6/11/09

Hari Bapa

Seminggu lagi hari bapa
Aku dah gatal tangan nk coret
Mungkin secara simbolik
Aku hanya akan tepon bapa aku time itu
Konon2 bertanya khabar
Aku jarang bersentimental dengannya
Malu beb..
Dengan lelaki,kena rock n brutal
Itu dia ajar...jgn salahkan aku

Kali terakhir aku berborak dengan dia
Ketika dia hadiri majlis tahlil
Tidak dapat berborak lama
Orang tengah baca yasin
Sempat aku bertanya
Bulan itu
Berapa ramai org kampung
yang mati, beranak, kawen
Itu memang selalu aku buat
Update info

Dia lelaki tenang
Simple
Selalu senyum
Dengan aku xpernah marah
Betul..seingat aku...memang xpernah marah
Dan aku rasa aku anak yang paling manja dengan dia
Paling rapat walau dah besar panjang
Yang kadangkala adik beradik amik kesempatan
Pergunakan aku untuk meminta sesuatu
Mungkin sebab aku tidak banyak karenah
Banding yang lain
Aku kecualikan ini
Aku mmg xkan ke asrama kalau dia xdapat pergi hantar aku

Kad birthday itu
yang aku bagi lewat lalu
masih elok disimpan
Buat aku tersentuh
Bapa aku tidak pandai mengekspretasikan kasih sayangnya
Tapi aku tahu dari lakunya
Bila aku balik kampung
Bila dia sendiri masak
Tunjuk bakat di dapur
(ayah aku pandai masak)
Tapi jarang tunjuk skill

Hari itu
Bila dia kata betapa rindunya ke aku
Aku jadi sebak
Betul
Dia jarang meluahkan perasaannya
Aku jadi terkesima
Aku xperlu nak listkan pengorbanannya
Selayaknya seorang bapa
Aku tiada komplen pasal dirinya
Dia bapa terbaik pernah aku ada

Dan hari ini
Aku berterimakasih
kerana paksa aku pergi mengaji walau aku malas amat
Sanggup dia selongkar reban ayam--tempat aku sembunyi
Aku kuat ponteng dulu2..
Terimakasih
Hantar aku tuisyen
Tunggu tiap2 malam sampai abis kelas
Takut aku ponteng

Aku tahu dia banyak bersabar
Anak dara yang ini
banyak buat dia geleng kepala
Dan aku
selalu tunjuk peace sambil sengih kerang wangi

Untuk papa
Terimakasih
Untuk pengorbanan, wang ringgit, masa
Sehingga aku jadi
Seperti hari ini

Oh...i miss u papa...

6/9/09

Laskar pelangi



Pagi tadi..
Sambil minum milo tgk tv
Lagu ini ke udara
Hebatnya
Sampai ke opis terngiang2
Liriknya penuh makna
Termotivasi tetiba
Thanx Nidji

Selepas satu demi satu
Peristiwa yang berlaku
Aku terfikir
Kadang2 kita salahkan tuhan
Bila turunnya ribut kencang
Tanpa kita sedari
Ada pelangi indah menanti selepasnya

Yang pasti
Teruskan hidup
Jangan gentar
Hadapi semua
Yeahhhhhh...

Aku tujukan lagu ini buat:
Anem : ko kena tabah beb..ko patut arif perangai manusia.
Faza : Susah kan hidup kalau ko hanya kenal insan baik2 seperti aku..huahuahua.
Enny : Ptg ni buat yang terbaekkk wok!!

Dan pada semelah yang jenguk page ni..sekian.

6/8/09

Tiada tajuk..

Aku berceloteh aja ini hari.

Pasal bunuh diri

Selalunya dengar dari radio,baca paper,tgk berita baru dpt berita camni
Tapi kali ini aku alami sendiri
Makhluk tenuk yang lupa tuhan itu telan peluntur
Bukan calang2 peluntur
Peluntur kuat untuk bersihkan toto dan sesetengah carpet
1 cawan (pandai pulak disukat-sukat)
Dengan harapan mampus terus
Tapi tuhan masih lagi bagi peluang
Sayang pada tenuk itu
Hidup walaupun nafas bau klorox satu minggu

Pesanan aku
Kalau nak mampus pun
Fikirla pasal tuhan
Fikirlah pasal anak2
Minum klorox pon xmati2 juga
Lain kali jumpe aku
Pelajari cara2 nak mati dengan senang
Mudah,berkesan tapi selamat
Dan yang penting
Terus mati tanpa mengundang
Rasa jelik masyarakat

Waktu hidup pon orang dah jelik
Mati apatah lagi
Takkan cium bau syurga..nauzubillah..
Pendek betul fikiran
Apa yang pasti
Mungkin saluran pencernaan tenuk itu
Bersih sedikit
Kesan tidakbalas peluntur
Sedap agaknya jus alkali itu
Satu cawan tanpa sisa

Plan bodoh yang tidak menjadi itu
Harap tiada sambungan

Kalau nak juga
Aku boleh tunjukkan cara
Tawaran akan dibuka
sampai bila2..

6/4/09

Picture senang hati



Kalau semalam aku sedikit emo pasal 48kg..huh(meluap tetiba)

Hari ini
Aku mahu kongsi
Antara picture kegemaran aku
Sekarang aku makin pemurah
Share2 di hari Jumaat
Ngeh..

Tayang muka budak spastik ini
Yang mampu buat aku tersenyum
Harap korang pon sama

Dan
Sebelom ada bertanya
Aku infokan sedikit

Byk waktu org ckp dia kembar aku
(kecuali pic hudusssssss berganda di atas)
Kebiasaannya aku lagi jelita dan indah dari dia
Dia ini sisaan kejelitaan aku sahaja
Dia ini juga
Kawan yang pernah kongsi jamban dengan aku
Sekian

6/3/09

Apa ada pada 48kg?

"Bagi aku saiz bini yang relevan untuk aku ialah 48kg"

Ayat ini terngiang2 dalam kepala aku
Satu kelemahan yang nyata
Sebab aku xpandai nak berdiam diri
Kena terluahkan
Rasa nak bidas
Aku mau DIA yang jakun baca komen aku ini

Betul
Ini persepsi masing2
Pilihan masing2
Selera masing2
Dan betapa kolotnya DIA ini
Bila saiz betul2 menjadi ukuran
Sebab bagi aku
Apa yang ada pada nombor?
48kg?

Kesian makwe DIA
Kesian sesiapa yang jd bini DIA nanti
Tekanan perasaan
Kerana 48kg
Kerana tekanan ini
Mungkin dapat maintainkan berat kot
Huh
48kg sampai ke tua

Tapi ini bukan persoalan
Kenapa mesti ada ukuran tertentu
Perempuan
Lepas beranak pinak
Mampukah kekalkan 48kg?
48kg..
Dapat jd jaminan kebahagiankah?
48kg....
Adakah DIA yang jakun juga akan sama seperti hari ini
20 tahun kemudian
Perut dia tidak boroi?
Tubuh masih tegap seperti hari ini?

Statement yang menyedihkan
Betapa bodohnya manusia ini
Tahniah
Aku bagi 10 bintang
Kerana berjaya
Menjadi manusia kolot
Sepenuhnya

Dan perempuan sendiri
Berat badan atau apa2 saja berkaitan
Biarlah diorang handle sendiri
Pandai2lah nak jaga
Maintain tubuh masing2
Dan lelaki
Alangkah baik
Kalau terima seadanya