3/20/15

Sabun madu organik + kulit kayu manis

Assalammualaikum semua
tak tahu jika masih mempunyai pembaca atau tak

lama sungguh tidak menulis di sini

bila usia meningkat ni, aku sudah menjadi pengguna tegar bahan organik..mungkin tahap obses
memang jarang mekap.aku memang malas nak tampal2.serius cakap.guna sabun je buat pencuci muka.memang tak gebu licin berkilat melepak tapi aku suka dah kulit aku tanpa noda dan senang nak jaga.

ni rasa habis putih dah pancaran terus dari matahari gitewww.
Kesan baik guna bahan organik ini sudah mula dirasai..memandangkan aku bukan pengikut setia regim kecantikan, maka kulit muka aku tidak terhakis teruk dengan produk2 kimia di pasaran.

dan ini ada 1 jenis produk nak dikongsi dengan semua

keluaran mommy meletop semestinya
sabun kulit kayu manis campur madu

buihnya dari peria laut, so memang tak berbuih sangat
tanpa kimia semestinya
bebas pewangi, bebas pewarna, bebas pengawet
warnanya asli dari bahannya iaitu madu dan kulit kayu manis

elok untuk seisi keluarga
aku rasa ramai dah tahu fungsi madu untuk kulit
melembabkan kulit
dan fngsi kulit kayu manis untuk parut jerawat, jeragat dan sebagainya.
2 kombinasi ini memang sesuai untuk kulit.
rasa ringan je dan fresh je lepas cuci muka

anak2 kat hostel pun boleh guna
nak jimat potong kecik2.



Aku rasa mana2 yang guna produk mommymeletop tahulah mcm mana eloknya produk mommymeletop. memang giler organik.dan dibuat best untuk dapat hasil yang best. yang penting kualitinya dijaga sendiri.mutunya. dan resepi membuatnya. malah tak keterlaluan kalau dikatakan sabun ni korang nak makan pun xpe. resepinya dari kedai bakery sahaja.


oklah.
kepada yang nak order boleh hubungi 0172390072
stock sentiasa ada insyaallah

3/2/14

Bercuti tanpa anak

Assalammualaikum Wbt

Semalam berborak dengan suami mengenai isu ini
Agak sensitif bagi sesetengah orang.
Maaf kalau entry ini buat kamu-kamu terasa
Ini hanya pendapat peribadi semata-mata
Harap dimaafkan jika menyentuh hati mereka2 secara kasar

Berbalik pada isu ini..
Bila kita ada anak, dunia akan berubah
Kita akan penat..baik kita bekerja atau surirumah.akan penat.mesti penat
Dan akan ada waktu terfikir.."kalaulah ada suatu hari boleh spend masa untuk diri..masa privacy tanpa gangguan anak-anak..buat perkara yang kita suka,kalaulah..." dan tidak salah pun sebenarnya.

Cuma kalau kita letak situasi bagi perempuan bekerja macam saya,
Weekdays bekerja,hujung minggu je totally spend masa dengan anak..mandikan dia,bagi mkn bermain dan sebagainya..Hari dia dan saya. Dia mahu saya yang pakaikan baju untuk dia.saya sahaja yang boleh sentuh dia.mengada2 tak nak ayah dia uruskan.. tetiba pergi bercuti pula tanpa dia..saya tidak sanggup

Mungkin contoh lain.
suatu hari di hari bekerja dia memeluk orang lain yang disangkanya saya ketika di taman permainan. menangis2 bila itu bukan saya padahal saya hanya tinggalkan pergi bekerja.

Dulu saya terfikir mahu masa bersendiri sekali sekala..sekarang saya masih perlukan masa privasi..cuma maksudnya sudah berubah..masa privacy saya bermaksud "masa saya dan anak dan suami".

Kalau xmampu nak bawa bercuti,tunggu dia besar dlu sehingga keadaan mampu..saya tak rasa saya sanggup bergelak2 berseronok bercuti dan fikir ank saya dengan orang lain (sepanjang saya bercuti). Paling tidak saya akan malu pada orang yang jaga ank saya sepanjang ketiadaan saya.

Alahai.


Perubahan Harga Manjakani







Assalammualaikum wbt

Untuk Makluman Semua

Harga manjakani sudah berubah.Ada antara kamu yang hubungi mommy sudah dimaklumkan. Setelah 8 tahun ini kali pertama harga berubah.tapi khasiatnya cara buatnya masih sama. kasih sayang homemade:)

Ini adalah harga baru untuk produk produk mommy meletop



1. Serbuk manjakani RM35/50 gram

Sekarang sudah diletak dalam botol kaca gelap. berat bertambah dari 40gram menjadi 50gram.

2. Kapsul manjakani RM35/40 biji

Kapsul sekarang sudah berbotol putih dengan menggunakan saiz kapsul 0.kuantiti bertambah dari 30 biji menjadi 40 biji

3. Maajun manjakani RM35/50 gram

Maajun sekarang diletak dalam bekas comel berwarna putih.nak makan gentel je bulat2 kecil.

4. Bebola manjakani RM25/15 biji

Bebola tidak akan berubah harganya.masih sama.

5. Sabun manjakani RM35/90gram

Sabun pun tidak berubah harga dan berat masih sama


Manakala untuk postage pula adalah seperti berikut


semenanjung RM5

Sabah RM9
Sarawak RM8

Untuk pesanan boleh hubungi Mommy Meletop 0172390072

12/30/13

pesta makanan 2013

Sudah berlabuh tirai belum agaknya..
antara milestone aku tahun ini(yang sempat snap)

sayur kacang panjang tempe dan telur bodo2 (edisi clearkan fridge)

labu lemak.selar goreng.kerabu rebung dan tidak dilupa adik tempe yang manis.

nasik goreng lembik.terung sambal.keropok ikan fofuler dari negeri I.. edisi clearkan fridge

sayur campak2.dan udang tomyam santan

tempe menyibuk.selar datang kembali.kangkung goreng.sutun xberapa sedap.kaler pelik.

bayam tumis air.tenggiri goreng pelik.udang tomyam

tempe lg .tenggiri sambal.bayam bilis dan udang goreng

ikan merah goreng dan sambal dan sayur campur

salmon steak

panggang ikan dan ayam berempah.budus dan sayur sawi air

kerapu bakar.lemak talapia.sambal kicap dan sawi goreng bodo.

Untuk Darwisy..kalau kamu lawat blog ibu nnti time dah reti bahasa...ibu kamu struggle masak walau xsedap tp suke hati bg kamu dan ayah mkn erk paksa mkn.hip hip hip...

12/26/13

Berakhirnya tahun 2013

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah..setahun berlalu lagi
dan aku penat mengulangi benda yang sama
bekerja.duit.bekerja.duit.familia.selit2.kerja.duit dan mati?
fikir pasal mati,serius aku belum bersedia
kalau tuhan tarik nyawa aku hari ni,aku tiada apa2 untuk dipersembahkan
rasa sangat papa di sisi tuhan

aku pun bukan baik sangat.solat banyaknya x awal waktu
mengaji pun kadang2
ilmu agama ceramah agama jarang diikuti
lalu teringat dalam 1 ceramah radio..manusia yang paling fakir di sisi tuhan ialah yang banyak melakukan amal tp pahalanya berkurang malah menjadi negatif kerana dosa2 seperti mengumpat dan sebagainya yang tidak disedari berlaku setiap hari...aku antaranya.insaf rasa..alahai tp mulut mcm tu juge

sepanjang 2013 mommy meletop semakin aktif.
manjakani semakin laris..alhamdulillah.
harga masih sama.kualiti sama.walau kos semua dah naik.aku xsampai hati nk naikkan harga.
bukan semua orang berduit..xpelah..aku xharap kaya dengan manjakani..asalnya pun untuk suka2 tambah duit xsangka jd serius.

darwisy pun dah makin besar
melihat dia besar aku rasa aku makin tua
darwisy byk matangkan aku
latih aku jd bersabar
dan kadang2 aku malu pada suami
dia sgt sabar layan karenah anak
mcm sangat paham perangai ank
selalu positif..xpernah aku tgk dia marah anak
atau tinggikan suara
walla

dan aku
tiada impian besar pun
hanya mahu ketenangan hidup
kalau tenang itu dpt dgn tidak kaya
aku xnak kaya
kalau tenang itu dpt dgn bukan kerja besar
xpe..aku kerja kecik pun xpe
asal aku tenang dengan keluarga kecilku
sekian