3/30/10

Si biru



Masuk bengkel lagi
Cermin sisi pula pecah

Aku patut buat 1 jurnal

Tiap2 bulan eksiden

Mungkin dah tiba masa
Aku mandi bungakan kete ini

********

Aku beli kereta ini bulan 8 2008
Tidak banyak tahu menahu
Sampai waktu
Pergi sign agreement
Sampai waktu
Pergi ambil kereta
Biru memang pilihan
Selepas kuning
Suka sebab kereta baru
Suka sebab ada kereta
Walau ini aku tidak pernah impikan

Ini adalah eksiden2 yang aku ingat(rasanya tiada yang tertinggal dah)
Aku tidak pernah save pic eksiden
Kenangan buruk macam ini memang aku malas,tidak semangat hendak menyimpan
Sisa2 yang boleh buat hati luka parah sedih lebur

Kronologi

1st eksiden
Tempat :LDP-jambatan pulau pinang
Lori gesel tepi-ketuk dan 3 parts kena cat
Aku menangis time ini..1st eksiden semua org patut kenang.
Kereta baru pulak tu.

2nd eksiden
Tempat :Oldtown white kopi area mentari court sunway
Kete cina langgar sisi - ketuk cat bumper dan pintu sisi

3rd eksiden
Tempat :Trafik lite Jusco Bukit Tinggi
Aku langgar pajero - bumper teruk,ketuk dan cat
Pajero selamat.Ini memang salah aku..tulis2 sms time ni.

4th eksiden
Tempat: Parking kat desa mutiara
Aku langgar tiang parking pagi2 buta- ketuk cat belakang. Ajaib.ketuk cat 1 hari siap.

5th eksiden
Tempat :depan office squid
Dengan myvi pagi2 buta - kete aku ok,kete dia yang teruk. Salah aku bawak laju.

6th eksiden
Tempat :Parking sogo
Dengan Myvi - Kerana aku pandang bulu dada bangla lama2,xperasan kete depan..salah aku gak ni.

7th eksiden
Tempat :Bulatan kayangan shah alam
Motor langgar - lampu depan pecah,bumper herot,calar sisi
Kos paling tinggi dalam sejarah eksiden.

8th eksiden
Tempat :tepi opis squid
Org pecahkan cermin-xde barang yang dicuri.Aku terkejut.Seris.Ini cermin,bukan ketuk dan cat seperti selalu.

Tidak termasuk minor2 eksiden calar2 sikit.
Perlu ke aku catat jumlah kereta aku panjat divider?
Atau jumlah calar pada rim tayar?

Aku tidak berniat hendak jual kereta ini
Memang banyak aku spend utk eksiden
Memang selalu dilanggar dan kena langgar
Dulu bila berlaku,aku menangis
Sedih tgk parahnya si biru kena
Sekarang pun sama
Tapi aku dah makin kool

Tak ada sesiapa mintak ia jadi
Tapi bila ia berlaku
Kekadang ada pertanyaan jahat terlintas
Aku guna duit haram ke untuk kereta ini?
Aku riak ke masa drive?
Adakah sebab aku sekadar menerima?

Dan selalunya
Orang2 tersayang
Yang baik dengan aku
Akan tenangkan aku
Cakap
ini adalah ujian
Bersabar
Rilek2
Orang lain kena lagi teruk
Atleast aku xparah
Atleast dompet aku je kurus
Ada hikmah semua ini

Ya
Selepas begitu banyak siri kisah tak berapa menarik ini
Aku makin sayang kereta ini
Banyak susahnya dengan aku
Aku harap
Kalaulah dia boleh faham
Aku ingin sekali cakap
"maafkan aku siksakan kau sepanjang dengan aku,maafkan aku yang tak jaga kau betul2.maafkan aku kerana tak seperti pemilik lain,maafkan aku aniaya kau yang tak salah"

Harap aku tidak perlu menambahkan lagi catatan sejarah ini.

Cukuplah

3/25/10

Sel basah

25.03.2010

9.40 am

sedang riang ria hala parking
menapak ke kereta
hidupkan enjin
tetibe kereta buat peel
peel xnak hidup
Bunyi macam kambing nak kena sembelih
aku cuba lagi sekali,dua kali,10 kali
start
start
sama jugak
xada hasil

kol dia ---- suruh tunggu dia dtg
kol mofaz ---- suspect batt lanjut usia,nk dtg baiki dan caj rm260

pukul 3 ptg
dia dtg bantu
cek2
air batt setitik haram pon xde
Perkara biasa
Bebel2 sket,aku tadah telinga

*************

Aku rasa sbelum dapat lesen P,patut diajar maintain kereta,bkn setakat ajar bawak je.
"Ini salah sekolah memandu"
Kata aku yang malas nk paham kebodohan diri

3/23/10

Jalan-jalan


Aku tidak pernah borak pasal benda2 ilmiah di blog ini
Bukan sahaja blog ini
Malah dalam perbualan sehari2 pun
Jarang amat
Yang lebih kepada xpernah

Kalau kepekaan terhadap negara itu
Satu kecintaan
Aku mmg kategori tidak cinta negara

begitu jugalah dgn hal lain

Kepupusan
Peperangan
Politik
Bencana alam
Kegawatan
Rusuhan
Inflasi
Rasuah
Jalan raya

Tukar2 fikiran
Memang jarang berlaku pada aku

Tapi
Bila jalanraya berlopak
Lubang boleh tadah air 2 gelen
Jam sana sini
Hujan terus stuck
xhujan pun stuck
Lalu aku tertanya2
Begitu banyak kementerian dan jabatan ditubuhkan
Begitu banyak tenaga kerja di sektor awam
Tidak adakah yang fikir dan fokus pada jalan?

Jalanraya hari ini
dan
Jalanraya 10 tahun dari sekarang

Boleh demam malaria kalau aku fikir
Dan aku biarkan
Macam rakyat lain
Selagi boleh guna
Selagi sampai ke tempat tujuan
diamkan saja

3/18/10

xde tajuk

Baru merangkak ke pertengahan bulan
dah macam-macam hal berlaku

Eksiden kereta itu hari
Ada yang kata itu musibah
Tapi bila dapat telefon idaman free
Aku anggap itu reward
Atas kesabaran aku
Tuhan yang lebih tahu

Dan
sebenarnya aku nk cakap
Tentang kematangan,ketidaksabaran,akal selapis,tolak ansur dan sifat kool

perempuan itu
marah
sedih
bungkam
luluh
kecewa
mintak putus
salahfaham
mintak maaf

dan lelaki itu
sabar
kool
matang
rasional
memaafkan

dahsyat peel pompuan.

3/4/10

Lewat

Pagi ini lewat
Macam semalam
Eh macam selalunya
pukul 10 baru menapak keluar rumah

Tapi hari ini sepesel kes
Sebabnya



Nak gelak rasa tak sampai hati
Tapi terburai jugak

Pesanan: Kalau sayang RM50,jangan park merata.

3/2/10

sunyi

10.52pm


penat.
lapar.
mengantuk.
bosan.



sedih.