11/1/10

HISSS dan aku dan dia dan hisss dan aku lagi

sekarang sudah november
cepat benar masa berlalu
tup tup dah nak hampir setahun
angka 25 ini juga akan lenyap
tanpa sebarang anjakan paradigma
yang aku yakini
belum.

kalau org kata
waktu terbaik untuk berfikir/mencari rezki adalah pagi
sebab pagi kita fresh
tp setahun ini
aku memang tidak dapat rasa saat itu
mana mungkin
pergi kerja pukul 11 atau 12
masa tu perut lapar sahaja berkuasa
lalu layan perut
dan mengantuk
dan datang opis
dan nah!hadap tenet
dan bergitulah sehari2
itu sebab aku xde anjakan paradigma

bila november
bila aku rasa nk merungut
bila hari ni aku semangat bangun awal pakai tshirt pegi opis konon mahu berpeluh mencari peluang
tp aku masih terkandas
dan aku lampias disini
yang akhirnya aku sedar

ohh..november,dan aku masih bergini

dan kononnya seperti hari aku berkesedaran yang lain
aku tulisla juge kononnya
aku telah kemaskan meja aku yang berserabut ini
dan bulan november ini
aku listkan harapan/kejayaan aku

1. aku free dari hutang kad kredit dan aku lupuskan kad kredit.aku bangga!
2. aku dah siap consult dan attend audit session dan dah tiba masa mahu siapkan invoice yang aku masih terpk caj yang sepatutnya aku kenakan.
3. kawan aku mahu bertunang (hajar dan dalila) dan aku sedang usaha mahu balik terengganu 2x dalam bulan ni.dengar cite jalan kemaman naik air..waduh!
4. dah tiba aku wujudkan kwsp dan socso untuk diri sendiri..ini sadis..kalau aku xbuat,memang xde sape mau tanyakan.huh.
5. aku mahu buat marketing dan mahir tentangnya.

dah lah tu..panjang2..nanti jd kisah dongeng pulak...


*cemar calendar aku betul ler

dan hari tu bukan main semangat lagi aku mahu tengok cerita HISSSSS..
semangat betul aku
dan ni 1st time aku tengok cerita tamil/hindi kat panggung
walau 99 minit tp rasa macam 3 jam
tgk preview crite,gambar bukan main lagi
tp cerita hampeh
seksi je lebih
xdela seksi sangat
seksi kuba lagi
yang sudi teman tu
terima kasih daun keladi

aku ralat bazirkan 99 minit tuk filem ni.
hampeh.

3 comments:

  1. sudah suku dekat..cik semut jangan kamu tersesat ..

    ReplyDelete
  2. ooo jahat o...
    ingat nak tgk ngan aku..
    naib baik doooow..

    ReplyDelete
  3. brutal,harap2

    paja,xde makna tgk cite tamil dgn mung..

    ReplyDelete