5/30/14

FURBY BOOM

Assalammualaikum wbt

Dulu dulu pernah usik2 furby ni kat toys r us tapi setakat tengok je. tiada perasaan teruja nak sekarang juga!
sehingga setahun 2 berlalu dan ternampak furby lagi sekali..minggu lepas.
kali ni macam fikir "beli untuk anak!" keji betul alasan maka walau harga macam xde keje nak bazir beli menatang gini..aku akur pada nafsu sendiri

yang aku namakan DOO DOO..

semalam DOO DOO mati habis bateri.tengok darwisy memnggil2 si DOO DOO ni kesian juga.
aku malas nk putar2 skru tukar bateri tunggu bapak dia balik dari futsal suruh tukar tapi terus lupa.

Apa DOO DOO ni pandai buat?
menyanyi..kentut..kedip2 mata..menangis.marah.kalau tak de orang main dengan dia dia akan bosan dan tidur.dan dia memang banyak tidur..dengkur2.suka orang gosok2 belakang "give me more!give me more!..kalau dia nak tidor"im tired!kroooh kroooh"
boleh install software ke smartphone dan bagi dia makan,main,berak,mandi

aku xdelah layan sangat kehendak DOO DOO ni just bg Darwisy main je. sebelum sebelum ni beli kucing rm10 kat pasar malam xsampai 2 jam bawak balik dah rosak.kena hempap sekali dah kiookkk.
setakat ni selain kehabisan bateri aku tidak nampak lagi DOO DOO ni tenat. sedap hati sikit aku yang beranggapan kalau mahal mesti elok dan tahan lama.
lagi pun kalau beli kucing arnab hamster betul aku pulak xsanggup nk bela jaga.dengan taik,makan..blablabla..taik sendiri pun mujur basuh.

apa nak kata kalau dah suka.wahahaha


dan...aku beli bag kuda ni..aku suka je bag ini tapi dikala usia 29tahun ni aku rasa macam zaman aku dah berlalu. hahaha.tersadai je.


5/29/14

pencen...pandora

salam semua

Hari ni bercakap pasal pandora
gelang dah penuh
bermaksud aku dah nak pencen
dulu macam beli 2 3 ketul fikir cukuplah
pastu tambah lagi dan kata cukuplah
tambah lagi dan cukup
kali ni memang dah cukup
****cukup****
aku dah serik
musim bertukar musim
design bertukar design
dan aku penat nak mengejar
pak habib jugak yang makin kaya

kalau lebih duit sangat lepas ni aku beli emas je.




3/12/14

Gelang love gantung2...dan nostalgia cincin..

Assalammualaikum wbt

Gelang yg dah kemek2 ini krom pun dah pudar adalah pemberian arwah mama..15 tahun dahulu..aku satu dan suzi satu.gelang ni lah aku pakai time zaman belajar,time U time kerja.

Masih elok walaupun dah kemek dan pudar krom. beberapa kali juga time menganggur dlu keluar masuk pajak gadai time kesuntukan duit.

pernah fikir nak jual tapi bila fikir ini sentimental value sampai sekarang masih simpan.

Motif entry ini??sebab aku kehilangan cincin kahwin dan cincin set gelang.cicir entah ke mana. at least aku boleh kenang2 kalau tampal picture kat sini.

Banyak juga cincin2 aku x amik dari Ar rahnu. Sedih bila fikirkan..tapi gelang ini memang aku tuntut macam mana sekali pun.yang lain tu pon nostalgik juga sebab semua beli bersama mama.tapi apa daya..ada satu masa tu aku tidak bekerja dan kesuntukan wang.Dan memang ini fungsi emas pada aku..diguna bila perlu.

Sekarang pun cincin dah xbanyak yang tinggal dan tengah catch up balik. Hari ni cerita pasal cincin je.
Yang ni beli nk padankan dengan gelang kahwin sebab cincin utk gelang tu lesap.cincin ni bapak besar dan coraknya mcm logo genting highland.sampai sekarang aku tertanya2 kenapa aku beli yg ni.hodoh pula sesekali memandang.choi.

 Cincin berlian asli jelutah ini beli untuk gantikan cincin kahwin aku yang hilang.cincin kahwin tu berlian asli juga.berlian dan wanita ibarat kawan karib.kononnya.muahaha.rm2k lbh juga aku beli cincin ni dan kalau nk trade in huh huh lansung xde nilai.nak gadai pun xlaku.

Cincin ni time dating2 dlu dengan laki kononnya beli sebab kitog xbertunang so mcm cincin tunang gitu.kalau tanya laki aku mesti dia dah lupa pasal cincin ni..antara sebab aku xgadai2 cincin ni. sbb cincin tunang kot..konon..


Cincin ni arwah mama yang punya. Jarang le aku pakai cincin ni.mungkin sebab sayang kot..longgar sikit.


Cincin ni baru beli.used item.design lama.aim nak cari gelang untuk cincin ini.


Ni loket berlian asli...simpan je dlu.jarang pakai.aku sayang nak buat lasak.iltizam mahu cari rantai labuh untuk loket ini.azam 2014.rantai yang patut diganding dengan loket ni aku dah lesapkan kat pajak gadai..choiiii




Loket kunci tu kakak aku bagi sempena bday tahun bila aku dah lupa..xberat pun..xsampai 1 gram rasanya..subang paku tu arwah mama bagi..yang permata tu kakak aku xpakai sebab batang subang besar sakit telinga so aku rembat.









3/2/14

Bercuti tanpa anak

Assalammualaikum Wbt

Semalam berborak dengan suami mengenai isu ini
Agak sensitif bagi sesetengah orang.
Maaf kalau entry ini buat kamu-kamu terasa
Ini hanya pendapat peribadi semata-mata
Harap dimaafkan jika menyentuh hati mereka2 secara kasar

Berbalik pada isu ini..
Bila kita ada anak, dunia akan berubah
Kita akan penat..baik kita bekerja atau surirumah.akan penat.mesti penat
Dan akan ada waktu terfikir.."kalaulah ada suatu hari boleh spend masa untuk diri..masa privacy tanpa gangguan anak-anak..buat perkara yang kita suka,kalaulah..." dan tidak salah pun sebenarnya.

Cuma kalau kita letak situasi bagi perempuan bekerja macam saya,
Weekdays bekerja,hujung minggu je totally spend masa dengan anak..mandikan dia,bagi mkn bermain dan sebagainya..Hari dia dan saya. Dia mahu saya yang pakaikan baju untuk dia.saya sahaja yang boleh sentuh dia.mengada2 tak nak ayah dia uruskan.. tetiba pergi bercuti pula tanpa dia..saya tidak sanggup

Mungkin contoh lain.
suatu hari di hari bekerja dia memeluk orang lain yang disangkanya saya ketika di taman permainan. menangis2 bila itu bukan saya padahal saya hanya tinggalkan pergi bekerja.

Dulu saya terfikir mahu masa bersendiri sekali sekala..sekarang saya masih perlukan masa privasi..cuma maksudnya sudah berubah..masa privacy saya bermaksud "masa saya dan anak dan suami".

Kalau xmampu nak bawa bercuti,tunggu dia besar dlu sehingga keadaan mampu..saya tak rasa saya sanggup bergelak2 berseronok bercuti dan fikir ank saya dengan orang lain (sepanjang saya bercuti). Paling tidak saya akan malu pada orang yang jaga ank saya sepanjang ketiadaan saya.

Alahai.


Perubahan Harga Manjakani







Assalammualaikum wbt

Untuk Makluman Semua

Harga manjakani sudah berubah.Ada antara kamu yang hubungi mommy sudah dimaklumkan. Setelah 8 tahun ini kali pertama harga berubah.tapi khasiatnya cara buatnya masih sama. kasih sayang homemade:)

Ini adalah harga baru untuk produk produk mommy meletop



1. Serbuk manjakani RM35/50 gram

Sekarang sudah diletak dalam botol kaca gelap. berat bertambah dari 40gram menjadi 50gram.

2. Kapsul manjakani RM35/40 biji

Kapsul sekarang sudah berbotol putih dengan menggunakan saiz kapsul 0.kuantiti bertambah dari 30 biji menjadi 40 biji

3. Maajun manjakani RM35/50 gram

Maajun sekarang diletak dalam bekas comel berwarna putih.nak makan gentel je bulat2 kecil.

4. Bebola manjakani RM25/15 biji

Bebola tidak akan berubah harganya.masih sama.

5. Sabun manjakani RM35/90gram

Sabun pun tidak berubah harga dan berat masih sama


Manakala untuk postage pula adalah seperti berikut


semenanjung RM5

Sabah RM9
Sarawak RM8

Untuk pesanan boleh hubungi Mommy Meletop 0172390072