4/22/13

kerja baru,kerja lama...

salam semua..lama xmengomel di sini
apa khabar?

entah dari mana mahu cerita..tapi aku baru berenti kerja dari company india itu.india muslim.ada baik ada buruk tapi banyak yang aku belajar. syarikat ini bos memang india tulen datang dari india.tidak berbahasa melayu,memang 100% aku speaking je time kerja.awal2 keras lidah juga tapi selepas 3 bulan,bahasa inggeris menjadi semakin bagus.ehem ehem.syarikat ini memang sibuk..dengan stok,supplier pon dari oversea je, ada banyak bank account(hampir setiap hari aku kena spend masa untuk buat budget dan cek bank balance.bank recon tu makanan harian dah jadi..dulu aku paling malas nak recon.,tapi tidak lagi kini.selepas 3 bulan,sampai masa untuk confirm sebagai staff,aku tarik diri.penat weh..even sabtu aku kena kerja,handle 3-4 company.majikan baik,even india,tapi aku puji majikan aku cuma work load terlalu banyak buat aku..susah nk bergossip.

senyap2,aku mintak kerja lain dan alhamdulillah dapat. ini adalah hari ke-2 untuk aku di opis baru.agak relax.ada bilik sendiri.gaji agak rendah untuk aku tp kerja 5hari seminggu,x ada kena stayback oklah kan.

tapi aku ada juga pergi exam PTD.kalau dapat,baguslah.kalau x,aku stay sini je. dulu mama bising sebab aku xnak masuk gomen walau time tu rezeki sudah depan mata.kini,aku pula terhegeh2.alahai.

darwisy makin besar,kekadang bila tengok dia main sorang2,selerakkan krim roti,aku macam rasa ohh..dah ada anak..macam xpercaya..dan dia makin membesar.

tahun ini harap hidup semakin stable.selebihnya aku serah pada tuhan.kalau buat wishlist,banyak sangat nk list.tapi bertuahnya hidup ini,adanya suami dan anak,yang lain menjadi mudah dengan pertolongan tuhan.

harap dimakbulkan segalanya dan terima kasih pinjamkan nyawa ini untuk aku rasai hidup di dunia ini,syukur Ya Rabbi.

http://blogmommymeletop.blogspot.com/
kepada sesiapa nka membeli manjakani mekah,boleh gerakkan cursor ke link di atas.aku dah update blog manjakani. seee..santai kan kerja aku.


4/1/13

tips interview

Assalammualaikum wbt..


lama tidak berceloteh..
banyak nak diwar war kan sebenarnya
dunia manjakani, hidup sehari-hari dengan anak laki,
dunia kerja yang tiada ending
blablabla

aku ambil sisi penting kali ini
share ilmu yang ada sebelum aku lupa


2-3 minggu ini aku cari kerja
yang lebih selesa dan yang aku nak
ok..yang aku nak sbb aku yang menentukan hidup aku
kalau aku takut nk resign cari kerja lain
sampai bila2 aku tak kan berani cari dan mendapat kerja
alhamdulillah dapat
rezeki tuhan..tutup cerita

apa yang nak aku cerita ialah pasal interview
aku interview orang dan orang interview aku
satu kesilapan bodoh aku buat ialah menggunakan no telefon yang sama
sangat susah nk switch otak aku bila orang call
tanya kerja,jemput aku interview atau customer nak beli manjakani
ok..aku tidak mahu cerita kebodohan aku
berbalik pada interview

kepada sesiapa yang upload resume kat jobstreet
pls pls pls
bila mintak kerja,pastikan semua updated
no telefon biarlah kat atas sekali
baris kedua selepas nama
kemudian email
kamu akan memudahkan majikan
dan..gambar ukuran pasport tu sangat penting ok
sila upload
persaingan kamu sangat tinggi
tolonglah kalau apply kerja
pastikan alert dengan telefon
selalu aku call utk interview,xberjawab
tak nak kerja,jangan apply dear

dan yang hantar resume ke email majikan
better guna tulisan besar
jawatan untuk dipohon besar2
senang nampak

nak best lagi,call syarikat dan tanya
ada kerja kosong ke?ada dpt x email sy?
nampak kamu bersungguh2

dan lagi penting
jangan postponed2 date interview
tolonglah luangkan waktu
usaha sikit cari map sendiri
study sikit company sebelum datang interbiu
tunjukkan anda berminat


aku rasa moral pemohon kerja muda sekarang makin berkurang
agak rude
mana hilang sikap professionalisme?sekolah xajar ke?


sekian.


sape nak beli manjakani hubungi rina 0172390072..aku harap pertengahan april aku boleh spend masa heboh manjakani..sekarang aku mintak masa 48 jam sehari.mana mungkin kan...