5/30/11

SHAWL MURAH..UNTUK DIJUAL




harga RM60.00 untuk 10 shawl pelbagai warna

sebab jual kerana xsesuai dengan muka saya

postage free

berminat boleh hubungi saya dengan meninggalkan komen di bawah.

5/25/11

saya masak 2


saya dan siri memasak
sayur tu bukan saya yang masak..saya tumpang letak je;)


salam semua
baru2 ini saya ada beli 1 buku resepi
masakan terengganu
ada resepi dalam buku itu
walau xsemua
ada yang saya penah mkn tapi xtau nak buat
ada yang saya tahu buat tp resepinya sedikit lari
tapi saya xkisah melabur untuk buku resepi tersebut
lagipun hanya rm5++
saya rasa menu2nya adalah senang,banyak menu guna ikan kembong
ada resepi laksa terengganu,ketupat sotong,nasi dagang,pulut kuning dan banyak lagi
dalam 23 buah resepi kalau xsilap saya
rojak betik pun ada..saya mahu cuba cuma belum dapat cari betik





dari buku itu,saya pernah buat ayam masak merah
rasa boleh tahan
tapi xsnap pula

*sekarang adalah operasi bersihkan fridge dari bahan mentah
*semalam fail utk bersihkan fridge sebab telah berjaya makan mee goreng di kedai mamak
*misi diteruskan pada hari ini.harap2 berjaya.insyaallah

5/20/11

kerja dan pangkat


muke xde semangat nk keje


saya kenal dengan seseorang
yang kerja sebagai manager
gaji rm4500
pergi kerja pakai coat hitam
nampak sangat hebat di kacamata umum
yelah..dia manager

tapi hakikatnya
gaji RM4500
setelah ditolak insuran socso epf pcb bagai
balance rm3500

dia kerja kuat sepadan dengan positionnya
tapi hasilnya
dia megah dengan jawatan dan pujian
tapi gaji tetap macam tu juga
yang untung adalah company
malah yang cerdik juga
maka dia mula berkesedaran
bukan pujian yang dia cari
bukan kemegahan juga
apa yang dia mahu
DUIT
yang mana kalau dia bekerja dengan orang
gaji macam tulah
sedangkan bakatnya usahanya
dia tau dia boleh dapat lebih dari itu

dan saya pun
saat ini
saya pun mcm terhantuk
oh!saya.gaji saya.saya
1tahun setengah sudah cukup makan gaji mewah dan tak buat ape2
saya tidak dapat kepuasan bekerja
saya mcm masih tercari2
apa bakat saya
apa kepandaian saya
saya tidak mahu makan gaji juga
bakat harus dicari
kalau xbuat xkan tau
mcm sudah terlewat utk sedar
tapi ilmu xkan pernah terlewat utk belajar kan
dan saya sedang bertatih

5/18/11

saya dan senaman


xnak sebulat ini


sejak dah kahwin ni
saya kerap masak di rumah
kesan semangat baru kahwin rasanya
maka hampir setiap hari heavy dinner
(saya berkesedaran kini,mkn di rumah sgt memuaskan hati,kamu boleh letak udang sotong ayam secara berlebih2 tanpa siapa pun marah,dan tidak seperti di kedai seperti mknn yang dicatu pon begitu kalau selalu bosan juga kan dan kos masak untuk 2 org sangat tinggi mengalahkan mkn di kedai..ini pendapat sayalah)

sebab semangat masak dan makan ini
maka berat badan saya juga naik dengan jayanya
makin berisi,dan org masih cakap sebab efek kahwin
tapi saya masih dengan keyakinan
sebab tabiat makan dan kurang senaman
maka

sejak tv dan laptop bersatu
pehh..maksud saya saya boleh melayari you tube dari lappy dan sambung ke monitor tv untuk kesan yang lebih jitu
maka lagi
saya dengan semangat menggogeh2 youtube cari senaman yang sesuai untuk di praktis
hasilnya
cubalah
Island Girl Workouts

ada bayak jenis workout,ini antaranya

ini mcm tarian,gelek2 menari sangat seronok
xbosan,lagu iringan juga unik dan step2 mudah diikuti
yang lebih lagi
akan buat kita mudah berpeluh
akhirnya,dapat blajar step2 tarian mudah
seronok

selain itu
saya sekarang sedang sit up dengan gigih
50 kali setiap sebelum tidor
dan setiap bangun tidor
saya baru start semalam
harap berjaya jadikannya sebagai rutin harian

maka
air juga memainkan peranan bukan
saya pun start praktis menom air setiap sebelum dan selepas tido
sebelum makan dan sebelum mandi

dan harap kalau ada masa mahu jog
ini agak sukar tp xmustahil
sukar kerana susah cari masa sesuai
tapi saya gantikan dengan merayap berjam2 dalam shopping mall
ini 5 jam pon rasa cam 1/2 jam
muahahaha

mulakan cara hidup sihat
yakin boleh

*hot coklat cadburry saya sudah habis
:(

5/17/11

taik

Saya tidak pernah percayakan polis
setakat ini,tidak pernah,banyak polis buncit sebab rasuah
hey..ini hakikat
polis bahagian admin je,sengsara.kurang dapat peluang
Majlis perbandaran juga
bahagian renew lesen jaja
bahagian buat signboard
even yang mintak biaya buletin mereka
saya yang angkuh memandang rendah kepada mereka
semuanya bersebab

saman kereta saya kerana parking kat bahu jalan
walhal kwsn parking tidak disediakan
menindas pengguna
xbayar saman,sampai surat hadir ke mahkamah.nama blaklist.apakah itu?
saya geram nak sumpah.

apabila manusia macam saya,kerja swasta
tersekat,tiada pilihan,tiada jalan
memohon pinjaman atau apa2
perlukan penjamin
"kalau nak,bayar RM700,org bank boleh luluskan"
apakah ini semua?
sekarang ini,semua benda kalau nak,boleh dapat jika ada DUIT boleh bg hulur temolok kan
ksmu diblacklist?ctos?ccrease?jgn bimbang beb..bleh lolos kalau sanggup bagi duit
dan bank ibarat AH LONG berlesen
interest dan bunga caj tinggi2
memang betul pilihan di tangan masing2
apa pilihan yang ada kalau semuanya tidak memihak pengguna

orang yang kerja swasta macam saya
jangan mimpi nak dapatkan kemudahan macam kerja kerajaan
hey kamu yang kerja swasta
cari duit banyak2
usaha lebih,kerahkan keringat
naikkan ekonomi diri
xde duit,jangan banyak cakap
kerana golongan kita ini
yang sumbang banyak cukai
dan kita inilah
yang xpernah tido
peka dan cekal
yang kerja swasta
-sekian-

5/12/11

saya dan hari kelahiran


*saya dan mama


Salam sejahtera

11.05.2011
Genap saya 26thn ikut kalendar omputeh
Agak malu mahu hebohkan bday sendiri
Pukul 12 mlm itu
Xde sape pun wish
Hampeh!
Dan saya menci!! Facebook
Orang sekarang dah pandai wish ikut fb je
(saya pun camtu juge)
Pagi tu je
Bazilah msg sy
Ernny bbm saya,mc yuh juga
Cik paja buat surprise..i loike ! tks cik paja

Kebiasaannya saya kol mama remind dia bday saya
Paksa dia wish
Paksa dia bagi hadiah
Apakan daya
Saya anak yatim kini

Kebiasaaanya juga,saya cuti hari bday saya
Pergi jumpa kakak2 saya
Paksa/mintak hadiah
Sangat xsenonoh kan?
Macam tahun lepas
Kak mi bagi saya cash
Beli hadiah sendiri

Saya xperlu cerita rentetan kejadian2 lepas
Tapi memang saya suka bila hari kesambutan kelahiran itu

Mari berbalik pada 11.05.2011
Tahun ini saya sudah jadi bini orang
Sang suami,gile kentang muke selamba mcm xtau bday saya
Saya memang x remind dia
Dia futsal di hari kejadian dan balik dengan kek yang berlilin lewat tengah mlm
Terkejut beruk le juga..dalam mamai2,saya tiup lilin

*kek lewat malam

Pada umur 26 ini
Alhamdulillah
Saya masih insan ini
Dengan kerja xseberapa,gaji yang sangat berapa
Tuhan murahkan rezki untuk saya
Saya kehilangan mama
Tapi hubungan kami adik beradik semakin kukuh
Mungkin berasakan kami tidak punyai sesiapa
Bergantung sesame sendiri sahaja

Pada umur 26 ini
Saya sudah punyai suami
Dan saya harap bahagia
Hingga ke akhirnya

Tiada hadiah yang lebih bermakna pada usia ini
Selain hidup penuh dengan kasih sayang
Saya mahukan kejayaan
Doakan saya untuk itu


*tahun lepas saya muak dgn manhattan dan merepek xkan dtg lg tp tahun ini saya pegi lagi dan masih merepek xkan pegi lg dah..

*mcm xkan guna ini..

*cookies cik paja..nyum2..

carkuehtiaww sarat udang isi ketam sutun kerang.little penang street.

5/5/11

new header..new dreamzz...new life...

saya rasa blog saya kali ni agak comel
memang saya nak comel
comel yang saya terjemahkan sendiri

ada beberapa projek yang saya kena buat
kak ti ckp elok saya buat ceklist
yup..saya patut buat 1 buku
ceklist tuk kerja
untuk waktu ini
saya sangat semangat mahu merealisasikannya

saya perlu siapkan logo syarikat baru
create 1 website,eh..tuk manjakani juga..
2 website
shoot produk
kumpulkan material
entah bila mahu buat semua ini
bila pkkan internet slow
saya rsa nk tarik selimut n zzzzz

mungkin weekend ini saya akan tersadai di rumah siapkan ini semua
siapa tahu kan??