga
lalu dapat 3 jubah ini

apakah tandanya?
muahahaha..ye,pakaian kami xcukup syarat

saya mungkin ke Singapore wiken ini
tengah sibuk plan dan harap akan bawak berita gembira
yeyehhh

7/6/11

cerita tgh minggu


sofa yang sy duduk ini harganya RM30,000++..entah mampu atau tidak untuk saya miliki 1 mcm ini..satu hari nanti

siapa yang xnak kaya kan


baru kejap td saya dimarahi bos,sebab menjawab
mungkin salah saya,suka mempertikai
saya tahu co ini dia punya
tapi apa2 saya yang hadap
dia hanya (@ d end)hanya dapat report
kerana semua orang menurut
co ini menjadi seperti yang xsepatutnya
*******************

kelmarin saya pergi jog lepas kerja,lepas tu tapau mknn kat pasar malam
rasa panjang masa pada hari tersebut
byk aktiviti boleh buat
sama hal dengan semalam
saya merayap dari ampang hingga ke s alam
merayap kedai perabot,kedai tudung
kerja opis terbengkalai

apabila kawan saya bermasalah
saya turut terasa kesannya
dunia hari ini
memang buat manusia penting diri
yang baik akan tertindas
begitulah selalunya

bagi pihak bos saya
saya tahu dia akan menyampah
sebab saya suka menjawab
mmg xelok
tapi bila cara dia xbetul
saya bukan manusia yang hanya menurut
membuta sebab gaji
mungkin saya xsesuai kerja dengan dia
mungkin..

7/3/11

last wiken 6/11

hajat hati mahu ke cameron tercapai jugak
last time aku pergi,mcm xsepenuh hati sebab jem dan hujan
kali ni maybe sebab ramai dan meriah
maka kegembiraan melonjak


fariq,suzi dan saya berlagak cute


jambu jambu


Antara pic2 yang disnap dari pic murah saya










...bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni
dan bukan selalu juga ada peluang berjalan2 camni
kalau kak mi dan kak ti pun dapat turut serta
mesti lagi meriah

perjalanan dari kl ke cameron melalui Tapah adalah 2.5 jam
ktorg sampai je,terus mencari lunch,lapar sesangat
dekat Brincang,rupanya banyak foodcourt kat area belakang2
kalau tak explore,mmg xtau

ape pun,harap2 lenkali akan dapat peluang ke tempat lain pula

6/28/11

rumah dan perompak

assalammualaikum

Ahad lepas telah dapat sms dari cik paja yang sangat menggoyahkan rasa
area kediaman kami diceroboh perompak
banyak unit yang sudah terkena

seris.aku risau.

so aku hubungi pihak pengurusan
betulkah khabar berita itu
pihak pengurusan sudah mengesahkan
malah aku mcm wartawan sesat
tanya itu ini

yang aku tahu
perompak aktif pada siang hari time org bekerja
xdapat masuk ikut pintu,bumbung pun dikerjakan
aku tertanya2 security fees yang dicaj tiap2 bulan untuk apa
walaweh

aku pergi kedai hardware sebelah opis
mat bangla pekerja kedai rekemen aku mendalah ni



harap2 usaha aku ini mujarab
amin

6/26/11

3rd wiken 6/11

pergi melawat sepet kelmarin
dah besar dia


layan tek pusing kuda



saya dalam cobaan untuk nampak kurus



suzi dan sepet


saya rindu mereka

6/23/11

kenduri doa selamat

alhamdulillah..selesai jugak semuanya

kenduri doa selamat dan tahlil berjalan dengan lancar
banyak peristiwa terjadi
baik manis mahupun sedih
tp akhirnya rumah itu siap juga
saya gembira.sgt gembira
selesai satu fasa


jiran baik hati bagi telah cupcake
sangat comel,saya suka cupcake tanpa krim2 putar
dan ini seris enak ada inti tat,blueberry,choc kat dalam
dengan kaler memukau


xdapat tahan sembunyi beberapa biji dalam bag,sangat buruk peel




pinggan saya..ngeh2..


antara menu...dah org angkat ke dapur,baru saya snap..


adik saya dan suaminya..baru sampai dari terengganu


cik paja dan baju kurung.asalnya dia nk pakai baju keje je,tapi berubah pikiran di saat akhir.muahahaha.(saya xsampai ati nk pos pic dia blk keje)


saya dan adik


lunch pada jumaat ini

memandangkan rumah kakak saya terletak hampir dengan opis
xde sebab saya xlepak rumah dia dikala lunch sambil mengepow nasik
saya harap dia rajin masak lepas ini
saya juga harap bos saya xkesah saya lepak sana lama2 sambil main mahjong dengan bini dia..(ape kes ini)

*sedang pk aktiviti untuk esok.warghhh!