assalammualaikum wbt
seminggu lepas
pembantu aku telah hantar surat berhenti kerja
dia dapat kerja baru,majikan baru dia pandai pilih pekerja
aku suka dia,kerja dia bagus
ada inisiatif sendiri,aku xperlu monitor 24 jam
disiplin tinggi,respek dan professional
aku just cek,approved dan supervise je
tak mahu puji lebih
dia mmg nak berhenti
dan
sebabkan dia bagus,aku takut kalau dia berhenti
tapi bila kamu menjadi majikan
walau pekerja baik itu aset bagi syarikat
tapi aset ini jangan fikir akan kekal dengan kamu
dan itulah aku rasa
melepaskan aset..nak x nak je aku rasa.huh.
aku pun advertise
mencari pekerja baru
kat satu laman maya
aku letak no aku sendiri
ini aku kira pre interbiu
tahap lembab nak cari arah opis aku pun turut dinilai
ramai yang datang
pelbagai background
dan aku nak ingatkan
untuk menghadiri interbiu
pastikan anda baca sikit tips di bawah ini
1. study sikit pasal syarikat yang ingin diinterview.adalah tidak bagus bertanya"syarikat ini buat apa?"sedangkan sebelum melalui pintu syarikat,sangat banyak tampalan di dinding yang merujuk aktiviti syarikat.nama syarikat pon ada kat dobi bawah.silalah alert sikit.
2. kalau kamu buat appointment pada pukul 3 petang,sila patuhi time itu,jangan datang pukul 12tghari pastu kol aku tanya boleh awalkan ke tak.aku memang xkan entertain dan aku anggap ini usaha awal untuk tunjuk sikap "ikut kepala sendiri".
3. kalau pun dah berhenti dari syarikat lain,jangan sesekali mengutuk syarikat/bekas majikan.dan aku akan terfikir,minah ini kalau aku berhentikan,mesti akan jaja cerita buruk tempat aku kepada syarikat lain.aku memang xberkenan.
4. kalau kamu speaking, tolong jangan ayat campur."previously,im working at kedai roti je.."memanglah aku paham tapi aku fikir ini kebodohan yang melampau.nak speaking,speaking.nak berbahasa,berbahasa saja.omputeh xkan paham bahasa campur.dan aku akan pk kamu x pandai speaking(nak speaking tapi xpandai).sekian.
5. sila menjadi sedikit bongkak untuk pengalaman sendiri.maksudnya jangan terlalu tunjuk yang kamu memerlukan kerja sampai xkisah langsung dibayar berapa.jaga tahap desperado.cth soalan:kenapa saya perlu bayar awak RM1800.00 sedangkan awak hanya ada SPM.saya akan respek kamu jika jawap"itu nilai pengalaman sy dan saya xpk syarikat cik rugi RM1800.00 untuk nilai pengalaman saya" daripada menjawap"erk,saya tulis je.tapi boleh rendah lagi"hampeh.
6. perlu mencipta sedikit kelainan untuk diingat.setelah menemubual ramai umat,sementara saya sudah penat,tidak salah menonjolkan diri dengan membuat sedikit kelainan,sedikit ramah yang menyenangkan,xperlu gugup.
7. sebenarnya,aku suka bertanya"sila ceritakan pasal diri".sebab time nilah kamu akan dapat peluang "menjual diri",cerita segala kelebihan kamu dan pengalaman yang rasa dapat membantu untuk position kamu.buat pendengar macam aku tertarik dan ditarik.
dan sangan kesian kepada mereka yang sudah agak berusia.ada yang berumur 35tahun yang datang dan dia bagitahu aku usia sangat penting.orang yang berumur macam dia agak susah untuk mencari kerja dan dia xharus memilih sangat.oh..adakah aku akan begitu juga nanti?dan kamu? hmmm.
bagi aku,even kalau kamu lulusan u,itu belum memadai untuk menjadi pekerja yang baik.sebab itu aku letak kriteria lepasan spm juga.kerana sikap akan membentuk pengalaman yang baik disamping kualiti otak.nilai ini lebih diperlukan kerana kerja baru,ilmu boleh diajar tetapi tidak nilai diri.ini sendiri bentuk.
kepada cik...........,tahniah berjaya menarik minat aku.(aku xpk dan xmo dia baca blog aku" kerja elok2 dan aku akan belanja selalu dia upah sebab bsikap baik.muahaha.aku bos baekkk!!
wah..kamu mempunyai kriteria bos yang baik...
ReplyDeletetp mcmner nak jadi bos yang baik???
adakah dengan selalu menbelanja anak buah???
sila buat 1 post tips menjadi bos yang baik agar staf yang baik dicouplekan dgn bos yang baik..
sy menanti next entry anda. sekian
oh oh..ano,
ReplyDeletetidaklah bmaksud aku bos yang baik.tentulah membelanja bukan totally maksud bos baik.aku pun masih belajar.bertatih.dan mesti ada silap dimana2.ini hanya dari observation aku.jangan percaya sangat ayat last aku untuk entry ini.itu cuma ayat perasantan.hihi.rasanya baru skali aku blanje staf.tu pon siap heboh dlm blog.walaweh.adios.