7/29/09

malas nak fikir tajuk

Makhluk!!
Apsal text aku ayat ini??

"Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him"

Jawapan aku...
aku blur wei..ape kaitan dgn aku??

7/28/09

dilema seorang anak

Tiap kali ada exam, intebiu, test yg melibatkan gomen(government), mesti aku akan berperang dengan bonda tercinta..

Rasanya baru 2-3 minggu lepas aku bertikam lidah,tetiba kena perang lagi

Aku tidak pasti adakah mentaliti semua kaum ibu adalah sama..
Biasanya aku berjaya berhujah
Keluarkan dalil-dalil
betapa aku tidak minat pada kerajaan
tapi kali ini
Ibu aku guna taktik baru

Dia sudah pandai berpolitik
reverse psikologi

Yang tak boleh tahan
Dia merintih sayu

Anak
Masa kecik
Bila makan perlu disuap
Bila menangis perlu dipujuk
Bila tidur perlu dibelai
Bila duit perlu dibagi
Jadilah anak kita
tapi
bila
dah besar
dah ada kehidupan sendiri
Kata2 ibu
masakan mahu didengar
dan anak
pada waktu ini akan menjauh

Aku tahu hatinya pedih kala ini
Tak ada satu pun anak2 keje kerajaan
Dan aku pun macam xde semangat dengan kerajaan
Sebetulnya
Aku tidak mahu terikat
Makan gaji
Sukarkah untuk mengerti?

Mungkin sebab itu
borang SPA 8 yang aku isi tiap2 tahun
tanpa pernah pergi intebiu walau sekali pun
Seringkali mengundang kecewa di hatinya
Aku pon isi ntah ape2
Penolong asramalah
Pembantu penjaralah
sekadar lengkapkan borang

oh..aku memang tidak berminat
dengan perkataan ini


--------GOMEN------

7/27/09

Kaki auta kepala unta

Ini kisah semalam
Tengah2 takde air
tengah2 syok tgk tb
Sambil pk camner nk mandi esok pagi
tepon aku berbunyi
Dapat satu msg
Tekan2
Tertera ayat ini

"woi,kol aku,urgent!"

Aku pandang sepi
Dah biasa sangat

Tak lama kedian
Dapat lagi..

"urgent oi..aku seris ni.bkn memain"

Dulu aku kecut perut juga
Dengan perkataan URGENT dan SERIUS
memang terus respon
Tapi taktik tu dah lapuk
bleh blah

Tak sampai 5 minit
Tepon aku berbunyi lagi
tekan2 separa malas
Tertangkap ayat ni

"ada kematian ni oi"

Cuak
xsenang duduk
Aku mengalah

Kali ini
Aku kol
"sapa mati wei?"tanya aku separa cemas

Aku dengar orang gelak2

"padan muka!!tertipu!see!aku teror dari mung"

Cis!!!
Nak je aku sumpah dia jadi mengkarung.

Tak tau mak aku termkn apa masa ngandungkan dia..

7/21/09

bapak bergula

Bercakap2 dengan sorang makhluk baru2 ini
Buat aku tergelak sakan
Dalam banyak2 topik
Cara untuk tambahkan income
Potensi menjana duit
Timbul isu ini

-SUGAR DADDY-

Jalan singkat dan mudah
Untuk senang

Chewah2..iya2 je

Konsepnya agak mudah
Hanya layan si tua bergayut tak sedar diri
Belai2, teman2
Senyum2,layan2
bukan susah pun
katanya lagi penuh yakin
Pastu dapat habuan
Asal sebut je semua dapat

Senang juga jd perempuan ni
atas bumi ni banyak betul pilihan
Pilihan2 utk mampos masuk nuraka

Memandangkan aku pon pompuan
Dan kaum aku byk buat sarang dalam nuraka
sedikit sebanyak
terkesan juga
jauh di lubuk hati
kengerian tu terasa
hmmm...

Cam hari keinsafan pon ada..

insaf saja xguna(sore hati aku menyampuk)
dushh!!

tp
mmg boleh jana income nih..
ngeh2..

7/19/09

layan tagged

Kene tagged.Ditagged.xpenah tagged.rasa nk layan tagged.layan jelah.tagged.tagged.ape kebende ntah..

1. bekas kekasih saya adalah : Anuar Zain..sayonara ank pak zain..aku xmau berebut dgn setiusaha2 tua tiap2 tahun.huh
2. saya sedang mendengar ? enjin pam Indah Water kat loji sebelah.
3. mungkin saya patut: buat taik mata waktu ni.ngantok ler plak.
4. saya suka : cakap sorang2...ciri2 nk gile.
5. sahabat-sahabat baik saya : yang turut suka cakap sorang2.
6. saya tak faham : kenapa sy layan tagged ini.
7. saya kehilangan : hati sy...cam pelik je bunyi.ngeh2..
8. ramai yang berkata : saya comel..(jangan muntah beb)
9. makna nama saya : si ratu cantik..hehe
10. cinta itu adalah : jap...belek kamus.
11. di suatu tempat, seseorang sedang : dipaksa untuk ingat sy.padan muke!!
12. saya akan cuba : tido jugak tghari ini...
13. ayat SELAMANYA membawa maksud : awak comel ler ler ler.
14. telefon bimbit saya : baling ke anjing,konpem anjing mampus.
15. bila saya terjaga dari tidur : tgk cermin...yeah...maintain cun!!
16. saya paling meluat apabila : kena mandi..I x suka membazir taw.
17. pesta/parti adalah : untuk kaum2 ibu...saya terkecuali.ngeh2.
18. haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kutu rambut..cute!!
19. peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : sekarang..hip2.
20. hari ini : keje ler dol.dol.dol.
21. malam ini saya akan : xpk lg ler..ler..ajak housemate g bli barang dapur kot.
22. esok pula saya akan : cam skarang kot..kerja makan gaji buta.ngeh2.
23. saya betul-betul inginkan : poket doraemon..
24. ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : camne jessica alba leh ada kat sini..
25. pusat membeli-belah atau arked permainan: Pasar tani FAMA..
26. Makanan Barat atau Jepun : poyok budu blacang tu kategori mende?
27. bilik yang terang atau gelap: Soklan ni kene jawab ke?
28. bestfrend ever ? sbelom nazak,gue jawab.
29. nak tag: sape2 yang rasa nk layan cam aku layan ni haa..sila2.

7/14/09

Eksiden lagi

Eksiden kali ke-4
Aku tidaklah secemas sebelum ini
Pengalaman dah banyak
So, kali ini
Aku lebih tenang
Cuma aku rasa tidak sampai hati
Untuk snap pic sebagai bukti
Biarlah
Aku ingin lupa

Lepas ketuk dan cat
Aku ingat settle
Titik.noktah
Rupanya tidak

Pagi tadi
Dia bertanya.Bertalu2.
"Kak Ina, Abang nak tanya sikit. Apsal kat depan ada kemek juga?
Yang tu eksiden bila?"
Aku terdiam.Memang ada kemek.Sikit.So aku tak hebohkan.
"Hari tu punya.Dah lama.Sikit je".Aku meng'peace'kan diri.
Natijah tengok matahari masa drive.Aku insaf.Jangan buat.Pesanan penaja.

Dia geleng."Yang window visor hilang 1 tu kenapa?"
Aku dah gelabah."Erk, Hari tu..tercabut masa drive"
Serangan lagi..
"Apsal rim belah kanan calar balar?"
Aku dah rasa makin kecik "Oh!ada ke?xperasan"

Dan 1-2 lagi soalan mencekik kesan2 aku langgar divider..

Cedera parah rupanya kereta itu

Dan
Sebelum aku pergi kerja pagi tadi
Aku sempat menilik
Semalam balik dah lewat
Tak sempat menjenguk
Semua kesan luka dah hilang
Kemek dah tiada
Aku gumbira
Tapi kalau kereta biru itu bernyawa
Mesti dia sedih
Dapat tuan macam aku

Moral
Sayangilah kereta anda
Jadilah pemandu berhemah
Jangan jadi macam aku
4 kali eksiden
Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan
Peace!!!!!

Hello,god



Sesiapa yang hantu cerita korea
Patut tengok drama ini
Jalan cerita yang besh
Sangat menyayat hati
Dan masih ke udara di saluran KBSW 303

Aku abaikan bagaimana cerita ini boleh membuatkan aku berhingus
Storyline yang bagus
Dengan pelakon yang comel
Oh lelaki itu
(aku xtau itu comel or hensem)
Tapi sesuai banget pegang karakter budak spastik

Yang pasti
Drama ini membuatkan aku terfikir
Masih wujudkah
Lelaki seperti itu
Yang sanggup buat apa saja
Demi perempuan yang dicintai
Drama ini agak keterlaluan
Tapi
Kalaulah ada
Aku nak bukak tender
Huhuhuhuhu..

7/13/09

sambung master

"Aku nk sambung master"

Penuh konfiden ayat itu dilontarkan
Aku terdiam.Cuba hadam.Fikir sejenak
Aku pandang makhluk itu
Mencari kepastian
"Course ape?"
Aku tanya tanpa minat
Lebihnya sedang mencari ruang
Ruang untuk protes
"Customer service..1st intake April 2010.Apa pendapat mu?.Aku pon nak ajak mu wat master.kita amik course tu sama2"
Makhluk itu pandang aku
Muka mengharap
Meminta persetujuan

Oh!senangnya fikiran
Aku dulu pun seperti itu
Fikir mudah
Tidak fikir panjang
Aku bukan mahu bantah
Memang ramai yang sambung master
Kawan2 aku pon ramai yang dah grad
Aku je yang tercicir

Aku bimbang
Makhluk itu
Baca buku??
Aku pon dah bebal nak ngadap buku ilmiah
Ada orang cintakan ilmu
Rakus mencari
Kerana minat
Ada orang inginkan pekerjaan yang lebih baik
Sambung belajar
satu alternatif
Motifnya jelas
So aku xkan komen apa2
Tapi
makhluk ini
buat aku geleng kepala
Alasan yang tak boleh blah

"Aku fikir mesti besh pergi kelas.meronggeng2.masuk U balik.jupe kawan baru.rasa makin muda"

Perlu ke aku sokong????
Nak ajak aku skali pulak tu
Sambung master
kerana suka2
Aku dapat bayang
Tak sampai satu semester
Akan ada makhluk
Dah sibuk jual buku
Yang masih berbalut..

Sejarah dengan sendiri
Akan berulang
Oh!!tidak...

7/9/09

Musim sakit demam

Teman rumahku dapat flu
katanya aircond kat ofis jd punca
Dan hari ini
Julungkalinya
Dia bawa sweater ke opis
Itupun selepas sakit2

Seorang kawan masih lagi di hospital
Baru jalani pembedahan
Aku masih lg usaha
Mencuri waktu terluang
Kesempatan untuk melawat

Seorang teman
Berusaha gigih waktu ini
Kerja walaupun demam teruk
Tuntutan amanah
Dan janji aku
untuk mngurut kakinya
masih tinggal janji

Harap mereka semua
Pulih
Sihat
Seperti sediakala

Dan usaha untuk jangkitkan aku
Tolong hentikan
Misi 10 hari aku
takkan berjaya nanti...
Sekian.

7/8/09

Cemarnya hari indahku

Aku sedih waktu ini
Sangat sedih
Sedih yang amat

Sedih
Bila niat baik disalah erti
Bila hasad dengki jadi mainan
Aku jadi takut
Siapa lagi aku boleh percaya??

Harap Allah bagi kemudahan pada aku
Kelapangan hati
Sebab aku xsuka
perasaan sekarang

Mungkin ini dikata
Kotornya dunia hari ini
Bila hati jd kelam
Persahabatan jadi taruhan

Rasa mahu ngadap bulan
Sambil makan eskrem

Sape nk join, call aku.

p/s:ini tiada kaitan dgn entry sebelum..harap maklum.

7/7/09

Satu harapan satu impian

Minggu ini
Start dari esok..
Selama 10 hari
Satu misi akan dibuat

Kalau berjaya
aku storikan pada hari yang ke-11
Akan aku heboh
Besar-besaran
Kalau x
Aku kuburkan saja
Sembunyi

Izinkan aku bertapa
Dan jangan ditanya
kemana aku menghilang
10 hari ini
Harap dunia indah sedikit
Ngeh2

7/2/09

Sesi dinner dgn manusia pemalas

Semalam balik je dari tesco
Aku dan Faza berasapkan dapur

Oleh sebab kami hanya berdua
Nak masak heavy2 pon tak semangat sangat
Tak termakan
Mesti berakhir sesi paksa memaksa
Yang selalunya
Semut je bersorak sebab dapat makan free

So
Aku keluarkan semua sayur mayur
Potong2
Telur, sosej
Perah lemon
Buat garden salad
Dengan dressing mayo,thousand island

masak baked bean
Dengan roti pita
Chicken fillet sumbat2
Sayur lagi

Nah...siap dinner
15 minit
Cepat dan mudah

Kalo mak aku tahu
Mesti kena ketuk..
Ngeh2...

**teringat nasik dagang mak enny..hmmm

7/1/09

malas nk letak tajuk

Aku sekarang addicted to The Biggest Loser kat hallmark channel..asal ptg je ngadap siri ini..
Suka tengok bila mereka boleh turunkan 100-200 pounds di akhir episod. Dari gemuk bertimbun jadi slim dan cantik..ternganga2 terlompong2 mulut aku tgk transformasi mereka..lalu teringat kisah sendiri suatu ketika dulu..

Dulu aku penah overweight(untuk ketinggian aku)
Regim pemakanan yang aku takut nk imbas balik
Tinggal kat hostel
yang tandus mknan
paham2 jelah
Buat aku set dlm kepala hotak
Asal jumpa makanan
Mesti rebut peluang
MESTI

Sampailah suatu ketika
bila jarum penimbang naik
baru aku sedar
aku dah gemuks
dan proses untuk recover sgt tragis
antaranya:
1- aku xsentuh nasi pada minggu pertama---dugaan maha hebat bila byk setan cuba cucuk2.
2- heavy meal mmg aku xamik lepas pukul 8 mlm
3- minum air mineral byk2
4- sit up pepagi
5- jogging wiken
Amalkan secara konsisten selama 2 bulan
Hasilnya jadi sekempeng

Bila hilang 10kg
Orang pulak bising
Apsal aku sekeping sangat
makan hati ulam jantung ke?
xcukup makan ke?
mak aku pulak mengomel
duk kl susah sgt ke ank aku ni..

itulah cerita
Gemuk pon orang mengata
kurus pon orang mengata
Dengki betul dengan aku..

ini cite 3-4 tahun lepas
cam kena praktikkan balik je
regim menakutkan itu

Oh oh..