3/2/14

Bercuti tanpa anak

Assalammualaikum Wbt

Semalam berborak dengan suami mengenai isu ini
Agak sensitif bagi sesetengah orang.
Maaf kalau entry ini buat kamu-kamu terasa
Ini hanya pendapat peribadi semata-mata
Harap dimaafkan jika menyentuh hati mereka2 secara kasar

Berbalik pada isu ini..
Bila kita ada anak, dunia akan berubah
Kita akan penat..baik kita bekerja atau surirumah.akan penat.mesti penat
Dan akan ada waktu terfikir.."kalaulah ada suatu hari boleh spend masa untuk diri..masa privacy tanpa gangguan anak-anak..buat perkara yang kita suka,kalaulah..." dan tidak salah pun sebenarnya.

Cuma kalau kita letak situasi bagi perempuan bekerja macam saya,
Weekdays bekerja,hujung minggu je totally spend masa dengan anak..mandikan dia,bagi mkn bermain dan sebagainya..Hari dia dan saya. Dia mahu saya yang pakaikan baju untuk dia.saya sahaja yang boleh sentuh dia.mengada2 tak nak ayah dia uruskan.. tetiba pergi bercuti pula tanpa dia..saya tidak sanggup

Mungkin contoh lain.
suatu hari di hari bekerja dia memeluk orang lain yang disangkanya saya ketika di taman permainan. menangis2 bila itu bukan saya padahal saya hanya tinggalkan pergi bekerja.

Dulu saya terfikir mahu masa bersendiri sekali sekala..sekarang saya masih perlukan masa privasi..cuma maksudnya sudah berubah..masa privacy saya bermaksud "masa saya dan anak dan suami".

Kalau xmampu nak bawa bercuti,tunggu dia besar dlu sehingga keadaan mampu..saya tak rasa saya sanggup bergelak2 berseronok bercuti dan fikir ank saya dengan orang lain (sepanjang saya bercuti). Paling tidak saya akan malu pada orang yang jaga ank saya sepanjang ketiadaan saya.

Alahai.


1 comment:

  1. tak sanggup le aku nak buat gitu, rasa macam selfish plak. nak berseronok sorang2, anak tinggal.

    ReplyDelete