4/27/09

Kumpulan Lebam

Rasa nk gelak pon ada
Aku xhingin heboh perkara2 camni sbenarnya
Dan entry ini just nk kongsi kebrudusan sahaja
Mcm2 assumption yang aku dapat..

Si A: Apsal dgn ko?Kena minyak panas ke?(aku xcukup brudus nk selam dlm minyak panas)

Si B: Aku dulu2 1st2 masuk silat camtu juge..(ke situ plak)

Si C: Mung kene gigit ulat ke? Bengkak x?Gatal x?(Ulat.aku xpenah terpk pon..ulat ape
leh jd lebam?

Si D: Ko jatuh kat mana?(Aku xcukup brudus juge nk jatuhkan diri)

Si E: Kawan aku ada sorang dulu...same.lama2, berkudis..(Perghhh..ngerinyer. Aku bkn dpt skebis oiii)

Si F: Mung main paintball kat mana??X ajak aku pon (Main kepala hotak mung.huh!!)

Ape2 pun, thanx 4 amik berat..
Idea berendam dalam air garam tu aku xsanggup nk praktik
Setakat lebam apela sgt..
Dah2la tanya
Nanti baik lerr..

4/23/09

Ujian Malam Jumaat

Orang kata
Buatlah kebajikan
Penuhkan dengan zikir
Tasbih dan tahmid
Bacalah Yasin
Rebutlah kebaikan
Jauhkan kejahatan
Terutama di hari Jumaat
Penghulu segala hari

Tp semalam
Setan dah berjaya
Kibas2kan aku
Bisik2kan hasutan
Asah2kan taring
Gilapkan tanduk
Yang tumpul dah jd tajam
Tahniah
Bravo setan

Aku meledak
Untuk sekalian kalinya
Order cepat je datang amik
Tunggu 10 minit ok lagi
20 minit berlalu
Asap dah nak keluar
Takpe
Sabar
Tunggu
Sambil borak
Sampai sup, sampai garlic bread
tunggu lagi
40 minit berlalu
60 minit sudah
Jam dah 11.30 pm
Sampai dessert
Main course xsampai lg
Sabar dah menipis
Aku panggil manusia itu
Tanya
Dia xpaham bahasa aku
Aku tukar
Spekong
Pun sama
Sengih2
Sambil tangan tunjuk dapur
10 minit kemudian
Dia datang
Sambil guna bahasa isyarat
Tunjuk2 dapur
Wargghhh
Aku balas
Sambil tunjuk2 pisau
Wat muke bapak samseng
Aku kensel order
Penutup segala cerita
Dan harap2
Aku xkan pegi situ lagi
Titik

Eskrem ni susah nk buat tau..1 jam amik masa baru siap..

4/22/09

MACHOkah anda,wahai jantan?

Macho itu subjektif
Jantan itu juga subjektif
Istilah macho dan jantan perlu seiring
Sikap dan sifat perlu jelas dan terserlah
Aura kena ada
Bukan dibuat2

Sebagai contoh

Org macho x akan mengaku macho
Hanya org yang teringin nak jd macho tp xcukup macho atau tidak ada keupayaan untuk jd macho lalu nk suruh org ckp dia macho sahaja yang mengaku macho...Spesis yang kesian lagi tak dapat diselamatkan...

Orang macho tidak akan pelat
Yang ini kritikal..Rupa dah cukup sifat.Gaya dah ala2 jantan terpilih. Tetapi bila berbual atau berSMS ayat2 ini akan digunakan:
"camat mlm, awk"
"caya cayang awk"
"awk dah capan?"
"caya cuka awk.awk cuka caya?"
Si gadis yang terpilih selayaknya simbah air panas dlm mulut jantan yang berlagak macho seperti ini bg hilang pelat..Ape kes??Si konon2 macho xde gigi?Jongang?Minum susu botol lagi?Masih berhingus?

Orang macho tidak akan melatah..hanya kuat melantak
Ini kisah benar..pengalaman sendiri..Si gadis yang jelita kuar dari lif dan mungkin Si macho yang nampak cam macho itu xpernah tgk gadis jelita lalu termelatah sebut nama mak..Kalo terkejut pon, xleh kontrol ke,wahai jantan?Spoil jer..


Harap sedarlah diri wahai jantan2

Samalah juga halnya
Merokok xsemestinya macho
Menangis xsemestinya hilang macho

Ada perkara walau nampak remeh atau feminin tetapi tetap tidak akan hilangkan nilai jantan dan ada perkara jika terlebih jantan akan mengundang cemuhan..

Sekian

4/21/09

pindah oh pindah 2

2 minggu pertama selepas pindah
Tanpa dapur berasap
Mengundang kutukan yang luar biasa
Panas telinga
Merah muka
Berasap hidung
Aku ingat aku sudah cukup pakar
Rupanya ramai lg yang berbakat
Bintang malap
Tunggu untuk digilap
Jadi Raja Sinis
Samada mmg sinis
Atau mau mencabar
Aku tidak arif

Selepas 2 minggu
Merangkap hari ini
Dah 2 hari
2 HARI YER
ulang lagi
2 HARI
kitaorg masak
Bereksperimen
Sendiri jadi tikus putih
Bahan ujikaji
Dan sup semalam
Aku xtau ape nama nak bg
Rupa cam sup sayur
Tapi byk ayam
Oh carrot 3 batang aku taruk
Cendawan 1 plastik
Kubis bunga penuh periuk
Macam makan 10 orang
Faza dah pucat tengok periuk nk melimpah

Tp, bila
Makan masakan sendiri
Rasanya lain
Kepuasan berganda
Itu yang aku belajar
Sejak 2 hari ini

Bercakap pasal Faza
Kitaorg byk perkara tidak sebulu
Terutama pasal barang dapur
Apa yang dia suka
Tak semestinya aku suka
Begitulah sebaliknya
Seperti biasa
Satu TESCO penuh dengan sore kitaorg
Walau camne pon
Troli itu tetap penuh
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak
Dan..
Senyum sendiri bila aku ingat
Cili yang cik kak tu amik
Penimbang harga xdpt detect
Sikit sangat
Lalu aku mainkan peranan
Kaut satu plastik
Dia juga hampir2 nk timbang purse aku
Aduhhh

Aku kategorikan zaman ini
ZAMAN BEREKSPERIMEN

Teringat kata2 seorang kakak dari KLS
"Masakan yang sedap ialah bila ada keikhlasan di dalamnya. Sebab itu, sebelum masak, betulkan niat terlebih dahulu"
dan
Aku bersetuju 100%

Sekian
Ngeh2..

4/20/09

Suatu episod di hujung minggu

Baru2 ini aku libatkan diri
Secara pasif
Dalam satu keramaian
Di tepi tasik
Yang separa indah

Sambil layan Paddle Boat
Sambil reliese tension
Dengan Thai Traditional Massage
(aku tak tau ape org tua tu mkn,tangan dia kuat betul)
Bersuaralatar DJs spinning music yang nonstop
Bingit dan bingar

Dan seperti biasa
Ada selit2
Dengan pertunjukan
Kali ini oleh Pole Dancer
Bawak khas dari Thailand
Bergayut memanjat cam monyet
Aku layan je
Macam biasa

Sambil relax
Sambil cuci mata
Dengan acara wajib

Makan
Makan
Hingga terbungkang..

Selit2...

Monyet yang pakar bergayut

Gayut nyet,jangan xgayut..

Agaknya memang selalu praktis posing camni kot..

Aku bg 2/5 bintang
Bintang kecik
Stakat panjat tiang
Aku pon boleh
Panjat pokok petai yang penuh dgn kerengga
Lagi mencabar

Tapi
Makanan memang gempak
Semua chef import dari Thailand
Aku tahap kebulur time tu
Xsempat nak snap
Ngeh2...

4/16/09

Coretan ini untuk wanita itu..seorang ibu

Hari Ibu sudah hampir tiba
Aku xpernah serius sambut hari ibu
Sungguh

Sekadar berbual di telefon
Yang kekadang
Kusematkan kata2"selamat hari ibu"
Dengan simpul2 malu

Dan aku ingat lagi
Hari itu dia ketawa
Memahami
Seperti biasa
Dia akan mendoakan kebaikanku
Dihujung bualan

Adapun
Perkara yang sama telah berlaku
Lewat hari lahirnya yang lalu
Aku kejutkan dia di awal pagi
Mengucapkan selamat
Dan terima kasih kerana melahirkanku
Cuma kali ini
Aku tidak sempat mengirimkan sebarang kad
Aku manusia jahil
Yang jadikan kerja sebagai alasan
Tapi ibu tua itu tetap memahami
Oh ibuku..

Silapnya aku
Sebagai seorang anak
Tidak pernah berbicara secara telus
Tidak pernah meluahkan
Betapa sayangnya aku pada wanita itu

Kekadang
Aku takut terlewat
Tidak sempat
Seperti sesetengah orang
Bila ibu pergi
Baru menyesal

Sebenarnya juga
Aku tidak mengharapkan ibuku membaca bingkisan ini
Tapi
Aku ingin sekali meluahkan
Betapa bangganya aku
Menjadi anaknya
Anak yang selalu menguji kesabarannya
Anak yang selalu merunsingkan hatinya
Anak yang kekadang buat dia tak tidur malam

Aku mahu yakinkan dia dikala ini
Apapun yang aku buat
Nasihatnya akan kujadikan azimat
Di bumi asing
Dan dia tetap kuingati
Dalam setiap deru nafas

Aku juga berharap
Doa yang ditabur untukku
Akan jd pendinding
Mampu menjadi perisai
Yang utuh
Untuk lewati hidup

Untuk ibuku
Kali ini
Aku nk hebohkan
Betapa sayangnya aku pdnya
Betapa beruntungnya
Memiliki dia
Sebagai ibu

Moga Allah memanjangkan usia ibuku, memberkati hidupnya, memudahkan hidup dan matinya dan memberikan segala kebaikan untuknya. Semoga Allah memberikan tempat di Al-Jannah buat ibuku.

Begitu juga halnya buat semua ibu adanya..
Amin

Dan Selamat Hari Beribu

Ngeh2..

4/14/09

Senjakala di NKVE

Jarang aku enjoy waktu sesak dgn jammed
Tapi semalam lain ceritanya
Aku berharap waktu itu terhenti
Pegun
Lampu isyarat hilang fungsi
Supaya senang nak snap picture

Apek sebelah dah pandang2
Ape minah ni terjulur2 tangan
Untuk dapatkan angle terbaik
Panjat bumbung kreta pon aku sanggup
Ngeh2..

Ini hasilnya...

4/13/09

Pergi...Aizat

Budak ini suara sangat saya gemari
Sangat menarik melihat dia dgn gitar dan lagu ini

Lagu tema Talentime ini
Buat saya rasa mau jiwang
Sambil pandang ombak
Makan ais krim

Meh nyanyi sama-sama
Ngeh2...



Pergi - Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

4/6/09

Flowers Over Horn

Just penuhkan permintaan---update blog
(Sesuke hati buat tajuk sendiri----->tajuk asal BOYS OVER/BEFORE FLOWERS)



Lately aku ngadap drama ni kat KBSW
Ter'miss' beberapa episod
No hal
aku qada kat mysoju during opis hr

Ini versi korea
Aku pernah tengok versi jepun dan taiwan
Hana Yori Dango dan Meteor Garden

Aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ini
Siapa free layan ler..

Suke tgk Lee Min Ho
Si hensem itu ada gaya
Suke!Suke!Suke!

----------------------------------------------------
Nota kaki

Aku ada drama Rivals yang dah beli hampir sebulan tp xtgk2..
Kini sedang habiskan stok2 DVD 2 tahun lepas
Yang xsempat tgk
Yang dah berdebu
Bila menyewa ni
baru rasa serunuk
menonton dengan kengkawan

Sekian

Aku dan cukai

Perghhhh
Semua benda sekarang boleh buat duit

Contohnya macam advertisement di bawah...




Dan sementara musim orang tengah sibuk isi borang
Borang BE ke, Borang B ke,M ke, TP ke, TJ ke..huhuhu
Aku pon nak sibukkan diri juga
Buat side income

Aku percaya
Ramai yang tak 'berapa pandai' atau malas
Nak isi borang
Secara nyata atau menggunakan E-Filing
Sebelum berakhir bulan ini(untuk Form BE especially)
Bolehlah ramai2 kejar aku

Kali ini
Aku sediakan perkhidmatan baeeek punya

Xmau byr tax?
Nak bayar sekupang je?
Nak Inland Revenue lak yang bg tax return?

Secara lurus atau bengkok
Secara jujur atau bertanduk
Semua di tangan anda

Bagi yang berminat
Bolehlah cari aku
Dan
Rundingan percuma akan diberikan untuk tax tahun depan

Risiko???
Tanggung sendiri
Aku tanggung dosa aku je

Mampos kalau LHDN detect aku..

4/2/09

Pasar hari ini



(ENTRY TIADA KAITAN PASAL PASAR MALAM, PASAR BORONG, PASAR MINGGU ATAU SEWAKTU DENGANNYA-HARAP MAKLUM)

Ada teman tanya aku pasal pasaran saham hari ini, zaman ini..recession dan impak pada pasaran tempatan dan global.

Aku x alert sangat.sungguh..teruknya aku.(Malu nk mengaku)
Security Commission,FRS pon dah lama tinggal.Aku xperlu tahu..xperlu semakkan otak.(rakyat yang pemalas,jgn contohi)

Org2 business memang perlu aware pada current market price utk share,bond,unit trust, option,blabla.Ramai prefer portfolio untuk kurangkan risk.Mereka sibuk belek akhbar cari berita pasal market performance, market condition,market rate,market bla2..Aku xtermasuk dalam kategori ini..xperlu bzbody..

Yang aku tahu cuma super market, mini market--aku boleh respon dengan jayanya...

So, bila ada yang tanya aku cara untuk membaca dan memahami turun naik share price dlm akhbar, aku xpandai nk jawab bagi dia paham..Aku cuba terangkan, explain memandangkan dia tidak ada ilmu pasal ekonomi, tp maybe jawapan aku terlalu teknikal,aku mati kutu..Lalu jawapan mudah yang aku bagi..nak tengok how bad our economic condition right now, just check kat BURSA MALAYSIA-tengok how many company in there that has been delisted from main or second board.

Bunyi mudah tapi tahukah anda tidak semua yang delisted itu because of their performance?Jangan salah paham..sometimes market evaluation cannot 100% based on market performance..nah,disinilah peranan market speculation...saham turun naik hari2..banyaknya disebabkan oleh market speculation..Speculators try to forecast the future for a particular industry or company purely beyond its short-term price action...its risky but history has shown that market speculation really help investor to count their risk.

Same goes to goodwill and reputation.Sangat penting untuk increasekan share price.So aku xpaham kenapa sesetengah company,financial institution change their corporate image just because to create public awareness.Sedangkan diorg dah already well known..cam PLC-Product life cycle...Bila graph dah nk menurun, mulalah rebrandkan company..itu perkara biasa..tp banyak lg cara lain..kalau dah org kenal logo camtu dari zaman berzaman,xperlulah nk tukar...tengah2 gawat ni, advertising cost saja dah mencecah jutaan ringgit.Tak termasuk printing, license fee, launching, blablabla..Profit declare tahun ini maybe naik..for upcoming year camner?Dah OT(out of topic)

Berbalik pasal share price...Opening and closing price mungkin berbeza, naik or turun atau sama.tidak berubah..Harga saham kekadang dipengaruhi oleh insider trading..Orang dalam banyak mempengaruhi harga saham semasa. Ini hakikat yang ramai tak nak terima..Mereka org pertama yang dapat info pasal kedudukan syarikat.No wonder..xperlu hairan.

Untuk budak lonjong...
Maaf tak dapat pahamkan kamu..cuba pahamkan main board second board, derivative dan familiarkan diri dgn company2 yang listed..lepas tu kita diskus balik..

Aku telah guna bahasa rojak...
Teruknya..

4/1/09

Pindah oh pindah

Hari pertama..

Bilik baru
Rumah baru
Suasana baru

Aku masih dalam mood mengemas dan menghias
Agak bz tapi suka! suka! suka!
Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Aku mamalia berjaya (ape kaitan??)

Tapi setiap benda
Ada baik ada buruk
Ada lebih ada kurang

Rumah itu tidak terkecuali...

Yang aku paham
Yang aku cuba paham
Bekalan airnya sudah dipotong
Sejak lama dahulu
Sekarang guna AIR CURI
Aku xtau sangat konsep itu

Cuma aku kekaguman
Sebab aku turut sama terlibat
Peserta terpilih
Bil air mahal sangat ke???

Kesannya
Macam pagi ini
Betapa siksanya bila nak guna air
Macam kambing berlari time hujan lebat
Berlari2 aku
Terkejar2 mencari air

Dan iron itu
Yup,iron Miss Faza dah makan baju aku
Dengan lahapnya
Tak dapat diselamatkan
Hangits satu rumah
Aromaterapi di pagi hari

Say gudbye to baju aku...
Sudah masuk dalam lipatan sejarah...

Air itu
Aku harap boleh settlekan minggu ini
Aku rakyat yang baik
Air curi???
Huh...mak bapak aku xajar mencuri..