12/26/12

susu ibu 2 tahun

salam semua
alhamdulillah..darwisy dah genap 8 bulan
sekejap je rasanya

dia dah jd makin sweet...
banyak peel,manja
ok...teruk peel puji anak sendiri

hari ini tak mahu bebel pasal dia
tapi pemakanannya
lewat hari itu aku pergi bawak dia monthly check up kat KKM
terpaksa tipu nurse,aku cakap aku dah bagi dia makan walhal aku xbg lagi solid food
terpaksa tipu takut kena bebel
yes..darwisy xmakan apa-apa lagi selain susu ibu..walau dah 8 bulan

kiri kanan orang cakap
-xkesian ke tgk dia gigit jari sambil kita makan?

aku mungkin ibu xde kesian kat anak
mungkin aku malas nk prepare solid food
mungkin aku malas nk kemaskan dia comotkan baju
tapi pendapat aku

-kalau xbagi makan itu salah,tak kan wujud najis mukhafafah
-susu adalah satu-satunya cecair dalam dunia ni yang dapat berfungsi sebagai makanan dan minuman

dan ada orang tanya cukup ke bekalan untuk dia yang dah 8 bulan?
aku bekerja dan kena mengepam
yes..xde alat2 pam bagai,hanya perah tangan
gigih betul demi anak
xde ambil suppliment apa2
tapi aku berazam,cekal nak bagi dia susu
alhamdulillah
5 botol 5oz atau 4 botol 5oz cukup utk satu hari aku bekerja
untuk waktu ini

aku xtentukan tempoh 2 tahun bagi dia utk minum susu tanpa solid food
tapi selagi rezeki susu cukup
selagi Allah izinkan
aku akan bagi susu sahaja

dia membesar,lincah,comel macam anak org lain juga
dan aku bersyukur baby sitter xbanyak soal
mentua xbanyak karenah

dan kepada mereka yang bertanya xkesian ke tengok anak gigit jari tgk kita makan
aku tujukan jawapan laki aku

"lagi kesian sumbat mulut dia macam2 makanan sedangkan usus,sistem cerna tak berapa kuat lg"
dan dia komplen sesetengah website kenapa puri kena campur dengan susu ibu,adakah untuk pancing anak makan sedangkan anak belum bersedia?"

aku bukan nak cari gaduh dengan sesiapa..hanya pendapat yang xseberapa.




iklan:

kepada sesiapa yang berminat membeli serbuk rm25/kapsul.rm25/sabun manjakani  rm35, caj pos rm5 boleh hubungi saya, Rina 017 239 0072 untuk pertanyaan lanjut

saya makan manjakani,susu cukup,baby xmeragam,ok le tu


11/5/12

Serbuk manjakani tulen

Salam semua

Semenjak hujan tiap2 petang pagi petang ni,ntah kenapa penghantaran manjakani menjadi lembab.aku pun pelik dengan pos laju ni..bkn nak kondem,tapi kalau akhirnya aku yang dipersalahkan( rasa bersalah) customer lambat dpt barang yang di pos,ada galau di hati..ewah2..

Aku sangat2 paham perasaan teruja tunggu barang yang di oder sampai...sebab aku pon kerap beli online..dahtu bknnye aku selalu ada katnrumah..hari xbernasib baik kena tuntut kat pej pos..leceh ah..so pls....abg2 posman,be nice to my beloved customer.

Dah jarang sangat dah aku promot manjakani..sekarang macam dah jadi trend..bila cik siti order( cth nama,tiada kaitan), cik siti cakap2 ke kwn2, so kwn2 pon order.kat situ pon aku agak sibuk..suke je bila ramai yang guna manjakani ni,sebab ia bersih,halal,xde isi kandungan pelik2,buat sendiri...dan akhirnya aku pakai dan share ke orang lain juga..aku xnak orang kata ini produk syok sendiri..so yang selebihnya,biarlah produk ini yang berbicara..rasailah sendiri..malas nak hurai.hahahaha


Ok..biasanya ada orang tanya..yang kapsul tu ada berapa biji kat dalam?
Suka aku katakan ada 40 biji.berat masih sama macam serbuk,50 gram.1 kelongsong tu memang padat dengan manjakani.so cukuplah sebiji sehari.jangan nak lebih2 konon2nya nak cepat berkesan.nanti terkatup terus lain pula ceritanya.

Adapun postage sebenarnya almost rm6. Tapi aku letak rm5 je lah..malas nak berkira  lebih2. Kalau beli lebih 8 botol tu,biasanya aku bagi pos free je..kalau nak order banyak2, macam 40 botol,biasanya spa yang ambik banyak2 ni,aku akan kurangkan lagi..haaa..korang pon xtau,diorg punya modal rm25 je sedangkan yang nk pupur manjakani kat spa kena bayar rm60 ke atas untuk 1 rawatan.35 ringgit tu plak boleh buat 10 kali.pk sendirilah..ada orang rajin nak belai2 tubuh sendiri,ada orang x sempat,kesuntukan masa...ntah apa yang aku cakap ni.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan serbuk manjakani ini,jgn segan silu hubungi rina 017239 0072... Kekadang kalau yang call tu,aku xangkat,xsempat..sebab aku bekerja..time pos manjakani pon xmenentu..kalau sempat,pagi aku singgah ke pejabat pos,kalau xsempat,petang..tapi memang aku tiap2 hari akan hadap pejabat pos. Kalau korang msg,insyaallah aku reply sepanjang yang boleh..hahaha...aku takut korang salah info..kekadang hal2 perempuan ini banyak yang ingin dikongsi.malah ada sesetengah orang lagi selesa berkongsi dengan orang yang tidak dikenali..korang dialu-alukan..

10/28/12

Mencari tukang jahit murah

Salam semua

Sesiapa yang tahu tempat jahit berkualiti,sedap pakai,murah sikit...pls pls pls..bgtau saya.


Saya ada 10 helai baju kurung sutera arwah mama yang ingin dikecilkan saiz. Baju je nak alter.kain x.apa-apa boleh mesej saya,rina 0172390072.

Kalau ok,saya nak hantar banyak lagi.

Saya kena cari tukang jahit betul2 sebab banyaknya baju sutera itali dan saya xnak ROSAK sebab baju2 tersebut ialah priceless bg saya malah ada usia kain tersebut sudah cecah 20 tahun.

Sekian terima kasih

10/24/12

Babyjaya damansara utama servis teruk

Salam semua
Sangat panas hati
Ok...seminggu dua ini aku bercadang mahu belikan walker untuk anak teruna aku
Macam elok hari ini selepas cucuk 6 bulan
Aku nak belikan dia walker

So,aku pon pergi ke baby jaya damansara utama
Memang aku aim little bean walker 3 in 1
Harga rm299
Sebelum ini aku survey melalui internet sahaja
Memang aku nak tengok benda tu in real lah kan
Sebelum membeli,sesuai ke tak untuk darwisy
Mungkin murah bagi orang lain,tapi bagi aku macam nak bagi anak kereta ferrari
Aku nak melabur tapi biar aku puas hati
Xkesahlah laki aku kata aku yang bersungguh nak,udak tu xreti paham bahasa pon
Tahu hisap jari je
Takpe...janji aku puas hati bagi anak aku apa aku nak
Boleh gitu?hahaha
Back to story...

Apek jual tu dah lah layan nak x nak je
Tak ada yang sample dah buka
Kalau nak,terus angkut kotak koko mcm baru keluar kargo tu
Aku pahamlah
Tapi layanlah elok2
Kau menjual macam mana
Customer tak boleh tgk sentuh pegang rasa test ke mehh????
Terus aku hangin xjadi beli


Dan
Aku dah tak nak pergi sana lagi

Lagipun barang2 sana semua mcm berdebu
Macam kedai lama
Patutlah tiap kali aku pergi
Xpernah ada customer lain
Bye

10/17/12

Hilang dara dan manjakani




Semenjak dua ini ada yang bertanya mampukah manjakani merawat  hilang dara atau hilang keperawanan.

Kebiasaanya saya memberi jawapan serbuk manjakani yang sy jual ini kesannya dapat dirasai selepas 2-3 minggu jika diamal secara konsisten.kesan yang bagaimana? Yang ini untuk keperawanan.boleh tanya suami masing2. Insyaallah mereka akan berpuas hati..Kalau untuk kecutkan jerawat tu,pakai mlm ni,pagi esok pon dah boleh tengok dan rasa jerawat nasi tu mengecut..apatah lagi jerawat yang tak ada mata tu..tetiba menggunung merah..yang tu sakit tau..boleh cuba tampal manjakani kat jerawat tu insyaallah akan kecut..erk,sy nak bercakap pasal keperawanan..dah melalut ke jerawat pula.

Ada pun tentulah untuk memulihkan selaput dara yang terkoyak itu tidak mungkin tapi untuk mengetatkan faraj tu insyaallah boleh.sebab itu penggunaan manjakani tidak boleh overdose..nanti tentu ada yang melawak"bimbangnya terkatup terus" betul ke tidak tertutup terus tu hanya tuhan yang tahu tapi apa apa yang kita guna/ makan/ pakai pon xboleh extreme dan melebihi had,nanti lain pula jadinya.termasuklah kes manjakani ini.kalau kapsul tu sebiji satu hari dah memadai.

Cuma apa saya boleh kata,bagi mereka yang bertanya bolehkah manjakani mengembalikan dara yang hilang tentulah mustahil tapi ia mampu mengetatkan apa apa yang longgar.dengan izin Allah:)



Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lanjut mcm biasa boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut

0172390072 rina

10/2/12

Premium beautiful korset




Salam
Hari ini aku berkira kira mahu start diet
Azam kali ini aku tidak mahu hebohkan hatta pada laki sekalipun
Paling tidak dia akan sindir dan buat muka yg annoying
Xpe..abaikan dia

Sejarah dan susurgalur diet aku sebelum ini ada turun naiknya
Ada kisah menjadi,dan ada yang failed...i mean totally failed
Yang menjadi tu sebab aku amik ubat kurus
Kuangkuang
Tapi Masa aku amik ubat kurus tu,aku struggle betul untuk kurus
Yakni lengkap dengan exercise dan kawalan makan...dengan cara aku

Untuk orang yang tubuh macam aku ni
150cm,berat idea mungkin around 50 kg je
Dan sekarang aku 58kg
8kg bunyi x mustahil
But hey...sudah 2 bulan berat itu statik
Tanpa usaha untuk kurangkan
Patutnya sebab aku breastfeed
Orang cakap akan susut
Tapi aku macam tunggu anak raja datang pinang
Xkunjung tiba...sadis...

So..dah nampak kan kat situ
My aim is to loss 8 kilos
Within 2months
2month??kat sini yang susahnya


So,apa aku buat hari ini

Aku keluarkan balik pembarut nangka PB
Huh...dah lama xpakai
Setengah jam nak boleh ke aku pakai korset
Belum masuk yang lain lagi
Berpeluh2
Mungkin kat situ dah kurang 500 kalories
Huahuahau

Kes aku malas pakai korset
Itulaaaa
Nak boleh ke pakai,berpeluh2
Pastu rasa macam tersekat nafas
Azab betul nak kurus

Aku xnak kurangkan makan
Nanti darwisy pun akan turutkurus pula
Cuma
Aku jadikan dia dumbell
Dengan berat dia 8 kg tu,aku buat angkat berat
Letak atas perut dan sit up
Tiap kali aku up
Aku kiss dia
Tersengih2
Sedar x sedar
Dah 20x sit up
Ok ler tu untuk 1 st day

Hajat xmahu amik heavy dinner
So malam ni aku buat macaroni
Tapi....mc


9/26/12

Darwisy 5 bulan

Salam semua



Alhamdulillah semalam genaplah darwisy 5 bulan

Harap darwisy menjadi insan yang baik
Xsebaik aku,sebaik ayahnya pun dah bersyukur
Kuangkuangkuang


9/23/12

Sabun manjakani asli













Salam semua


Inilah dia sabun manjakani..sempat saya susun props daun2 kering tepi pagar masa panaskan enjin kereta pagi tadi.lighting xberapa cantik dan arrangement juga berterabur...untuk pengetahuan semua,surface sabun tidaklah selicin sabun2 lain di kedai sebab ini buat sendiri sahaja.tiada alat canggih2 mahu mencanai bentuk.( aku terbayang aku berada di depan kilang manjakani 5 tahun hadapan)masa tu bolehlah buat sabun licin2...kuangkuangkuang

Mood serious!


Sabunmanjakani asli ini berharga rm35. Pos caj rm5.

Dengan berat hampir90gram,sabun manjakani ini menjanjikan kesan maksimum ke atas permukaan kulit anda.dengan bahan asas serbuk manjakani 40gram dan olive oil tanpa pewangi atau pewarna tambahan,so memang sabun ini tidak berbau sama sekali.

Apakah fungsi sabun ini?

Sebagaimana serbuk manjakani berfungsi,sabun ini adalah kesinambungan untuk menyenangkan penggunaan serbuk manjakani.anda boleh menjadikannya pencuci muka,terutamanya yang mempunyai masalah kulit muka berminyak atau jerawat batu besar2..manjakani mampu mengecutkan nya,ok. Selain itu,fungsi utamanya sebagai pembersih faraj,untuk menghilangkan keputihan,bau2 yang tidak enak, dan juga boleh dijadikan sabun badan.arghhh,gunakan saja mengikut kekreativiti memasing asalkan hajat dan matlamatnya sampai.



So,kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut pasal sabun manjakani ini atau mahu menjadi dealer,boleh hubungi pn rina 0172390072 untuk keterangan lanjut.



Tiada lambakan stok,dapat oder baru akan proses.



Produk manjakani ini adalah 100% daripada buah manjakani syria bermutu tinggi..jangan khuatir.



I blog with BE Write

9/18/12

account service

salam semua,

lama tak berceloteh

sekarang tengah bertungkus lumus siapkan akaun untuk audit..harap-harap siap sebelum akhir september ini.

ada pun selepas itu saya akan free dan boleh fokus untuk sabun manjakani.gambar pun x snap2.

baru-baru ini ada buat sample untuk trial punya.kecik sangat pulak jadinya.tapi no hal lah kan..namakan trial..huh..mahu iklankan akaun terbawa-bawa pasal manjakani pula.
*
*
*
*
*
memandangkan bulan 10 2012 ini saya akan free dari kerja freelance ini,maka sesiapa yang membaca ini kalau kenal sesiapa yang mahukan servis akaun sekitar selangor dan kl boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.harga boleh dirunding. saya caj ikut volume,berapa banyak transaction..termasuk sediakan akaun untuk tax calculation dan untuk audit purposed.

"berpengalaman sediakan akaun lebih dari 5tahun dalam pelbagai bentuk perniagaan (public listed,holding & subsidiary,private sector).juga boleh consult untuk tax deductable.

boleh hubungi 0172390072 (pn rina) untuk keterangan lanjut.



darwisy sekarang dah nk masuk 5bulan..
rambut pon dah nak lebat,xdela macam anak burung baru nk tumbuh bulu
semakin banyak perangai
dia dapat rekod bangun paling awal antara mak ayah dia,bravo!
pastu main sengsorang...makbapak sedap tidor xnak layan

seronok tengok perkembangan anak depan mata
hidup juga berjalan dengan lancar
dan harap Allah merahmati dan memberkati kehidupan ini
amin




9/13/12

Serbuk manjakani tulen mekah

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan serbuk,kapsul atau sabun manjakani mekah bolehlah menghubungi pn rina 0172390072 untuk keterangan lanjut.

Sabun manjakani mekah boleh didapati dalam trial pack berharga rm6 sahaja( saiz sebesar cube ais)anggaran berat dalam 12 gram.




Harga untuk serbuk manjakani rm 25, kapsul rm25 dan sabun rm35.

Salam semua..
Entry ini agak berterabur..sekarang jarang berkesempatan menulis macam dulu...saya tengah sibuk handle akaun untuk sebuah company,deadline audit dah dekat..walau apapun,manjakani tetap berjalan.huahuahua.

Ada yang bertanya saya soalan2 yang hampir sama...so kepada sesiapa yang membuka dan membaca blog saya ini,kat bawah ini ada beberapa point yang harap dapat membantu anda mendapat sedikit info pasal produk manjakani ini.

Serbuk manjakani berfungsi untuk merawat keputihan,menghilangkan bau faraj,mengetatkan faraj,menghilangkan kesan hitam di  pelipat2.ini memang fungsi utama manjakani..dan memang terbukti berkesan..sejak turun temurun tau..

Akan tetapi,ramai yang tak tau ia juga seeuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka bermasalah dengan jerawat batu atau yang berminyak. So untuk part ini lelaki pon boleh pakai. Untuk senang penggunaan,maka manjakani kami telah dibentukkan dalam bentuk sabun untuk kemudahan semua. So fungsi sabun bolehlah dikatakan untuk membasuh dan mencuci mana2 bahagian yang bermasalah seperti muka,faraj, dan celah2 lipatan ( ketiak,celah peha,tuttt tutttt..ehem ehem)

Ada yang bertanya adakah manjakani sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi?jawapan yang selalunya saya beri kepada mereka ialah bergamtung kepada penerimaan bayi.untuk yang baru lepas bersalin,eloklah pengambilan manjakani dilakukan selepas 3-4 minggu bersalin.mulakan dengan sedikit-sedikit supaya bayi tidak terkejut. Ada baby sensitif ada yang tak.manjakani x sepanas jamu2 yang lain.kalau rasa bimbang nak makan, guna untuk luaran sahaja yakni dalam bentuk serbuk..boleh disapu dan dijadikan air basuhan.kesannya tetap mantap.don worry.....

Manjakani tidak boleh diambil oleh orang yang dalam haid kerana bimbang mengganggu perjalanan haid dan begitu juga bagi ibu yang mengandung kerana fungsinya yang merapatkan faraj akan
mengganggu proses kelahiran pula.

Mana lebih elok,pengambilan serbuk atau kapsul?

Bergantung kepada diri..serbuk tentulah lagi luas penggunaan kerana implikasinya boleh dilakukan dalam pelbagai cara antaranya dimasukkan ke dalam rongga faraj,dijadikan air basuhan faraj,pupukan ke pelipat-pelipat bermasalah atau kulit muka berjerawat,ambil dengan madu,bancuhkan dengan minuman kegemaran anda dan sebagainya.

Apa yang hebatnya dengan serbuk manjakani shhhhhh rahsia kita berbanding dengan produk lain yang seumpamanya?

Ia adalah tulen,hanya dari buah manjakani mekah yang terpilih dan yang terbaik.harga buah manjakani ini sangat mahal berbanding dengan yang biasa di dapati di tempat lain kerana buahnya besar,pahit yang bergetah dan hidup dalam iklim panas yang sesuai untuk tumbesarannya

Penghasilannya dijamin bersih dan diusahakan oleh kami yang"buat untuk pakai sendiri".
Serbuk manjakani ini tiada lambakan stok..order masuk,baru akan proses.

Oleh itu,kepada yang berminat boleh hubungi pn rina
0172390072.setiap persoalan yang ingin diamukan insyaallah akan dijawab dengan sebaiknya.

Kepada yang berminat ingin menjadi pengedar,harga dan tawaran menarik menanti anda.



8/13/12

i pad wifi dan mifi

seperti tajuk di atas

dulu-dulu aku pasang impian mahu cari notebook..
senang bawak..portable
ada internet supaya senang aku nak buat kerja
akhirnya tuhan permudahkan untuk aku
bersyukur untuk itu
bila aku buat freelance untuk squid
abg pami bermurah hati menjual ipad nya ke aku
dengan harga RM700
seriusnya aku buta teknologi
dan fikir semua ipad akan mudah untuk sambung ke internet

pada awalnya aku sangat susah hati
asalnya aku bangga dapat beli ipad wifi 32gb itu dengan harga rm700
lagipun abang pami orang yang aku kenal
walau barang 2nd hand tp aku tahu kondisinya elok
tapi aku bermasalah mahu guna broadband dan ipad
ipad wifi mana ada sim slot dan usb port
malah kalau guna usb connector sekalipun
x mampu membuat connection pada broadband

aku dah advertise ke mudah
untuk jual balik ipad
macam xde fungsi bg aku
bila di kawasan wifi je aku boleh guna
lagipun xde makna aku pasang wifi kat rumah
bukan aku selalu di rumah

sempatlah seorang bertanyakan pasal ipad yang aku iklankan kat mudah
aku tetiba ter surf yang mifi mampu menyelesaikan masalah aku
terus aku beli pada hari yang sama
dan kini hoyeahhhh
dapat guna internet dengan jayanya
modus operandi..mifi menukarkan line kepada wifi
so ipad akan dapat detect line tersebut

aku guna simkad telefon je untuk letak dalam mifi
xde langgan berokban package pon

so,modal setakat ni rm700 dan rm200(utk mifi)
RM900 utk ipad wifi internet 32GB
oklah kan?


alhamdulillah

harap2 mifi aku ni boleh tahan lama
xde rosak sana sini..

7/27/12

serbuk tulen manjakani mekah


hubungi pn rina 0172390072 untuk keterangan lanjut
shhhhh..rahsia kita je:)

salam semua
kepada mereka yang sedang mencari produk yang berkesan tanpa perlu risau tentang campuran bahan2 kimia khasnya untuk kaum wanita boleh cuba serbuk tulen manjakani mekah.

produk ini akan melalui proses penjenamaan tidak lama lagi. dan harga akan dinaikkan.rebutlah peluang sementara harga masih murah.

harga menarik menanti bagi mereka yang ingin menjadi pengedar

ramai yang bertanya apa manjakani mekah ini mampu buat pada mereka
  • merawat keputihan
  • hitam2 celah ketiak dan lipatan
  • pori-pori kulit terbuka
  • kecutkan jerawat terutama jerawat nasi/batu
  • merapatkan faraj
  • menyembuhkan luka
  • menghilangkan bau faraj
sesuai untuk mereka yang baru lepas bersalin,yang ingin mengekalkan keperawan dan anak dara pun boleh pakai..sesuai untuk semua lah.

ada perkara yang melibatkan masalah keperempuanan tapi tidak jumpa penyelesaiannya?

insyaallah saya boleh membantu

untuk tempahan/pertanyaan..boleh hubungi saya pn rina 017 2390072 untuk keterangan lanjut

tiada ready stok..bila dapat oder,mesin pengisar akan berbunyi..produk adalah sentiasa fresh:)


7/4/12

shhhh rahsia kita serbuk manjakani


salam semua
kepada mereka yang berminat mahu menjadi pengedar produk ini,sila hubungi/sms saya pn Rina 0172390072 untuk keterangan lanjut.

Buat masa ini produk ini ada dalam 3 bentuk-kapsul/serbuk/sabun.kapsul rm25/serbuk rm25 dan sabun rm35

saya akui produk ini macam goreng pisang panas sekarang dan yang telah menggunakan serbuk manjakani ini pasti akan mengulangi oder.terima kasih kerana yakin dengan produk ini.

ada juga yang takut2 was was dengan ketulenan dan keasliannya.yakinilah ia kerana produk ini adalah 100% tulen dan selamat digunakan tanpa bahan pengawet/kimia.

official blog ialah mommymeletop.




6/28/12


mr darwisy

sekarang buat blog cerita pasal anak je
aku sudah menjadi orang yang membosankan
pon menjadi pengguna fb yang bosan
sebab upload pic anak je


xnak lah macam ni..
bosan!


6/27/12

mohd tek


sebelum cerita pasal mohd tek,iklan mr darwisy kejap


MR DARWISY dah genap 2 bulan
cepat masa berlalu
2bulan jugak patutnya kena cucuk
tp aku x pergi-pergi
takut dia demam lepas cucuk
lagipun aku malas nak bangun awal pagi
kalau nak pergi klinik gomen
harusnya pukul 8pg dah sampai depan pintu pagar
tengoklah esok macam mana
sebetulnya aku pun tak sabar nak tahu perkembangan dia kini
berat badan dll

insyaallah next week aku akan berada di kl dah
rindu kat laki sangat menggunung
jarang berpisah lama macam ni(blush2)

hari sabtu nanti akan buat bday party untuk tek
aku hanya tolong2 je
sangat sedih
langsung tak menyumbang:(
aku ingat nk cari bday present untuk dia
walau tak mahal tetapi sebagai tanda ingatan

mohd tek

mohd tek2

kenapakah dipanggil mohd tek?
sebab dia tak nak pakai gaun
tak nak pakai baju xde lengan
alasannya kalau pakai gaun--macam org pregnant
xnak pakai skirt dan baju sleeveless--tek gelap,banyak bulu,tak lawa

pada aku,zaman kecik-kecik suka sangat baju baru dan lawa-lawa
cuma mama tak de duit je nak belikan selalu
budak mohd tek sangat tak hargai dunia kanak2
jangan bila dah besar baru gian nak pakai gaun dan skirt sudahlah
nauzubillah

sebelum ini tek duduk kl dengan kak mi
sebetulnya kl sangat tidak sesuai untuk budak membesar
tiada kawasan bermain,kawan yang terhad
dunia yang sangat mengongkong
tidak sama seperti di kampung
kawan-kawan ramai sebab kejiranan dekat
kawasan tak usah cakaplah
baruh/sungai/depan rumah/sekolah
memang jadi hitam hangus bersisik kulit
tapi aku rasa itu hak setiap anak kampung
biarkan mereka bebas
bebas bermain
selagi tidak merbahaya
dan selagi result sekolah score
biarkan aja...

dan untuk waktu ini
tek sihat di kampung

tak sabar nak sambut bday dia nanti








6/25/12

serangan anai2

salam sejahtera

rasanya sudah 3-4 minggu aku berada di kampung
sangat tenang,jauh dari kota
aku pun dah lupa bila kali akhir aku stay kampung lama2 macam ni
mungkin 7tahun yang lalu

wikend baru-baru ini
kami kemaskan almari2 buku yang tak bersentuh
anai2 memenuhi segenap ruang
dan tiada satu pun almari yang dapat diselamatkan
semua telah dibuang dan dibakar
dinding2 pula disembur minyak gas
untuk memamposkan anai2 yang melarikan diri
satu rumah bau minyak gas
menusuk hidung i taw

dalam proses kemas-kemas itu
terjumpa novel terbitan tahun 1963
Adibah amin-harga rm3 sahaja
murah kan


walkman inilah yang diusung sepanjang zaman mrsm



rajin aku menderma dara..eh darah


diari sementara arwah mama yang buat jantung aku sentap


operasi angkut rak buku..fariq baru bangun itupun setelah dipaksarela oleh papa..kalo x,orang nak gi semayang jemaat barulah terhegeh2 bangun


mr darwisy pula sangat behaved.tidur je.


papa tangkap talapia dari kolam depan rumah.terus bertukar menjadi talapia goreng dan asam pedas oleh cef suzi.

teringatkan mama..lalu peluk anak kuat2..ape kaitan?





6/20/12

muhammad darwisy b mohd azizi





gambar di atas ialah sebulan yang lalu
aku pun belum puas tengok dia yang masih kecik
sebab tu tampal kat sini

sekarang dah jadi macam anak jin
dagu berlapis-lapis
makin lama masa aku spend untuk bersihkan kelipat2 peha dan lengan dan leher
oiii budak,jgn besar sgt..ibu xlarat nak angkat

dalam hampir dua bulan ini
aku makin serasi menjadi ibu
bangun tengah malam adalah perkara biasa
peelnya sentiasa berubah-ubah
buat masa ini pagi2 mahu tidur berdukung
dah lah berat,rasa macam pikul plastik gula 6kg

baby sangat cepat membesar
setiap hari berubah
macam mana mahu bosan
dan arwah mama
kalau pun masih hidup
mesti tak percaya
aku boleh handle baby sorang2

untuk darwisy kalau pun blog ini masih wujud saatnya besar dan reti baca dan paham.
'sakit tau nak beranak kan kamu.badan nk slim balik pun susah.angkat kamu yang gemuk dan berat dan banyak mengada sangatlah mencabar.tp kamu sangat manis di mata dan hati ibu walau debab macam guni beras'

bersambung..

6/18/12

manjakani tulen mekah

bagi mereka yang ingin mendapatkan serbuk tulen manjakani mekah asli boleh hubungi saya rina 0172390072.anda juga boleh kelik picture botol manjakani kat sidebar untuk keterangan lanjut.terima kasih.

6/5/12

muhammad darwisy b mohd azizi 2.98kg 11.53pm 26/4/2012 khamis

3/22/12

madu asli: batuk dan flu dan headache

salam semua

kesihatan di kala ini sangat tidak memberansangkan
selasa dan rabu aku terdampar di tilam
persis si dugong terdampar
hilang suara
aku dah cemas adakah ini balasan tuhan sebab aku byk mengumpat
wawawawa
kiraan setahun ini
aku telah menjadi selemah-lemah aku
3kali demam dengan rekod jintungan/cacar air
hebat2..

aku tidak mengambil sebarang ubat batuk
cuma makan madu
alhamdulillah
sebab aku amik madu sbelum tidor
batuk xganggu aku time tidur
yang jadi masalah
musim2 sakit inilah setan merasuk dalam ais
dan memanggil2 aku untuk minum
macam mana nk baik kan

teori aku pasal harga dan kualiti mungkin boleh pakai dalam situasi ini
aku tidak ambil/consume madu biasa tetapi madu gunung yang likat yang susah nk dapat tu
walau harga sedikit mahal dari yang lain(ternak atau tualang)
tapi aku anggap berbaloi
sepanjang aku jual ini
ada juga yang perli2 mengatakan madu ini tidak asli
aku jual berdasarkan keyakinan
dan seperti kata si irfan yang bekalkan madu ini pada aku
"saya mahu niaga lama kak,masakan mau tipu2,kalau xmahu,xmengapa.jangan dipaksa.kalau rosak,terbukti tidak asli,bagi balik pada aku" si irfan tiap kali balik ke kalimantan akan bawa pulang madu.xbanyak.tp aku yakin dengan si irfan.dan aku sebarkan keyakinan ini pada kalian.
tentulah aku pun takut
madu asli akan membawa seribu satu kebaikan,tetapi kalau madu tipu tentulah seribu satu keburukan pula.

untuk sebotol madu gunung yang likat ini isipadu botol -+900ml,aku jual rm 80.berminat boleh hubungi aku. sekian.

2/28/12

29 feb 2012

cantik tarikh ni,maka gedik lebih mahu lekat kat sini
kelmarin aku ke johor
pergi balik bertolak pukul 530ptg sampai rumah 230pg
phew!!penat

dan semalam masuk opis mcm biasa
untuk aku yang kuasa tidur 10 jam satu hari
patutnya akan mengantuk khayal xcukup tido
tapi lain pula halnya semalam
blk je kerja ptg tu
aku terus basuh,jemur,lipat,gosok baju
clearkan semua
buat tomyam
buat puding karamel
mandi siap2
tgk tb tunggu laki blk main badminton

minggu lepas juga
sebab pekerja terlebih ramai
daripada lepak kat opis xde kerja
aku contact agent sewa booth di midvalley
ini kali pertama sejak bukak booth kat singapore
aku rasa jatuh hati dgn booth2 ini
bukak 2-3 hari dpt collect cash
tp sebab x ramai sgt org kat event tu
walau ada upin ipin boboboy
masih xramai org
tak taulah silap penganjur sbb x advertise kaw2 atau ape

bila berniaga mmg ini antara risiko
boleh dikata balik modal dan untung sikit2
nasib baik kakak aku xbambu aku
sebab modal dia yang keluarkan
tp aku xkan serik nk tinjau booth2 ni
selagi terdaya..

habis tentang itu
maka aku tertanya-tanya
tentang kawan2 aku
rasa mcm sgt lonely
ramai yang dah kahwin
dan buat haluan sendiri
yang bujang pulak jauh di temerloh/ganu


walaweh....

2/14/12

si pemalas update blog..hoyehhh

salam sejahtera
sekarang mcm sangat malas untuk tulis-tulis
xsangka
usia meningkat berkadar langsung dengan tahap kemalasan
(hipotesis untuk aku)

adapun kehidupan waktu ini agak sukar
kekadang aku mcm tidak tahu apa yang aku nak
dikala umur 27thn ini
mcm masih tercari arah sedangkan ramai kwn2 yang sudah berjaya dlm kerjaya memasing
pernah terfikir mahu sambung belajar
tapi passionnya sudah hilang/otak dah tak mcm span yang mudah serap air
xde geng juga buatkan aku rasa malas nak belajar..byk excuse le aku ni
aku boleh katakan tahun ini,2012 tahun untuk aku setkan arah,mencari peluang dan menyesuaikan diri dgn beberapa perubahan lain nanti
misi aku tahun ini mcm budak baru graduate..walaweh

kerja
-----------------------
boleh dikatakan juga setiap hari aku sampai rumah around 8pm
walau sebenarnya office hour aku 1030-530
tapi sebab selalunya selagi tak cecah 11am aku xkan sampai opis(dasar mls pergi kerja)
so aku give n take blk lewat sikit
jammed juga buat aku mengelak waktu peak hour
aku menjadi lelah dan penat untuk hadap jammed-bosan

kedah
------
sejak hari raya,xbalik2
maka cuti panjang raya cina kami balik kedah
jalan jammed teruk
tapi semuanya berbaloi
mcm hari raya pulak rasanya bila semua ada berkumpul
xde yang ter miss pon
bakar ayam kat luar,tangkap ikan sungai,buat kerabu
suka betul aku kalau bab mkn jika balik kedah


1st anniversary
---------------
kami balik terengganu 3-4 hari
satu kepuasan sebab dah lama xbalik
sangat enjoy dapat habiskan masa dgn keluarga
pak sedara jamu mkn,pergi mandi air terjun,lepak teluk kemang
pergi pasar,masak2 kat rumah

sudah setahun berkahwin
kadang2 buat aku tidak sedar
masa berlalu pantas
dialah kawan,dialah suami
kami tidak pernah bergaduh sehingga ke hari ini
kekadang buat aku takut
hidup mcm sangat lancar,takut musibah tunggu di hadapan
dia yang Allah titipkan buat aku pelengkap diri
terima kasih untuk segalanya

cacar air/jintungan/bertih
---------------------------
hampir sebulan lalu
aku cuti hampir 3minggu
terlantar kat rumah
mungkin aku akan buat 1 entry pasal cacar air ini
sebab ini 1st time kena
sgt sengsara rasa
apatah lagi sebab aku dah tua
kalau kena zaman kecik2
kulit muda lagi xdela kulit liat tua mcm sekarang
memandangkan ia senang berjangkit
aku tidak boleh keluar rumah
2-3 minggu dia yang uruskan semua
sebelum aku mati kebosanan
aku akhirnya ke opis dan berjaya buat bos aku kena sekali
yezza

harap mood aku elok utk update lagi nanti
lagipun cable henset ntah ke mana,so xde pic nk tepek di sini
dan
dia banyak perli aku
baru2 ini ada warehouse sales
aku jadi gila maka beli baju hampir 6 dozen
aku bagi alasan nak jual kat tenet
tapi sampai sekarang xjalan
nanti nantilah
lagipun
namakan si pemalas....update blog:)