11/25/10

LOSYEN dan saya



Aku suka losyen ini
Macam promote je kan
Tapi sharing is caring
Beli kat guardians
RM6.00++ je tuk 2 botol ini
sebelum ini aku pernah beli
pantang tgk benda murah display kat kaunter
aku sambar
tp xhargai sgt
sekali tuang penuh tangan dan aku sapu kat kaki
mujarab
kaki jd lembab dan xkering
tp lantai bilik aku turut melekit2
lps sapu losyen belum kering
aku sudah jalan merata2
sehingga aku hampir tersungkur sebab licin
pastu aku buang.muahaha
*peel ini jgn contohi


semalam
aku beli lagi
dan mahu lebih hargai
kalo guna ikut sukatan sepatutnya
losyen ini sgt bagus
bau xkuat sangat
meresap ke kulit
dan hasil sangat bagus
kulit jadi lembab
kalau dah bosan dgn johnson bb,nivea
memang ini pilihan aku

11/24/10

Rajin dan saya

Sedikit hairan bila 2 hari berturut aku masak
dan dipuji
ok
aku berlebih2
hanya masak mee goreng
kak ti dah komplen 2hari mi goreng
tp hey, bihun dan mee
tetap xserupa kan
rasa macam hari ini mahu advance sikit
masak lemak ke
muahaha
perasan pandai.

lepas penat masak
lepas penat makan sorang
conteng muka
mekap konon2nya
konon2 saja


berus dan berus

kak ti skrg blaja kat stella academy
perunding imej
aku dpt rasa
aku akan jd replika
utk dia asah bakat
dan semalam
dia bwk pulang
1 set berus
bulu ekor kuda katanya
aku memandang kagum
pandang regenya
lagi aku kagum
sebab aku
xkan spend so much tuk bendalah begitu
tp bagi jurusolek amatur
ini peralatan wajib mereka kena ada kan
dan sebab kak ti akan jd perunding imej
aku boleh suruh dia je consultkan aku nnti
oohh yeahhh..

Theme baru dan saya yang baru

Sebab tersangat bosan
Lalu aku rajin2 editkan blog
Harap xberlaku lg lain waktu
sangat xproduktif bg aku
buat ini semua
titik

Sebulan 2 dari sekarang akan sangat bizi
Rancangan tuhan siapa boleh duga
Fasa baru,dunia baru
Ini risiko yang tiada u turn
Kalau pun aku masih ragu2
Separa percaya
Secepat ini
tapi dia ckp "positif"
aku sedikit yakin
harap semua berjalan lancar
Sempurna dan bermakna buat semua
dan yang lain
aku serah pada Allah
untuk permudahkan semua
-AMIN-

11/16/10

ADHA dan saya

Balik kali ni memang xrancang sangat
Setelah berebut kereta
akhirnya aku blk dgn kakak dan abg ipar
berselimut gagah di seat belakang
sepanjang perjalanan
aku memang tidak sedar masa berlalu
sehingga jam 6 pg
aku terjaga
lihat sekeliling
sah rnr
aku ber-aik sorang2
kejutkan kakak dia ckp baru rnr temerloh
mak aih..bertolak 9 mlm dr kl
6pg bru sampai rnr tmerloh
sadis juga pg raya aku
*aku ditipu kerana aku tdo sepanjg mlm.sbenarnya itu rnr gambang
lepas terjaga,aku plak jd driver sampai ke rumah
KIJAM!!!!

selamat beraya semua!

11/10/10

HAPPY dan saya


Ohhh
Percaya atau tidak
Saya hepi dan langsung wujud entry ini

Mungkin sebab saya terkena matahari pagi td
Seawal jam sembilan sudah keluar rumah
Meredah jammed pagi yang jarang berlaku
Saya macam mendapat penghidupan
Rasa saya sedikit normal,mcm org lain hari ini
Bolehkah begitu?

Minggu ini memang memeranjatkan
Saya tidak sangka
Rezeki bergolek di depan mata
Indah dan lancar
Ohhh..saya sangat gembira

Satu demi satu menjadi mudah
Dan saya bersyukur untuk itu
Terima kasih tuhan
Kerana memberi kegembiraan sebanyak ini
saya harap
rasa gembira ini saya boleh dakap
sampai bila2..
hihihi..

11/7/10

DEEPAVALI dan saya

Kala hati berperang mahu balik atau tidak
Aku serbis jugak kereta dan pagi jumaat itu
pagi-pagi buta,kala india nak beraya
aku panaskan enjin dan balik kampung
tinggalkan kl dengan berat hati,ewah2

selalunya aku exit kat tol jabor
tp kali ini aku exit kat tol kuantan
kononnya mau lalu bukit goh
sesat2 manja dalam kelapa sawit
aku terbayangkan video klip siti
mcm aku plak yang jd siti
warghhh
lagu ape tu,yang dalam hutan2 sikit tu
ntah..malas pk
(paja mesti tau)

antara misi aku blk
sebab kawan baek zaman main gali lubang cacing nak tunang
gadis ganier nak tunang
harusler aku terlibat
harus!harus!walau tersepit
harus!yakinkan diri


*inilah kawan aku yang sama2 mandi baruh dulu,besar2 sape sangka gini rupa?

pagi aku sampai rumah dia
dia sambut aku di muka pintu
ohh kawan aku
waktu itu pegun dengan sendiri
aku sendiri tidak sangka
dari berkudis buta
akhirnya menjadi tunangan org
ohhhhhh
tahniah my pren
sekor lg kawan aku nk menghilang

usai majlis,,hanya perut aktifkan diri
besh nasik minyak
xsempat nak risik siapa yang masak

malam itu
depan rumah aku
berlaku eksiden
kami memainkan peranan 1 keluarga sebab rumah plg hampir
aku dah lama tak goncang hati nafas laju berdebar takut
tgk eksiden
harap mangsa yang mungkin patah leher itu selamat

11/5/10

untuk dia

selamat hari lahir

sayang kamu...

11/1/10

HISSS dan aku dan dia dan hisss dan aku lagi

sekarang sudah november
cepat benar masa berlalu
tup tup dah nak hampir setahun
angka 25 ini juga akan lenyap
tanpa sebarang anjakan paradigma
yang aku yakini
belum.

kalau org kata
waktu terbaik untuk berfikir/mencari rezki adalah pagi
sebab pagi kita fresh
tp setahun ini
aku memang tidak dapat rasa saat itu
mana mungkin
pergi kerja pukul 11 atau 12
masa tu perut lapar sahaja berkuasa
lalu layan perut
dan mengantuk
dan datang opis
dan nah!hadap tenet
dan bergitulah sehari2
itu sebab aku xde anjakan paradigma

bila november
bila aku rasa nk merungut
bila hari ni aku semangat bangun awal pakai tshirt pegi opis konon mahu berpeluh mencari peluang
tp aku masih terkandas
dan aku lampias disini
yang akhirnya aku sedar

ohh..november,dan aku masih bergini

dan kononnya seperti hari aku berkesedaran yang lain
aku tulisla juge kononnya
aku telah kemaskan meja aku yang berserabut ini
dan bulan november ini
aku listkan harapan/kejayaan aku

1. aku free dari hutang kad kredit dan aku lupuskan kad kredit.aku bangga!
2. aku dah siap consult dan attend audit session dan dah tiba masa mahu siapkan invoice yang aku masih terpk caj yang sepatutnya aku kenakan.
3. kawan aku mahu bertunang (hajar dan dalila) dan aku sedang usaha mahu balik terengganu 2x dalam bulan ni.dengar cite jalan kemaman naik air..waduh!
4. dah tiba aku wujudkan kwsp dan socso untuk diri sendiri..ini sadis..kalau aku xbuat,memang xde sape mau tanyakan.huh.
5. aku mahu buat marketing dan mahir tentangnya.

dah lah tu..panjang2..nanti jd kisah dongeng pulak...


*cemar calendar aku betul ler

dan hari tu bukan main semangat lagi aku mahu tengok cerita HISSSSS..
semangat betul aku
dan ni 1st time aku tengok cerita tamil/hindi kat panggung
walau 99 minit tp rasa macam 3 jam
tgk preview crite,gambar bukan main lagi
tp cerita hampeh
seksi je lebih
xdela seksi sangat
seksi kuba lagi
yang sudi teman tu
terima kasih daun keladi

aku ralat bazirkan 99 minit tuk filem ni.
hampeh.