11/7/10

DEEPAVALI dan saya

Kala hati berperang mahu balik atau tidak
Aku serbis jugak kereta dan pagi jumaat itu
pagi-pagi buta,kala india nak beraya
aku panaskan enjin dan balik kampung
tinggalkan kl dengan berat hati,ewah2

selalunya aku exit kat tol jabor
tp kali ini aku exit kat tol kuantan
kononnya mau lalu bukit goh
sesat2 manja dalam kelapa sawit
aku terbayangkan video klip siti
mcm aku plak yang jd siti
warghhh
lagu ape tu,yang dalam hutan2 sikit tu
ntah..malas pk
(paja mesti tau)

antara misi aku blk
sebab kawan baek zaman main gali lubang cacing nak tunang
gadis ganier nak tunang
harusler aku terlibat
harus!harus!walau tersepit
harus!yakinkan diri


*inilah kawan aku yang sama2 mandi baruh dulu,besar2 sape sangka gini rupa?

pagi aku sampai rumah dia
dia sambut aku di muka pintu
ohh kawan aku
waktu itu pegun dengan sendiri
aku sendiri tidak sangka
dari berkudis buta
akhirnya menjadi tunangan org
ohhhhhh
tahniah my pren
sekor lg kawan aku nk menghilang

usai majlis,,hanya perut aktifkan diri
besh nasik minyak
xsempat nak risik siapa yang masak

malam itu
depan rumah aku
berlaku eksiden
kami memainkan peranan 1 keluarga sebab rumah plg hampir
aku dah lama tak goncang hati nafas laju berdebar takut
tgk eksiden
harap mangsa yang mungkin patah leher itu selamat

11/5/10

untuk dia

selamat hari lahir

sayang kamu...

11/1/10

HISSS dan aku dan dia dan hisss dan aku lagi

sekarang sudah november
cepat benar masa berlalu
tup tup dah nak hampir setahun
angka 25 ini juga akan lenyap
tanpa sebarang anjakan paradigma
yang aku yakini
belum.

kalau org kata
waktu terbaik untuk berfikir/mencari rezki adalah pagi
sebab pagi kita fresh
tp setahun ini
aku memang tidak dapat rasa saat itu
mana mungkin
pergi kerja pukul 11 atau 12
masa tu perut lapar sahaja berkuasa
lalu layan perut
dan mengantuk
dan datang opis
dan nah!hadap tenet
dan bergitulah sehari2
itu sebab aku xde anjakan paradigma

bila november
bila aku rasa nk merungut
bila hari ni aku semangat bangun awal pakai tshirt pegi opis konon mahu berpeluh mencari peluang
tp aku masih terkandas
dan aku lampias disini
yang akhirnya aku sedar

ohh..november,dan aku masih bergini

dan kononnya seperti hari aku berkesedaran yang lain
aku tulisla juge kononnya
aku telah kemaskan meja aku yang berserabut ini
dan bulan november ini
aku listkan harapan/kejayaan aku

1. aku free dari hutang kad kredit dan aku lupuskan kad kredit.aku bangga!
2. aku dah siap consult dan attend audit session dan dah tiba masa mahu siapkan invoice yang aku masih terpk caj yang sepatutnya aku kenakan.
3. kawan aku mahu bertunang (hajar dan dalila) dan aku sedang usaha mahu balik terengganu 2x dalam bulan ni.dengar cite jalan kemaman naik air..waduh!
4. dah tiba aku wujudkan kwsp dan socso untuk diri sendiri..ini sadis..kalau aku xbuat,memang xde sape mau tanyakan.huh.
5. aku mahu buat marketing dan mahir tentangnya.

dah lah tu..panjang2..nanti jd kisah dongeng pulak...


*cemar calendar aku betul ler

dan hari tu bukan main semangat lagi aku mahu tengok cerita HISSSSS..
semangat betul aku
dan ni 1st time aku tengok cerita tamil/hindi kat panggung
walau 99 minit tp rasa macam 3 jam
tgk preview crite,gambar bukan main lagi
tp cerita hampeh
seksi je lebih
xdela seksi sangat
seksi kuba lagi
yang sudi teman tu
terima kasih daun keladi

aku ralat bazirkan 99 minit tuk filem ni.
hampeh.

10/22/10

ceritera semut malas

sudah lama x cotcet disini..
semut mcm betul2 dah sesat..bleh gitu?
huhuhuhu.

menjalani kehidupan biasa
dipenuhi kasih sayang
hidup aman sejahtera
bunyinya mcm fairytale kan
tp xsegumbira itu
mungkin aku boleh katakan
aku cuba melancarkan segala
walau xseperti diharapkan
dan aku masih struggle
tp untuk waktu ini
aku menikmati hidup dengan baik

dan ini antara perkara aku boleh share kat sini

hampir seminggu juga,walau bukan berturut2,aku spend masa untuk audit.aku harapkan success..sebab aku letak effort disitu dan ada harapan org tersayang disitu.moge lancar,amin.


*aku curi pic dari fb zila

wedding kwn di tampin 10.10.10
aku and d geng sempat berkampung disana
membantu menghabiskan beras je
membisingkan keadaan
antara reunion kecilan juga



*calar nipis..

dan dibulatan pahang minggu ini
kereta aku sempat dicium bontot
ntah sape2 ntah dari mana2
walau aku sehabis sopan dijalanan
pon bukan penentu
keterjaminan tanpa kemek calar


sempat juga awal bulan ini aku panjat tangga uia
buat promotion untuk dobi
bwk sorang pekerja
turun naik tangga
tampal2
tp esoknya
teruk dia mc
semput,lenguh2,sengal2 badan
oh oh..org muda zaman sekrang


*leli yang semput2...jumpe dia kat mana2,say hihi ok..

dan semalam
sangat awal pergi airport
tp kereta pula yang prob
walau panas terik xmandi
tepi klia
tp hati gumbira..
di bwh pohon bamboo
muahaha

10/7/10

betapa kotornya air

salam sejahtera

saya merepek2 di facebook tp tentulah cerita lanjut di padang ini tempat sy luahkan.

ini penapis air warna asalan(tgk yg putih tu)


ini slepas setengah jam


di ofis saya ada 300 penapis air bio aura yang masih tersimpan rapi.asalnya ada 800 dan lebih dari separuh habis dijual.

saya serius tidak memandang berat pada stok2 ini kerana bidang sy lebih terfokus pada dobi.dan jangan fikir ini ruangan iklan,sebab sy mahu lebih fokus pada air kotor.

setelah berbulan2,akhirnya teringan hati mahu pasang 1 penapis yang ada,kat rumah.itu pun setelah bertangguh2..

sebelum ini,kat rumah saya sudah ada satu,brand elektrolux..(saya xmo cerita pasal brand ini,siapa yang tahu pasal elektrolux,mesti tahu kualitinya).sebab dah kotor sangat tahap xleh bukak,lalu niat mahu terus buang.dan sy pasang yang baru,ganti pada hari ini.

lepas siap pasang, kami biarkan air mengalir selama 1/2 jam melalui penapis air baru dan hasilnya,sangat teruk.hanyir dan yuksss!ini ke air yg sy minum hari2???saya mcm baru tersedar..

air sgt penting..kita masih lagi mampu bertolak ansur untuk air yang kotor?kesihatan kita,jagalah..

sy mahu sebarkan kempen 1 penapis air, 1 rumah..bolehkah??

wahai kawan2..belilah satu,xkiralah apa brand skali pun,air yang bersih bukan setakat xde kotor je,tp pastikan juga beralkali dan beroksigen.


p/s:yang sy punye ni,kalo berminat,bleh kontek saya.RM150.00 tiap2 bulan.