7/31/10

mari menjemur...




aku rasa ini peel patut ditangkap empunyanya yang otak kecik xtau pk,pastu sula pastu cincang buat sup..kalaulah sesiapa ada bwh dan tetibe tilam ni jatuh....sila lengkapkan perenggan di atas(tidak melebihi 200 patah perkataan)

tora,ding dang dan hiro..

bila terlebih rajin dan byk masa,byk benda nk pos berkali2..dalam sehari..yeah..tanda aku senang hati goyang kaki..yeah..yeahhhhH!!!!


ok..shoot!

smlm(atau kelmarin) aku teman kakak kandung kongsi mak yang sama pergi NSK selayang membeli gula2 mengampu bebudak yg datang ke pejabat beliau..ye..NSK itu ada satu tempat jual makanan ringan dan biskut timbang dan tahulah NSK yang berkonsep pukal borong itu menjual harga below market price yang pasti adalah kerugian jika tidak membeli yang mana2 jika sudah menepek singgah disana..

nostalgik betul melihat kotak2 ini..



ini mini cake yang bersalut coklat yang lazat bagi kanak2 mcm aku kala usia aku baru kenal dunia dah pandai berebut dengan mafia lain(kakak).dulu seris coklat salutnya tebal.skrg macam dah mengecil saiz kek.kek hiro..oh oh...



dan



dan ini..bila pergi pasar malam,mesti beli..entah kenapa kat pasar malam.aku hanya ingat pasar malam dan ding dang dan tora..aku kurang pasti...dalamnya ada mainan kecik2..kekadang bot yang boleh isi air,kekadang payung terjun dan askar kecik..mcm2 mainanlah..dan biskut bebola coklat...slalu bli ini..

dan ingatkah anda iklan dlm tb.."tora dtg lagi!!!" camtu le lbh kurang...

kl walau ada kedai runcit kecilan..tp sgtlah xpernah aku masuk dan jumpa ini semua...mcm sgt gembira..rasa kecik balik.kecik blk??oh oh..aku sgt kuat tipu skrg..

ada lg yg aku nak curi2 snap tp sgtlah xseronok pembantu kedai tgk aku terhendap2 snap makanan...huh!

tag dari paja

Aku hanya jawab suka2..paja dah tag..mcm dia sorg je yg baca blog aku.sob2..

Nama panggilan anda?
erin..rina...tp skrg sgt bmasalah..ramai yg dah pandai panggil aku comel dan jelita..aku sgt risau penyakit perasan aku ini..walaweh..

Barang yang harus ada dalam bag anda?
aku ada buku telefon(gile kuno..)hensets,lipstik mungilkan bibir seksiku auwww bebeh.., 1 tangkai kunci,jam tangan yang hari aku rasa ada mood je ikat kat tangan,purse..

Sudah punya pacar?

oh oh..pacar ya..pacar...hmm...ada tp aku dah nk jual timbang..sape nak,sila kol aku.1 kilo 5 ringgit(bleh nego lg tu)

Panggilan anda daripada pacar anda?
....antara sebab aku nk jual timbang..huh

Habit anda yang paling teruk?
aku ada habit terlalu rajin dan baik hati..sangat teruk bila aku tlebih perasaan jelita..wargghhh..teruk tu..

Orang2 yang anda sayang?
yang kata aku comel..hanya itu aku syg..kata aku comel,pat2..mesti aku syg..hihihi

Anda sayang saya tak?
mestilah..kamulah sikatik cakap laju kesayangan gue...hihihihi

anda rasa entry saya yg manakah paling best dibaca?
those three things..huh..lense dah darurat camtu pon pakai lg...

blog yg manakah paling kerap anda singgah?
blog paja
norhayati berahim
kereta mayat
hilang punca
ini belog saya
suke ati aku
kelambu
brutalsolo


blog anda sudah berapa tahun terbina?
oh...2008..tp 1st entry lewat dari itu..dan blog ini kwn yg tolong buat.m azri..kwn paja.muahahaha.

tag pada 3 yg lain..

sesiapa yg rajin nk buat,sila2....

7/28/10

birthday taulan

Entry ini spesel untuk org yang sambut bday 28.07.2010 (hari ni)

Selamat Hari Lahir yang ke 25,dear



Moga tercapai segala impian dan cita-cita
hidup diberkati dan murah rezeki
(ayat ini mmg selalu diulang2 dan hampir sesuai untuk semua jenis keraian)
hihihi

mungkin dah sampai masanya
masak rendang daging,nasik tomato,ayam masak cabai,kuah asam daging bakar
panggil jamu aku makan
umur 25 tahun..
patut expert dah tu
paling tak pon
ketam masak lemak,asparagus goreng udang

mungkin dah sampai masanya
mungkin
mungkin
haaaa
sila jawab

muahahaha


pic hiasan penambah gaya

7/22/10

jumaat ini

sudah agak lama tidak berbaju kurung
ini hari cukup sesuai
walau tiap2 hari dituntut kesopanan
baju kurung=sopan,aku mmg fikir begitu
dan di hari jumaat ini
aku potong kuku
(ape kes mau heboh blablabla)

pakai baju kurung
dan terasa makin kurus(efek perut lapar)
aku mula pandang jam
hitung waktu
menanti senja
sambil layan telinga - rina rahman
ku ingin bahgia

ohoh
aku rasa maksud ayat aku di atas
ialah aku pose,potong kuku,pakai baju kurung,malas keje tunggu petang,tgh dengar lagu rina rahman.

tips interview

assalammualaikum wbt

seminggu lepas
pembantu aku telah hantar surat berhenti kerja
dia dapat kerja baru,majikan baru dia pandai pilih pekerja
aku suka dia,kerja dia bagus
ada inisiatif sendiri,aku xperlu monitor 24 jam
disiplin tinggi,respek dan professional
aku just cek,approved dan supervise je
tak mahu puji lebih
dia mmg nak berhenti
dan
sebabkan dia bagus,aku takut kalau dia berhenti
tapi bila kamu menjadi majikan
walau pekerja baik itu aset bagi syarikat
tapi aset ini jangan fikir akan kekal dengan kamu
dan itulah aku rasa
melepaskan aset..nak x nak je aku rasa.huh.

aku pun advertise
mencari pekerja baru
kat satu laman maya
aku letak no aku sendiri
ini aku kira pre interbiu
tahap lembab nak cari arah opis aku pun turut dinilai

ramai yang datang
pelbagai background
dan aku nak ingatkan
untuk menghadiri interbiu
pastikan anda baca sikit tips di bawah ini

1. study sikit pasal syarikat yang ingin diinterview.adalah tidak bagus bertanya"syarikat ini buat apa?"sedangkan sebelum melalui pintu syarikat,sangat banyak tampalan di dinding yang merujuk aktiviti syarikat.nama syarikat pon ada kat dobi bawah.silalah alert sikit.

2. kalau kamu buat appointment pada pukul 3 petang,sila patuhi time itu,jangan datang pukul 12tghari pastu kol aku tanya boleh awalkan ke tak.aku memang xkan entertain dan aku anggap ini usaha awal untuk tunjuk sikap "ikut kepala sendiri".

3. kalau pun dah berhenti dari syarikat lain,jangan sesekali mengutuk syarikat/bekas majikan.dan aku akan terfikir,minah ini kalau aku berhentikan,mesti akan jaja cerita buruk tempat aku kepada syarikat lain.aku memang xberkenan.

4. kalau kamu speaking, tolong jangan ayat campur."previously,im working at kedai roti je.."memanglah aku paham tapi aku fikir ini kebodohan yang melampau.nak speaking,speaking.nak berbahasa,berbahasa saja.omputeh xkan paham bahasa campur.dan aku akan pk kamu x pandai speaking(nak speaking tapi xpandai).sekian.

5. sila menjadi sedikit bongkak untuk pengalaman sendiri.maksudnya jangan terlalu tunjuk yang kamu memerlukan kerja sampai xkisah langsung dibayar berapa.jaga tahap desperado.cth soalan:kenapa saya perlu bayar awak RM1800.00 sedangkan awak hanya ada SPM.saya akan respek kamu jika jawap"itu nilai pengalaman sy dan saya xpk syarikat cik rugi RM1800.00 untuk nilai pengalaman saya" daripada menjawap"erk,saya tulis je.tapi boleh rendah lagi"hampeh.

6. perlu mencipta sedikit kelainan untuk diingat.setelah menemubual ramai umat,sementara saya sudah penat,tidak salah menonjolkan diri dengan membuat sedikit kelainan,sedikit ramah yang menyenangkan,xperlu gugup.

7. sebenarnya,aku suka bertanya"sila ceritakan pasal diri".sebab time nilah kamu akan dapat peluang "menjual diri",cerita segala kelebihan kamu dan pengalaman yang rasa dapat membantu untuk position kamu.buat pendengar macam aku tertarik dan ditarik.

dan sangan kesian kepada mereka yang sudah agak berusia.ada yang berumur 35tahun yang datang dan dia bagitahu aku usia sangat penting.orang yang berumur macam dia agak susah untuk mencari kerja dan dia xharus memilih sangat.oh..adakah aku akan begitu juga nanti?dan kamu? hmmm.

bagi aku,even kalau kamu lulusan u,itu belum memadai untuk menjadi pekerja yang baik.sebab itu aku letak kriteria lepasan spm juga.kerana sikap akan membentuk pengalaman yang baik disamping kualiti otak.nilai ini lebih diperlukan kerana kerja baru,ilmu boleh diajar tetapi tidak nilai diri.ini sendiri bentuk.

kepada cik...........,tahniah berjaya menarik minat aku.(aku xpk dan xmo dia baca blog aku" kerja elok2 dan aku akan belanja selalu dia upah sebab bsikap baik.muahaha.aku bos baekkk!!

7/21/10

mati bunuh

sedang melawan kebosanan
maka bukak paint
maka menconteng
maka perasan lawa
maka dipandang2 blog
maka terbetik idea bernas lazat
maka inilah hasil
sila pandang header,renung pastu puji sikit skill melukis aku yg guna tikus mati ini
terima kasih

takut anda konpius
ini bukan blog tadika
manusia empunya blog ini
bekerja.perempuan.optimis.sedang bosan.


warghhh

7/19/10

Eksekutif pentadbiran dikehendaki

SESIAPA YANG ADA KAWAN,DIRI SENDIRI,JIRAN TETANGGA YANG TENGAH MERAUNG MENCARI KERJA,
SILA BAGITAHU AKU.KERJA 5 HARI SEMINGGU, 9 PG-6 PTG, GAJI RM1300.00,LEPASAN SPM PUN OK ASALKAN TAHU BUAT KERJA,DAPAT TERIMA ARAHAN,ADA INISIATIF DAN RAJIN.KAWASAN WANGSA MAJU.

7/15/10

bila mak datang part 2..last

Bila pandai2 buat edisi part 1
rasa cam buat karangan xsiap

aku excited kuar dengan mak aku
biasalah
unsur-unsur larikan diri dari ofis
memang sentiasa digemari
bukan sebab aku ank baik sgt
muahahaha-gelak jahat

dari ampang ke demc shah alam
sejak demc pindah ke tapak baru
ini 1st time aku pegi
kenapa demc?
sbb kakak aku keje sini
so,dapat potongan untuk ibubapa
see..fikir free,discount,less je anak2 mak aku
muahaha-gelak jahat



mak aku bertafakur bila kena amik urine test
dia malas superleceh mau masuk toilet
last2..dia kensel jumpe doc




kakak aku memujuk.."lepas ni kita berlari pegi soping.hooray2"tapi xberjaya.muahaha.
sebab waktu masih awal
kami merayap dalam demc
terjun masuk bilik kakak aku
buat muke poyo dan snap sana sini
versi sopan




jumpe doc sangat xsuke
bila ofer nak soping
laju je
alahai mak sayang

selepas seminggu
dia berangkat pulang
sekian..

entry xmanfaat lansun untuk diheboh.

7/7/10

bila mak datang part 1

bila mak datang
semua anak akan bz
bz keje dan layan mak
layan mak dan bz keje
bz ponteng sbb layan mak
ngeh2..
hari ini
selepas 5 hari mak datang
aku bawak mak pegi opis
nasib baik ada majalah
kasi dia buang masa
khusyuk membaca gosip
sambil aku siapkan keje
sbb bos nk blanja kami
maka terpaksa tunggu bos
dan petang ini
aku hap day lagi
buat appointment doc
bwk mak soping
utk yang kesekian kalinya

alahai...

7/2/10

selipar gatal


posing maut..peh..


pic atas tu slipar aku
pink lembut2
walau ada yang kata
kaler itu xde masa depan
suram
malap
takpe2
kita abaikan

kenapa dengan selipar aku?

ya,itulah topik kita pada hari ini
bukan masalah besar
tidak libatkan ekonomi negara pun
libatkan ekonomi aku je...sob2

suatu hari
tanpa kesedaran segera
ia telah bogel
dogol
seme katun2 atas ilang
lesap
kena curi
aku putih mata

dan...
xlama kemudian..

aku rawat

beli lagi
hias lagi
kalau bogel lagi
aku terpaksa panggil hantu raya
ye
hantu raya
untuk mengawal seliper aku
sila takut sekarang!

comel pencuri zaman sekarang
ni pun nk curi
pasar malam berlambak wei



*aktiviti tampal diam2 kat opis:-)