5/25/10

1 usia menambah


sila lekapkan hidung pada pic..thanx.

Hampir penghujung May


Aku fikir May sangat indah
Selalunya

Walau tibanya May makna tambah 1 lg usia
Walau maknannya aku dah hala ke tua
Tapi
"apa ada pada usia"
Sedang belajar guna ayat itu....

Berakhirnya May kali ini
Ada sejuta memori yang xpatut aku lupa
Thanx pada yang ingat bday aku
Yang wish walau 3 hari terlebih awal
Yang blanje makan enak2
Yang sanggup masak,yang kasi bunge2 merah hangat
Yang kasi duit dan ckp(belilah ape2 pun yang nak dan aku masih pk cara mau gunanya saat ini)
Yang berlari senyap2 pegi beli kek xnak aku tau tp aku tau
(cis,pastu claim duit opis klasifikasi sebagai entertain client--xpatut..xpatut)
Yang mereka yang aku xkenal tlg doakan dan celebrate bday aku ptg itu
Terima kasih..
Cam ucapan terima anugerah je.
Aku hargai

terharu..

5/10/10

Wiken yang ditunggu

(spesel entry untuk cik paja)

Cik paja sudah lama mau tukar telefon
Perlukah aku cerita pasal telefon nokia antik dia itu?
ok..aku cerita sikit
Dulu,telefon dia dikira sangat wow
polifonik dan berkaler
sangat intrend
Ini cerita bertahun dahulu
dan dia sangat setia
dengan telefon itu
sehinggalah
sabtu lepas
cik paja sudah berpaling tadah
tadah telepon baru

dah sangat moden

aku tumpang bangga
hip2..
dan peel orang dapat tepon baru
aku kat tepi pon dia dah xmo layan


aku rasa cik paja masih demam tepon baru


kepada sesape kekawan yang kenal cik paja..sila2lah tepon/msg/mms dia.hihihi.

hari itu juge,tepon aku dikalahkan oleh tepon cik paja.wawawawa.

5/4/10

Pesanan baik-baik

Bagaimanakah cara kita bersyukur?

Aku terpanggil mahu kongsi sedikit cerita
Mengenai duit dan sifat tidak berkira

Percayalah
Jika kita ada sedikit lebihan
Hulurkan sedikit pada yang memerlukan
Ringankan tulang
Bertanya dan dekati mereka yang bermasalah
Sebab
Percayalah
Rezeki akan jadi lebih murah
Ini banyak berlaku
Kalau kita tidak berkira
Allah akan bagi balasan yang sama
Jangan buruksangka
Besh kan kalau semua macam itu?

Tengah mood baik ini
(bayangkan imej pari2 pada aku)
tau...comel.hihihi


sabun kulat
*ingat...berbaiksangka

Sesampah


take 5 untuk eskrem..

Sejak semalam,aku bolot kerja
Ohh..atau rakus kerja(bunyi sedikit power)
Ghairah kerja?Hmmm(terlebih power lak)

Lama tidak menghadap
Bila kekadang terlebih fokus
Aku cepat kebulur
Tengok ikan laga2 dalam balang
Terbayang rupanya yang siap digoreng
Serius
fokus dan kebulur memang berkadarlangsung

Semalam juga
Seorang kawan dah countdown
tikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
Sebagai janji
Aku nk quote kata2 dia
Si dia ini ialah PTD di sebuah kementerian yang dirahsiakan
"aku ni kalu mu nk tau berlakon buat2 bz jah.sumbat otak dah"
itu kata2nya mengenai tugasnya PTD berjaya di tempat kerja.

Ini masalah sejagat
Aku pun sama
Kalau dulu suka sepahkan meja kasi nampak aku macam sgt sibuk
Sejak bos aku sendiri tolong kemas
Sambil bebel seguni
Meja aku sekarang sangat kemas,ikut piawai aku
Dan pasal bizi
Masih lagi ada masa
Untuk blog kan?hihihi

5/3/10

mencari kudrat yang ikhlas dan amanah bekerja

Dalam 2 minggu kebelakangan ini
2 orang pekerja aku telah berhentikan kerja
Seorang pekerja admin
Dan seorang pekerja dobi
Kedua2nya perempuan
Kedua2nya melayu yang aku jamin ic mereka adalah tulen

Kenapa dengan mereka?
Kerja sekadar melepas batuk di tangga
Yang telah ditegur berulangkali
Kerja untuk gaji semata
Tidak berinisiatif
Tidak boleh ditegur dan diajar
Dan menyebarkan gosip memporak perandakan organisasi
Peluang diberi
Tiada perubahan
Ini bukan melayu pertama
Sebelum ini pernah juga terjadi
Lesapkan duit

Melayu hari ini....