2 minggu pertama selepas pindah
Tanpa dapur berasap
Mengundang kutukan yang luar biasa
Panas telinga
Merah muka
Berasap hidung
Aku ingat aku sudah cukup pakar
Rupanya ramai lg yang berbakat
Bintang malap
Tunggu untuk digilap
Jadi Raja Sinis
Samada mmg sinis
Atau mau mencabar
Aku tidak arif
Selepas 2 minggu
Merangkap hari ini
Dah 2 hari
2 HARI YER
ulang lagi
2 HARI
kitaorg masak
Bereksperimen
Sendiri jadi tikus putih
Bahan ujikaji
Dan sup semalam
Aku xtau ape nama nak bg
Rupa cam sup sayur
Tapi byk ayam
Oh carrot 3 batang aku taruk
Cendawan 1 plastik
Kubis bunga penuh periuk
Macam makan 10 orang
Faza dah pucat tengok periuk nk melimpah
Tp, bila
Makan masakan sendiri
Rasanya lain
Kepuasan berganda
Itu yang aku belajar
Sejak 2 hari ini
Bercakap pasal Faza
Kitaorg byk perkara tidak sebulu
Terutama pasal barang dapur
Apa yang dia suka
Tak semestinya aku suka
Begitulah sebaliknya
Seperti biasa
Satu TESCO penuh dengan sore kitaorg
Walau camne pon
Troli itu tetap penuh
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak
Dan..
Senyum sendiri bila aku ingat
Cili yang cik kak tu amik
Penimbang harga xdpt detect
Sikit sangat
Lalu aku mainkan peranan
Kaut satu plastik
Dia juga hampir2 nk timbang purse aku
Aduhhh
Aku kategorikan zaman ini
ZAMAN BEREKSPERIMEN
Teringat kata2 seorang kakak dari KLS
"Masakan yang sedap ialah bila ada keikhlasan di dalamnya. Sebab itu, sebelum masak, betulkan niat terlebih dahulu"
dan
Aku bersetuju 100%
Sekian
Ngeh2..
wahhhhh...syoknye..muyin dah pandai masak...ngehngehngeh
ReplyDeletenanti ajok mung mkn nasik dagang kat umoh aku plok..koya!!hakhakhak
ReplyDeletemuyin?
ReplyDeleteakan adalah manusia mati keracunan makanan kelak.