8/27/10

ramadhan 511


sebelom berangkat dibawa cuci


sudah 2-3 kali aku tidak sahur secara normal
normal bagi aku ialah telan nasik
bila kakak aku dtg bulan
maknanya dia tidak akan bersungguh tuk bersahur
lalu menyahkan semangat aku juga
aku bangun pun sebab dikejut
amik ati mamai2 tanpa kumur
pergi dapur telan air
mamai2 sambung tido
zzzzz

awal2 puasa,mak aku rajin jugak telefon
kejut tuk sahur
tapi pukul 4 sangat xrelevan untuk aku bangun
paling tidak aku iyakan dan sambung zzzzz

begitulah hari ini
tanpa sahur yang bernasik
aku sedikit menggigil
nasik penting bagi aku
oh nasik
tanpa nasik aku akan mengurus
oh oh
nasik....rintih aku

pukul 4 ptg ini
tenaga makin berkurang
semangat menghilang bila hari yg aku tau
ramai bercuti sebab nuzul quran
aku pula terperangkap di opis
tanpa kerja,tp perlu tunjuk muka
azabnya rasa

dan mr doraemon aku yang sudah siap dicuci
tertonggeng2...
bila spisis ini berhabuk
aku sebenarnya agak gusar untuk bawak cuci
takut hapak
walau pekerja dobi yakinkan aku
semuanya ok


tertonggeng2..

mr doraemon ini mmg besar dan gara2 mulut aku yang mahu bday present yg plg besar,maka aku dapat ini walau kemudian aku bermasalah mahu letak ia dimana..dulu2,time tidur,aku selalu berlawan dgnnya atas katil berebut ruang tidak sehingga ada tpt khusus utknya dihujung katil.



mak dan adik aku odw dr trg ke kl..

8/25/10

ramadhan 200

sepanjang bulan separuh sudah berpuasa ini
tidak sekali pun lagi aku berbuka dengan kekawan
xhappening betul pose aku tahun ini
rungut aku sendirian..

aku mahu lawat AWANG KECIK ini hari
anak sedara yang ke-2

lusa mak aku dan bapak datang kl
jenguk awang kecik lagi

ayah aku xpenah turun kl lawat aku secara specific
yang mana aku rasa
sangat layak utk aku merajuk
ooohh...

8/16/10

ramadhan 130

minggu ini sangat byk benda berlaku
ada gumbira hip2..
ada sedih uwa uwa..

15/8...
aku dpt ank sedara baru
lelaki
aku dah lupa bila last aku pegang budak kecik
nnti aku snap
1st time aku tunggu hampir 12jam di wad bersalin
mcm2 ragam macam2 saiz perut aku tgk
aku rasa perut kakak aku plg kecik
tp bila kluar je budak tu
mak aih...
3.6kg
semangat!
plg besar hari tu

keesokkan hari
mak aku dtg dari kg
aku pegi ambik kat hentian putra pukul 5 pg
sampai ke guard rumah kakak aku
guard hilang pergi solat
time tu 5.45pg
aku tunggu dgn mak aku sambil borak
6.30 tu
guard belum dtg
ktorg pun mau solat juga
aku lalu membunyikan hon
skali
2 kali
....10 kali
last2 entah dari mana
keluar guard tua layak pencen jln slow2
marah aku kata aku biadap
dia solat
aku cuma kata
solat 2 rakaat xkan amik masa 45minit
kerja yg dia dpt upah tu wajipan dia dgn manusia
itu dia kena laksanakan dulu
xkan tunggu dia dgr khutbah ktorg terlpas solat kerana tunggu
huh
2-3 org penduduk yg lalu berhampiran menyebelahi pakguard itu
yg aku rasa amat tak patut

aku mmg perasan aku betul
xkan kalau dia solat terawih 2 jam,aku kena tunggu kat situ 2 jam juga...

sbb mulut aku jugak agaknya
purse aku hilang dat time
mmg letak segala dlm purse itu
sape dpt mmg kaya 2 hari
heaven!

cobaan ramadhan

8/12/10

ramadhan 3

sakit kepala yang kuat xhalang aku cuci tandas semalam
tertanya2 apa fungsi panadol sebenarnya
aku macam
disuntik kerajinan melampau

semalam juga aku ke jusco bawah rumah mencari bahan untuk masak sahur
bila petang
seme bahan mentah dah separa licin
dan aku tersalah beli ini

alkundur tersadai----sepatutnya aku beli sayur tuuuuuuuutttt(sila teka sayur lain yg seakan kundur)

lemah betul pengetahuan sayur aku
kalau tanya cik paja pun konpem dia xkan tau,muahahaha

8/11/10

ramadhan 2

sekarang macam sangat semangat mahu rekod kisah hidup sepanjang ramadhan

yeahhh


semalam
aku keluar panjat jalan pukul 5 ptg dan jalan superb ok tanpa separa jammed seperti selalunya.
heran
kemana semua org?
sepatutnya aku sampai lewat
budget jammed
ngam2 balik dari bazar terus berbuka
tp sebab dah terbalik awal
aku lengah2
tangguh2
awal lagi ni...

dan
pukul 7 tepat aku mula menapak ke bazar
semalam tugas aku ialah membeli air minuman
(abaikan tahap malas org bujang bancuh air)
serius
impak hari pertama ramadhan
semua makanan licin
tinggal saki baki je
gerai makcik yang aku tau kueh pagi dia jual xsedap lansun dan xpenah abis itu pun boleh licin
marbelessss
roti john yang byk kuah daging dari daging pun penuh org beratur
dan di gerai tebu yang manusia tengah berasak beratur itu
terselit seorang aku
dapatlah sebungkus air tebu cuma

cukuple tu nak
rezeki semalam dari bazar
hari ni
aku plan nk menapak pukul 6 plak

#aku rasa jalanraya kurang jammed sebab umat manusia ke bazar kot




kenapa koci rasa sedap bila lapar?

bebel penat petang 1st ramadhan

Semalam masa makan2
seorang customer call aku
marah-marah baju rosak
terbantut selera aku
bilamana customer itu cakap pedas2
ya...
dia ada 'lesen' untuk marah
aku hanya manusia yang cuci baju dia
tidak hairan kalau dia rasa dia raja
memaki hamun sesuka hati

dobi dan baju rosak itu lumrah
risiko sentiasa ada
tiada siapa mahu baju rosak
tapi tidak salah
tanya secara elok
awal ramadhan
belajarlah kawal emosi
bersabar
bilamana aku mencari jalan penyelesaian
dan dia bersetuju
lenggok suara berubah
dan meminta maaf terlanjur bahasa
tetapi
nasik dah basi,dah berlaku

2 0rg pekerja mc sgt sesakkan jiwa raga
aku kekurangan pekerja
indon sudah pandai demand
dulu aku guna pendekatan berlembut
tolerasi
sekarang konsep itu dah xleh pakai
aku guna kuasa mutlak
xnak terima,berhenti
dulu aku prefer melayu
walau teruk disiplin xde camne pun
aku prefer melayu
tlg kaum sendiri
tp sekarang
anak melayu entah ke mana
melayu dah xberminat kerja tangan kotor basuh baju
cakap pasal melayu--mmg xde ending

semalam juga aku sesat jalan
hajat mahu bertanya kat petrol station berdekatan
hampa sebab semua yang kerja even jaga kaunter
bangla yang tak tau arah
ohh malaysiaku...

awal ramadhan ini
untuk aku terutama
sabar sgt perlu
dalam usia mentah ini
pikul tanggungjawab ini
sgt sesakkan jiwa
walau kakak aku kata
aku dapat gaji antara termahal utk usia aku
tapi datangnya dengan risiko sekali
tidak mudah

bagilah aku bernafas

selamat datang ramadhan



dah abis baca,sila hadap makan ye..sekian..hihihi.

8/3/10

SYABAS dan syabas pada berkenaan

Sedang berenak2 tgk tb
tetibe Pak Jab kol
"kak ina(aku le tu), org SYABAS dtg td buat pemotongan"
aku terkebil
Memang bil sudah 2 bulan tidak bayar
Tabiat opis "besar" macam opis aku
(byr bil HANYA DAN JIKA sampai notis)
dan bagi bisnes dobi,laundry,kedai cuci baju atau apa nama sekalipun
bila air kena potong,ini memang masalah besar
sangat BESAR!! oh oh
aku berdoa,hanya itu aku mampu time tu
harap air tangki cukup untuk cuci baju

Pak Jab dihujung talian
menanti2 respon aku
"kenapa lepas org tu potong baru telipon sy,pakjab?"
aku bebel sikit dan bertanya hal sebenar

ini kisah sebetulnya
-aku lewat bayar bil 2 bulan
-org SYABAS datang potong meter air, baling(sekasar2 cara,sila bayangkan) surat merah(surat potong) pada pekerja indon kat dobi sambil ckp "byr cepat kalau nak sambung balik"
-potong tanpa bagi notis terlebih dahulu


Bila dah potong yang hanya makan masa 3 saat itu,nak sambung balik perlukan sepanjang hari..dan hari ini aku hanya bazir masa ke SYABAS lokasi dirahsiakan.syabas untuk aku.

persoalannya:
1. kalau korang perasan,blakang bil air,no 1, ada stated akan bg notis 14hari sebelum pemotongan. kerani bahagian pemotongan ckp dah 3-4 tahun SYABAS xguna sistem bagi notis.kenapa xupdate bil?ayat2 itu tangkap muat sekadar penuhkan ruang slip bil air kah?
2. biadap betul yang buat pemotongan itu.main campak2 baling je.walau berurusan dengan indon,mereka juga manusia.malah ada antara mereka lg baik mutu kerja budi bahasa.sedarlah..syabas xkan wujud kalau kita,yang duk kat selangor ni, xbayar bil servis air.
3. aduan pelanggan..adakah SYABAS respon dengan cepat?bagaimana SYABAS sebelum ini menilai prestasi kerja bilamana masa aku pergi dengan bos aku buat aduan,mereka xboleh detect siapa yang melakukan pemotongan dan serius ofis mereka, setenang2 tempat kerja..seronok je aku tgk mereka berjalan2 bersuka ria macam xde kerja (kat bahagian admin ting 1) padahal yang handle komplen kat bawah mcm xcukup tangan. malah seorang pekerja di bawah ckp "alah kak..adu2 pon,org atas bukan dengar layan pun..nnti ktorg jugak yang kena sbb xpandai handle"


dan
potong air 3 saat itu, 9 jam kemudian selepas dihubungi 4 kali baru datang pasang balik.

potong sangat cepat,time nak sambung macam ape je..(aku mls nk bercakap kasar)
aku kira ini pon dah pantas sbb kol 4 kali lalu bertindak pada hari yang sama..pernah ada kejadian seminggu lepas bayar bil pon belum sambung juga.

moral of d story

side aku...jgn lambat bayar bil.
side SYABAS...kerja patut ada procedure.bagi notislah terlebih dulu.tolak ansur..ini mcm gengster.layanlah aduan dan komplen pengguna..byk sgt kalau aku nk komplen.

aku kan suka tunding jari.

adios