2/28/10

Si biru yang sedih

Kereta saya sakit
Tenat
Untuk kesekian kalinya
Kemek sana sini
Lampu depan pecah
Alarm mengong2
Calar merata-rata
Plat no belah dua

Cina sengih dari jauh
Bila nampak si biru saya menapak
sambil congak congak
lampu sebelah pon dah 500 lebih
ketuk lagi
simen lagi
cat lagi


Hey si budiman...
Perlukan pembantu peribadi pakar segala hal servis baikmutu sejam RM2000?

SEDIA BERKHIDMAT ;)

2/25/10

Kahwin..bersediakah?

Sungguh tidak layak sebenarnya aku yang tidak berpengalaman ini bercakap pasal ini.
Abaikan pasal segala macam kursus kahwen,persiapan kenduri kendara,tempat tinggal dan sebagainya.Aku bukan mahu bercakap pasal itu akan tetapi persediaan emosi.

Kahwin..
Perempuan mana yang tidak gembira bila dilamar.
Apatah lagi kalau orang tersayang yang melamar.
Kalau orang yang itu perempuan itu xde hati pon, masih jugak gembira.Masakan tidak"oh,laku benar aku ini".

Gembira....tapi chop!banyak lagi perkara yang perlu diambilkira.
Contohnya adalah seperti berikut:

1. Sudah bersediakah untuk tinggalkan zaman solo?
Zaman solo maknanya kebebasan.Kebebasan berfikir,membuat keputusan,kehulu kehilir..sudah bersediakah untuk melepaskan kebebasan ini?

2. Perkongsian
Bagi perempuan,adakah duit kita duit kita,duit dia duit kita?atau duit kita duit dia,duit dia duit kita?atau duit kita duit dia,duit dia semestinya duit dia?Benda ini pon leh menanah..

4.Kahwin perlu didik jiwa,perlu bersabar,persefahaman,terima baik buruk,serah jiwa raga sepenuhnya..sediakah?

5.Susah senang hadap bersama..jika sebelum ini kongsi banyak masa gumbira je, jika berlaku dugaan besar,adakah hati perasaan jiwa raga kukuh sepertimana janji cinta sepenuh hati yang pernah dilafazkan?

6.Adakah yakin dan percaya dia adalah yang sebaiknya untuk anda?Memang semuanya berserah kepada Allah SWT.kalau dah jodoh,dah ditakdirkan tetapi adakah pilihan anda itu memang anda yakini?

7.Kalau zaman bercinta semuanya indah,adakah selepas kahwin seperti itu juga?Memang betul perangai sebenar hanya terpancar selepas kahwin tetapi kalau 'terlalu/terlampau'lain,sudahkah anda bersedia menerimanya?

Maka jika anda fikir kahwin itu keseronokan sahaja,mulalah belajar berfikir mendalam sedikit.

Adakah soalan aku ini kebudakan sangat?

2/24/10

hutang

2-3 hari lepas, kat era.fm kalau xsilap,ada seorang pemanggil meluahkan perasaannya di radio terbabit, bercerita pasal kawannya yang meminjam duitnya untuk dijadikan modal perniagaan sebanyak RM5000.00 dan sampai sekarang liat/melarikan diri/pura-pura lupa untuk membayar hutang tersebut.

Ini kisah biasa
Berhutang dan lari
Tak kira dengan saudara sendiri atau kawan
Hubungan yang baik pun boleh jadi keruh
Tidak ada penyelesaian yang jitu
Untuk buat orang bayar hutang kita
Cuma
Kalau hati niat mahu menolong
Kalau memang ada lebihan wang
Niatkan sekali untuk bersedekah
Dan berharap rezeki akan lebih murah
Hati tidak sakit
Jiwa tidak tersiksa
Itu antara dia dengan tuhan
Pasti akan ada bahagian untuk kita

peace!

2/23/10

EMAS

Berdasarkan ketidakstabilan nilai matawang pada hari ini,aku terpanggil untuk bercakap perihal emas. Sebagai pelaburan kukuh dan unggul. Sepanjang zaman.

30-40 tahun dulu,nilai emas tidak sama macam hari ini. Dulu, zaman muda mak aku,anting2 lanjut paras leher yang sederhana tebal baru berharga RM30.00. Dalam bahasa mudah,emas kalau berharga RM30.00 ringgit pada waktu itu dah boleh dapat sepasang subang lanjut2 yang comel. Ya,ini kisah dulu. Tapi hari ini, kalau pergi menapak ke kedai emas, skru subang sebelah pon belum tentu dapat dengan harga RM30.00.

Emas---warna tidak pudar,tahan lasak,tidak akan mengurang nilai walau calar,patah..boleh dibuat perhiasan bagi perempuan, terdesak boleh dijual atau gadai, harga meningkat dalam jangkamasa panjang, emas bawak ke negara mana2 pun laku untuk dijual (tidak seperti duit kertas yang hanya laku disebabkan jaminan kerajaan dan dipengaruhi inflasi).

Kalau ada duit lebih,kenapa tidak untuk pelaburan emas. Melabur emas tidak pernah rugi. Dan nilainya akan terus meningkat. Percayalah.

*Gaya penulisan tokei mas pencen

BUNTU

8.49 mlm
masih di sini
tunggu
tengok jam
tunggu
tunggu
kali ini tidak serunuk
tunggu untuk dimarah
untuk bukan salah sendiri
tunggu
tunggu

moge dipermudahkanNya

2/22/10

berubahkah manusia?

Bayangkan
Jika anda mengenali pasangan anda hari ni
Dan jika jodohnya ada
Atau perhubungannya panjang
Adakah dia yang anda kenali hari ini
Kehangatan,kasih sayang,keprihatinannya
Sama 20-30 tahun mendatang?
Ataupun
seperti yang selalu diperbincangkan
perangai sebelum selepas kahwin mesti lain

betulkah?
Kenapa berubah?
Adakah dulu hipokrit
Dan kelamaan perangai sebenar tersingkap
Atau berubahkah perasaan manusia
berkadar terus dengan masa?

Dengan minda sedar
Harap ia tidak berlaku..
Dengan minda sedar
Sebagaimana aku hari ini
Harap sama walau uban penuh sekepala
Peh...

2/9/10

9.45 mlm

Masih di office
Doing nothing
Hanya tunggu
Tunggu
Tgk jam
Tunggu lagi
Tunggu lagi

Apa no teksi?

2/4/10

high heel

Aku ada dua(ada riak menunjuk)
putih dan hitam
Baru beli
Dan satu
Yang hitam itu
Aku rasmi
Pakai untuk date sabtu lepas
Semangat mau menunjuk
Bau kedai xhilang lg beb

Hasilnya
Lelah mak,u
turun naik lrt,panjat klcc
dengan heel itus
Kren kaki
Urats bersimpul,berjalin
spoilkan mood dating aku

dan
Aku terpk
betapa azab dan sengsaranya
harga untuk lawa

kesian pompuan