6/25/09

Perang dengan zaiton

Hari ini
Gelap pagi
Aku khusyuk ngadap berus gigi
Bertafakur
Lepas 4-5 kali jirus
Kena air sejuk dingin beku
Aku bergegas ke opis

Hari ini
Kredibiliti aku akan diuji
Ragam manusia aku akan hadap
Strategi perlu dibuat
Mulut telah diasah
Hanya lontaran yang diperlukan
Aku xboleh sumbang
Pitching tak boleh lari
Senyuman kena maintain
Ciri manusia kool
Kena serlahkan
Oh..ini aku pandai buat

Sebagai pelengkap
Lagu Zaiton Sameon-menaruh harapan aku pasang kuat2
Kasi haru sepanjang hari ini
Layan....

*aku xpaham..kenapa mesti lagu mek zaiton..
oh..cam xsesuai
Layan jelah

6/23/09

labu dan labi..

Aku saje post picture ni
Kasi 2 ekor nyet ini glem..


Izinkan mak yer anak2
Memberi sedikit pujian
Ikhlas dari hati sanubari
Mak yang baik ni
Sebagai jasa
Hohoho...kredit pada makhluk yang edit pic hodoh tu

Yang belah kanan tu
Sengih2 cam lembu kenyang
Sepet mata2
Sebijik cam lembu kenyang brenang dalam air taik

Yang belah kiri tu plak
Dah abis kontrol ke tu?
Sengeh2 sampai ke telinga..huh
Budget lawo ler tu

Dan ape kes muyin2 ni...
aku seris beb
Picture tu kurang cahaya
Kurang berseri
Cahaya muke aku je mampu cantikkan pic tu
Means..
Kalo aku ada dlm pic tu
Pic tu leh hantar ke majalah Intrend, Kosmopolitan, Remaja, Voge, Seventeen
Syaratnya aku kat tengah2
Dengan tagline

"Puteri idaman malaya...dengan dayang2"

Sekian...

6/17/09

Penawar hilang sakit

Bila sakit baru ingat tuhan
Kejinye manusia
Gosh!!!!

Aku tgk bos aku kecik je ari ni
Rasa saiz kepala aku makin besar

Bila nk ilang sakit ni
Mana doraemon kot2 ade ubat ajaib..

Secara serius
Bagi sesiapa yang sakit
Aku nk kongsi ilmu sebenarnya

Untuk sebarang penyakit

-Bacalah al-fatihah 7 kali dan usap ke bahagian yang sakit..
-Minum air suam beserta madu selawat 3 kali

Sembuh dengan izinNya.Insyaallah.



P/s kepada Enny : kejam seh suruh aku bunuh diri.huh.

6/15/09

Keperempuanan

Aku lupa mau letak isu ini dalam azam tahun baru
Sebab aku xpernah terfikir
Keperempuanan akan menjadi isu pada aku

Sehinggalah..

Ada rakan berkata
"Erin, mesti aku terbahak tgk ko pegang bunga, xleh byg,ngeri2"
"Muyin jiwang?Geli aku"
"Jangan bg Erin pegang budak tu,meraung kan..."
"Aku xpnh tgk ko menangis beb"

Kalau ukuran tahap kefemininan berdasarkan feedback diatas
Aku rasa cam aku bapok plak

Kritikal sgt ke aku?
Oh kawan,jgn bandingkan aku dgn diri memasing
Kita berlainan genetik
Aku asal 10 kacukan
Mestilah unik dan terpilih

Macam mana mau perempuan?
Perempuan sejati kena lembut?
Perlukah?
Cakap suara berbisik?
Gelak tutup mulut?

Ngeri aku tahap serius

Ohhhh..tidak..
Mati gue...
Meh praktis
Gelak tutup mulut..elak lalat masuk..huh.

Untuk yang bergelar manusia

Masalah yang datang kekadang menguji kita
Sejauh mana kita dapat bertahan
Sejauh mana kita mampu bersabar
Sejauh mana kita ingat padaNya

Masalah yang datang kekadang mematangkan diri
Membuat kita berfikir
Membuat kita belajar

Bila dilanda masalah
Itu tanda Allah sayangkan kita
Dia mahu kita dekat padaNYA
Sebagaimana bersabarnya kita
Sebagaimana tabah dan cekalnya kita
Sebesar itu jugalah hikmah akan diperolehi
Moga hendaknya

Untuk insan2 yang tengah bersedih
Untuk insan2 yang dilanda masalah
Untuk insan2 yang ada suara sumbang
Hiburkan hati di tgh mlm
Walau suara xsedap

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

*Teringat lagu HERO by Mariah Carey

6/11/09

Hari Bapa

Seminggu lagi hari bapa
Aku dah gatal tangan nk coret
Mungkin secara simbolik
Aku hanya akan tepon bapa aku time itu
Konon2 bertanya khabar
Aku jarang bersentimental dengannya
Malu beb..
Dengan lelaki,kena rock n brutal
Itu dia ajar...jgn salahkan aku

Kali terakhir aku berborak dengan dia
Ketika dia hadiri majlis tahlil
Tidak dapat berborak lama
Orang tengah baca yasin
Sempat aku bertanya
Bulan itu
Berapa ramai org kampung
yang mati, beranak, kawen
Itu memang selalu aku buat
Update info

Dia lelaki tenang
Simple
Selalu senyum
Dengan aku xpernah marah
Betul..seingat aku...memang xpernah marah
Dan aku rasa aku anak yang paling manja dengan dia
Paling rapat walau dah besar panjang
Yang kadangkala adik beradik amik kesempatan
Pergunakan aku untuk meminta sesuatu
Mungkin sebab aku tidak banyak karenah
Banding yang lain
Aku kecualikan ini
Aku mmg xkan ke asrama kalau dia xdapat pergi hantar aku

Kad birthday itu
yang aku bagi lewat lalu
masih elok disimpan
Buat aku tersentuh
Bapa aku tidak pandai mengekspretasikan kasih sayangnya
Tapi aku tahu dari lakunya
Bila aku balik kampung
Bila dia sendiri masak
Tunjuk bakat di dapur
(ayah aku pandai masak)
Tapi jarang tunjuk skill

Hari itu
Bila dia kata betapa rindunya ke aku
Aku jadi sebak
Betul
Dia jarang meluahkan perasaannya
Aku jadi terkesima
Aku xperlu nak listkan pengorbanannya
Selayaknya seorang bapa
Aku tiada komplen pasal dirinya
Dia bapa terbaik pernah aku ada

Dan hari ini
Aku berterimakasih
kerana paksa aku pergi mengaji walau aku malas amat
Sanggup dia selongkar reban ayam--tempat aku sembunyi
Aku kuat ponteng dulu2..
Terimakasih
Hantar aku tuisyen
Tunggu tiap2 malam sampai abis kelas
Takut aku ponteng

Aku tahu dia banyak bersabar
Anak dara yang ini
banyak buat dia geleng kepala
Dan aku
selalu tunjuk peace sambil sengih kerang wangi

Untuk papa
Terimakasih
Untuk pengorbanan, wang ringgit, masa
Sehingga aku jadi
Seperti hari ini

Oh...i miss u papa...

6/9/09

Laskar pelangi



Pagi tadi..
Sambil minum milo tgk tv
Lagu ini ke udara
Hebatnya
Sampai ke opis terngiang2
Liriknya penuh makna
Termotivasi tetiba
Thanx Nidji

Selepas satu demi satu
Peristiwa yang berlaku
Aku terfikir
Kadang2 kita salahkan tuhan
Bila turunnya ribut kencang
Tanpa kita sedari
Ada pelangi indah menanti selepasnya

Yang pasti
Teruskan hidup
Jangan gentar
Hadapi semua
Yeahhhhhh...

Aku tujukan lagu ini buat:
Anem : ko kena tabah beb..ko patut arif perangai manusia.
Faza : Susah kan hidup kalau ko hanya kenal insan baik2 seperti aku..huahuahua.
Enny : Ptg ni buat yang terbaekkk wok!!

Dan pada semelah yang jenguk page ni..sekian.

6/8/09

Tiada tajuk..

Aku berceloteh aja ini hari.

Pasal bunuh diri

Selalunya dengar dari radio,baca paper,tgk berita baru dpt berita camni
Tapi kali ini aku alami sendiri
Makhluk tenuk yang lupa tuhan itu telan peluntur
Bukan calang2 peluntur
Peluntur kuat untuk bersihkan toto dan sesetengah carpet
1 cawan (pandai pulak disukat-sukat)
Dengan harapan mampus terus
Tapi tuhan masih lagi bagi peluang
Sayang pada tenuk itu
Hidup walaupun nafas bau klorox satu minggu

Pesanan aku
Kalau nak mampus pun
Fikirla pasal tuhan
Fikirlah pasal anak2
Minum klorox pon xmati2 juga
Lain kali jumpe aku
Pelajari cara2 nak mati dengan senang
Mudah,berkesan tapi selamat
Dan yang penting
Terus mati tanpa mengundang
Rasa jelik masyarakat

Waktu hidup pon orang dah jelik
Mati apatah lagi
Takkan cium bau syurga..nauzubillah..
Pendek betul fikiran
Apa yang pasti
Mungkin saluran pencernaan tenuk itu
Bersih sedikit
Kesan tidakbalas peluntur
Sedap agaknya jus alkali itu
Satu cawan tanpa sisa

Plan bodoh yang tidak menjadi itu
Harap tiada sambungan

Kalau nak juga
Aku boleh tunjukkan cara
Tawaran akan dibuka
sampai bila2..

6/4/09

Picture senang hati



Kalau semalam aku sedikit emo pasal 48kg..huh(meluap tetiba)

Hari ini
Aku mahu kongsi
Antara picture kegemaran aku
Sekarang aku makin pemurah
Share2 di hari Jumaat
Ngeh..

Tayang muka budak spastik ini
Yang mampu buat aku tersenyum
Harap korang pon sama

Dan
Sebelom ada bertanya
Aku infokan sedikit

Byk waktu org ckp dia kembar aku
(kecuali pic hudusssssss berganda di atas)
Kebiasaannya aku lagi jelita dan indah dari dia
Dia ini sisaan kejelitaan aku sahaja
Dia ini juga
Kawan yang pernah kongsi jamban dengan aku
Sekian

6/3/09

Apa ada pada 48kg?

"Bagi aku saiz bini yang relevan untuk aku ialah 48kg"

Ayat ini terngiang2 dalam kepala aku
Satu kelemahan yang nyata
Sebab aku xpandai nak berdiam diri
Kena terluahkan
Rasa nak bidas
Aku mau DIA yang jakun baca komen aku ini

Betul
Ini persepsi masing2
Pilihan masing2
Selera masing2
Dan betapa kolotnya DIA ini
Bila saiz betul2 menjadi ukuran
Sebab bagi aku
Apa yang ada pada nombor?
48kg?

Kesian makwe DIA
Kesian sesiapa yang jd bini DIA nanti
Tekanan perasaan
Kerana 48kg
Kerana tekanan ini
Mungkin dapat maintainkan berat kot
Huh
48kg sampai ke tua

Tapi ini bukan persoalan
Kenapa mesti ada ukuran tertentu
Perempuan
Lepas beranak pinak
Mampukah kekalkan 48kg?
48kg..
Dapat jd jaminan kebahagiankah?
48kg....
Adakah DIA yang jakun juga akan sama seperti hari ini
20 tahun kemudian
Perut dia tidak boroi?
Tubuh masih tegap seperti hari ini?

Statement yang menyedihkan
Betapa bodohnya manusia ini
Tahniah
Aku bagi 10 bintang
Kerana berjaya
Menjadi manusia kolot
Sepenuhnya

Dan perempuan sendiri
Berat badan atau apa2 saja berkaitan
Biarlah diorang handle sendiri
Pandai2lah nak jaga
Maintain tubuh masing2
Dan lelaki
Alangkah baik
Kalau terima seadanya