6/11/09

Hari Bapa

Seminggu lagi hari bapa
Aku dah gatal tangan nk coret
Mungkin secara simbolik
Aku hanya akan tepon bapa aku time itu
Konon2 bertanya khabar
Aku jarang bersentimental dengannya
Malu beb..
Dengan lelaki,kena rock n brutal
Itu dia ajar...jgn salahkan aku

Kali terakhir aku berborak dengan dia
Ketika dia hadiri majlis tahlil
Tidak dapat berborak lama
Orang tengah baca yasin
Sempat aku bertanya
Bulan itu
Berapa ramai org kampung
yang mati, beranak, kawen
Itu memang selalu aku buat
Update info

Dia lelaki tenang
Simple
Selalu senyum
Dengan aku xpernah marah
Betul..seingat aku...memang xpernah marah
Dan aku rasa aku anak yang paling manja dengan dia
Paling rapat walau dah besar panjang
Yang kadangkala adik beradik amik kesempatan
Pergunakan aku untuk meminta sesuatu
Mungkin sebab aku tidak banyak karenah
Banding yang lain
Aku kecualikan ini
Aku mmg xkan ke asrama kalau dia xdapat pergi hantar aku

Kad birthday itu
yang aku bagi lewat lalu
masih elok disimpan
Buat aku tersentuh
Bapa aku tidak pandai mengekspretasikan kasih sayangnya
Tapi aku tahu dari lakunya
Bila aku balik kampung
Bila dia sendiri masak
Tunjuk bakat di dapur
(ayah aku pandai masak)
Tapi jarang tunjuk skill

Hari itu
Bila dia kata betapa rindunya ke aku
Aku jadi sebak
Betul
Dia jarang meluahkan perasaannya
Aku jadi terkesima
Aku xperlu nak listkan pengorbanannya
Selayaknya seorang bapa
Aku tiada komplen pasal dirinya
Dia bapa terbaik pernah aku ada

Dan hari ini
Aku berterimakasih
kerana paksa aku pergi mengaji walau aku malas amat
Sanggup dia selongkar reban ayam--tempat aku sembunyi
Aku kuat ponteng dulu2..
Terimakasih
Hantar aku tuisyen
Tunggu tiap2 malam sampai abis kelas
Takut aku ponteng

Aku tahu dia banyak bersabar
Anak dara yang ini
banyak buat dia geleng kepala
Dan aku
selalu tunjuk peace sambil sengih kerang wangi

Untuk papa
Terimakasih
Untuk pengorbanan, wang ringgit, masa
Sehingga aku jadi
Seperti hari ini

Oh...i miss u papa...

1 comment: