4/1/09

Pindah oh pindah

Hari pertama..

Bilik baru
Rumah baru
Suasana baru

Aku masih dalam mood mengemas dan menghias
Agak bz tapi suka! suka! suka!
Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Aku mamalia berjaya (ape kaitan??)

Tapi setiap benda
Ada baik ada buruk
Ada lebih ada kurang

Rumah itu tidak terkecuali...

Yang aku paham
Yang aku cuba paham
Bekalan airnya sudah dipotong
Sejak lama dahulu
Sekarang guna AIR CURI
Aku xtau sangat konsep itu

Cuma aku kekaguman
Sebab aku turut sama terlibat
Peserta terpilih
Bil air mahal sangat ke???

Kesannya
Macam pagi ini
Betapa siksanya bila nak guna air
Macam kambing berlari time hujan lebat
Berlari2 aku
Terkejar2 mencari air

Dan iron itu
Yup,iron Miss Faza dah makan baju aku
Dengan lahapnya
Tak dapat diselamatkan
Hangits satu rumah
Aromaterapi di pagi hari

Say gudbye to baju aku...
Sudah masuk dalam lipatan sejarah...

Air itu
Aku harap boleh settlekan minggu ini
Aku rakyat yang baik
Air curi???
Huh...mak bapak aku xajar mencuri..

3/31/09

Hindustan..dulu dan kini



Aku rasa
Aku bukan peminat tegar filem2 hindi
Masih di tahap normal...

Sesetengah org dgr lagu hindi or tamil je akan pening kepala, anti betul(kakak aku)
Sesetengah org xpenah habiskan filem hindi 3 jam, pastu sibuk tanya ending (mak aku)
Sesetengah org siap menari2 sambil tgk filem hindi, hero tambahan (ayah aku)
Sesetengah org "siapa Shah Rukh Khan??"..jakun babun (adik aku)

Dan aku...Ini storynya..

Hindi dulu2..

Kecik2 dah disogok dgn filem dan lagu hindi

-Awal 90an,Anil Kapoor, Sunjay Kapoor, Sunjay Dutt, Sunil Deol, Jackie Shroff glemer-teringat cerita RAJA dan Bekhudi time tu..Aku suke KAMAL SADANAH.huhuhu.

-Masa tu juga aku kenal artis2 era sebelomnya-Rishi Kapoor, Dimple Kapadia, Rajesh Khanna, Rekha, Hema Malini, Sharmila Tagore dan ramai lagi yang masih terpahat dalam otak aku-An evening in Paris camtu kot tajuknya,selain BOBBY yg ulangtayang 7-8 kali.

-Aku tgk byk kali cerita Love Story 1942-Anil Kapoor dan Manisha Koirala.

-Masa tu juga filem Hindi bersiaran di TV2-petang Jumaat dan TV3-petang Sabtu.

-Lewat 90an, aku rasa majoriti filem time tu aku khatam..antaranya Mann,Mohabbatein,Kuch2, Kaho na pyar hai,Dil to pagal hai,Josh, Kahin Pyar Na Ho Jaye, Raju Chacha, Pardes DLL.

-Muncul bintang2 baru seperti Hitrik Roshan yang popular dengan cerita ka ho na pyar hai, aku tengok Mission Kashmir yang cam hampeh.

-Aku rasa semua org kenal 4 KHAN time tu..Shah Rukh, Salman, Aamir, Saif Ali--sampai ke bilik air ada poster 4 khan (bkn aku)

-Sampai sekarang aku masih suka tgk Kajol, Manisha, Madhuri, Karisma dan Preity Zinta.

Lewat hari itu
Aku teringat seorang kawan yang tgh layan walkman sambil mengikuti bait2 lirik lagu hindi..Dia mmg xdengar sore dia tp ktorg kat sebelah dah pecah perut dgr sore pecah dan pitching out.Ngeri.LDP 99/00.(Ernny mesti tau siapa yang dimaksudkan)
Aku bukan mengumpat...huhuhu

Hindi kini...
Oi..citer ape yang besh skrang????
Hidup lagi ke hero2 dan heroin2 yang aku sebutkan di atas??

Yang pasti
Hero n heroin filem hindi kini makin seksi dan seksa
Heroin kini juga makin solid,dulu tembam2 sikit.huhuhu.Diaorg dah xmkn manisan agaknya...
Scene round2 + golek2 kat taman bunga sambil menyanyi dah makin kurang.India dah kekurangan taman bunga kotnyer...

Apa2 pun, mereka dah tawan OSCAR..xperlu nak kata apa2 lg..

P/s: HINDI, aku leh terima lagi, kalau TAMIL,mmg aku surrender..aku telan minyak angin gamaknya..

3/29/09

Pujian..melalaikan...

(Entry tiada kaitan dengan perasaan syok sendiri, perasan bagus or apa2 je term yang sama erti---KISAH BENAR SEMATA2)

Aku xrasa Si A (aku namakan dia Si A) akan membaca posting ini.

Just luahan rasa hati..
Aku dalam mood geram ni!!
Huh..

Perempuan (aku rasa majoriti) suka dgn pujian tp ada waktunya.Pujian kalau selalu boleh meloyakan usus..(ni pendapat aku dan aku tgh serius)

Aku bukan lawa sgt(isu subjektif ni)
DAN sangat rimas kalau dipuji2
Tp aku xrimas puji diri sendiri
Lain maksud tu

Tapi
Kalau pagi2 dah kena puji
Awal2,aku senyum2 lg
Setakat kata
"awk cantiklah pagi ni"
Aku just kata thanx jelah..
Takkan aku nk mengiyakan
Walau aku sedar mmg dia jujur time tu

Tapi bila dah selalu sgt
Penyakit loya aku dah datang

Kemuncaknya hari ni
Dengan mengekalkan kesopanan,
Dahi sedikit berkerut---tanda serius,
Aku ckp..

"xyahlah puji2 sgt, pujian kan boleh melalaikan, boleh jd riak, takbur---leh jd syirik..jenuh nak mengucap tiap kali kena puji"

Itu jer...
Lalu layakkah aku dilabelkan EGO???
Apa itu EGO?

Wahai perempuan diluar sana..
Korang ok ker kalau org puji setiap hari???
Salah ke kata2 aku?
Huh...atau aku yang terlebih emo?
Yang pasti.....Aku mmg nk muntah

Buat Si A

JANGAN PUJI AKU!!!
tak suke!!!
tak suke!!!

3/25/09

Hari mem'botox'kan diri

"Hello, Akak...Jgn xdatang lak."

Kali ni,aku xbleh berdalih lagi..
Banyak kali hantar reminder
Aku pun bkn kejam sgt untuk tolak undangan org
Susah jd org popular
Silap..yang sangat popular

Ironinya
Kitaorg terlepas acara penting bagi setiap majlis-ucapan PERASMIAN
Siapa nk dgr org2 kepala licin perut kedepan berucap??

Dahla dtg lambat,duduk plak kat meja utama
Spesis2 muka kulit tebal 5 inci

Saat2 akhir
Bila dah kenyang
Baru tertanya-tanya
Majlis apakah ini..
Ohh...


Muke makhluk kenyang, senyum ttp maintain..

3/23/09

Dadih wit bengang flavourzzzzzzzz

Hebat..
Aku ingat dia memain
Bila bikin dadih banyak2
Aku support juge walau xberapa ikhlas

Aku pun x kisah rumah tu nak bertukar jd kilang
Dengan bunyi ketang ketung tgh2 mlm
Aku dpt biasakan diri
No hal beb
Nyenyak juge tidur

Tapi bila KERANDA ini menyemakkan pandangan mata
MengSPOILkan ruang tamu
Aku dan mula cuak
Sabarku dah menipis
Agak2la
Ni rumah atau kedai?
Aku dah konpius....


Menakutkan bila KERANDA ini tanda kasih sang suami