4/27/09

Kumpulan Lebam

Rasa nk gelak pon ada
Aku xhingin heboh perkara2 camni sbenarnya
Dan entry ini just nk kongsi kebrudusan sahaja
Mcm2 assumption yang aku dapat..

Si A: Apsal dgn ko?Kena minyak panas ke?(aku xcukup brudus nk selam dlm minyak panas)

Si B: Aku dulu2 1st2 masuk silat camtu juge..(ke situ plak)

Si C: Mung kene gigit ulat ke? Bengkak x?Gatal x?(Ulat.aku xpenah terpk pon..ulat ape
leh jd lebam?

Si D: Ko jatuh kat mana?(Aku xcukup brudus juge nk jatuhkan diri)

Si E: Kawan aku ada sorang dulu...same.lama2, berkudis..(Perghhh..ngerinyer. Aku bkn dpt skebis oiii)

Si F: Mung main paintball kat mana??X ajak aku pon (Main kepala hotak mung.huh!!)

Ape2 pun, thanx 4 amik berat..
Idea berendam dalam air garam tu aku xsanggup nk praktik
Setakat lebam apela sgt..
Dah2la tanya
Nanti baik lerr..

4/23/09

Ujian Malam Jumaat

Orang kata
Buatlah kebajikan
Penuhkan dengan zikir
Tasbih dan tahmid
Bacalah Yasin
Rebutlah kebaikan
Jauhkan kejahatan
Terutama di hari Jumaat
Penghulu segala hari

Tp semalam
Setan dah berjaya
Kibas2kan aku
Bisik2kan hasutan
Asah2kan taring
Gilapkan tanduk
Yang tumpul dah jd tajam
Tahniah
Bravo setan

Aku meledak
Untuk sekalian kalinya
Order cepat je datang amik
Tunggu 10 minit ok lagi
20 minit berlalu
Asap dah nak keluar
Takpe
Sabar
Tunggu
Sambil borak
Sampai sup, sampai garlic bread
tunggu lagi
40 minit berlalu
60 minit sudah
Jam dah 11.30 pm
Sampai dessert
Main course xsampai lg
Sabar dah menipis
Aku panggil manusia itu
Tanya
Dia xpaham bahasa aku
Aku tukar
Spekong
Pun sama
Sengih2
Sambil tangan tunjuk dapur
10 minit kemudian
Dia datang
Sambil guna bahasa isyarat
Tunjuk2 dapur
Wargghhh
Aku balas
Sambil tunjuk2 pisau
Wat muke bapak samseng
Aku kensel order
Penutup segala cerita
Dan harap2
Aku xkan pegi situ lagi
Titik

Eskrem ni susah nk buat tau..1 jam amik masa baru siap..

4/22/09

MACHOkah anda,wahai jantan?

Macho itu subjektif
Jantan itu juga subjektif
Istilah macho dan jantan perlu seiring
Sikap dan sifat perlu jelas dan terserlah
Aura kena ada
Bukan dibuat2

Sebagai contoh

Org macho x akan mengaku macho
Hanya org yang teringin nak jd macho tp xcukup macho atau tidak ada keupayaan untuk jd macho lalu nk suruh org ckp dia macho sahaja yang mengaku macho...Spesis yang kesian lagi tak dapat diselamatkan...

Orang macho tidak akan pelat
Yang ini kritikal..Rupa dah cukup sifat.Gaya dah ala2 jantan terpilih. Tetapi bila berbual atau berSMS ayat2 ini akan digunakan:
"camat mlm, awk"
"caya cayang awk"
"awk dah capan?"
"caya cuka awk.awk cuka caya?"
Si gadis yang terpilih selayaknya simbah air panas dlm mulut jantan yang berlagak macho seperti ini bg hilang pelat..Ape kes??Si konon2 macho xde gigi?Jongang?Minum susu botol lagi?Masih berhingus?

Orang macho tidak akan melatah..hanya kuat melantak
Ini kisah benar..pengalaman sendiri..Si gadis yang jelita kuar dari lif dan mungkin Si macho yang nampak cam macho itu xpernah tgk gadis jelita lalu termelatah sebut nama mak..Kalo terkejut pon, xleh kontrol ke,wahai jantan?Spoil jer..


Harap sedarlah diri wahai jantan2

Samalah juga halnya
Merokok xsemestinya macho
Menangis xsemestinya hilang macho

Ada perkara walau nampak remeh atau feminin tetapi tetap tidak akan hilangkan nilai jantan dan ada perkara jika terlebih jantan akan mengundang cemuhan..

Sekian

4/21/09

pindah oh pindah 2

2 minggu pertama selepas pindah
Tanpa dapur berasap
Mengundang kutukan yang luar biasa
Panas telinga
Merah muka
Berasap hidung
Aku ingat aku sudah cukup pakar
Rupanya ramai lg yang berbakat
Bintang malap
Tunggu untuk digilap
Jadi Raja Sinis
Samada mmg sinis
Atau mau mencabar
Aku tidak arif

Selepas 2 minggu
Merangkap hari ini
Dah 2 hari
2 HARI YER
ulang lagi
2 HARI
kitaorg masak
Bereksperimen
Sendiri jadi tikus putih
Bahan ujikaji
Dan sup semalam
Aku xtau ape nama nak bg
Rupa cam sup sayur
Tapi byk ayam
Oh carrot 3 batang aku taruk
Cendawan 1 plastik
Kubis bunga penuh periuk
Macam makan 10 orang
Faza dah pucat tengok periuk nk melimpah

Tp, bila
Makan masakan sendiri
Rasanya lain
Kepuasan berganda
Itu yang aku belajar
Sejak 2 hari ini

Bercakap pasal Faza
Kitaorg byk perkara tidak sebulu
Terutama pasal barang dapur
Apa yang dia suka
Tak semestinya aku suka
Begitulah sebaliknya
Seperti biasa
Satu TESCO penuh dengan sore kitaorg
Walau camne pon
Troli itu tetap penuh
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak
Dan..
Senyum sendiri bila aku ingat
Cili yang cik kak tu amik
Penimbang harga xdpt detect
Sikit sangat
Lalu aku mainkan peranan
Kaut satu plastik
Dia juga hampir2 nk timbang purse aku
Aduhhh

Aku kategorikan zaman ini
ZAMAN BEREKSPERIMEN

Teringat kata2 seorang kakak dari KLS
"Masakan yang sedap ialah bila ada keikhlasan di dalamnya. Sebab itu, sebelum masak, betulkan niat terlebih dahulu"
dan
Aku bersetuju 100%

Sekian
Ngeh2..

4/20/09

Suatu episod di hujung minggu

Baru2 ini aku libatkan diri
Secara pasif
Dalam satu keramaian
Di tepi tasik
Yang separa indah

Sambil layan Paddle Boat
Sambil reliese tension
Dengan Thai Traditional Massage
(aku tak tau ape org tua tu mkn,tangan dia kuat betul)
Bersuaralatar DJs spinning music yang nonstop
Bingit dan bingar

Dan seperti biasa
Ada selit2
Dengan pertunjukan
Kali ini oleh Pole Dancer
Bawak khas dari Thailand
Bergayut memanjat cam monyet
Aku layan je
Macam biasa

Sambil relax
Sambil cuci mata
Dengan acara wajib

Makan
Makan
Hingga terbungkang..

Selit2...

Monyet yang pakar bergayut

Gayut nyet,jangan xgayut..

Agaknya memang selalu praktis posing camni kot..

Aku bg 2/5 bintang
Bintang kecik
Stakat panjat tiang
Aku pon boleh
Panjat pokok petai yang penuh dgn kerengga
Lagi mencabar

Tapi
Makanan memang gempak
Semua chef import dari Thailand
Aku tahap kebulur time tu
Xsempat nak snap
Ngeh2...