Gelang yg dah kemek2 ini krom pun dah pudar adalah pemberian arwah mama..15 tahun dahulu..aku satu dan suzi satu.gelang ni lah aku pakai time zaman belajar,time U time kerja.
Masih elok walaupun dah kemek dan pudar krom. beberapa kali juga time menganggur dlu keluar masuk pajak gadai time kesuntukan duit.
pernah fikir nak jual tapi bila fikir ini sentimental value sampai sekarang masih simpan.
Motif entry ini??sebab aku kehilangan cincin kahwin dan cincin set gelang.cicir entah ke mana. at least aku boleh kenang2 kalau tampal picture kat sini.
Banyak juga cincin2 aku x amik dari Ar rahnu. Sedih bila fikirkan..tapi gelang ini memang aku tuntut macam mana sekali pun.yang lain tu pon nostalgik juga sebab semua beli bersama mama.tapi apa daya..ada satu masa tu aku tidak bekerja dan kesuntukan wang.Dan memang ini fungsi emas pada aku..diguna bila perlu.
Sekarang pun cincin dah xbanyak yang tinggal dan tengah catch up balik. Hari ni cerita pasal cincin je.
Yang ni beli nk padankan dengan gelang kahwin sebab cincin utk gelang tu lesap.cincin ni bapak besar dan coraknya mcm logo genting highland.sampai sekarang aku tertanya2 kenapa aku beli yg ni.hodoh pula sesekali memandang.choi.
Cincin berlian asli jelutah ini beli untuk gantikan cincin kahwin aku yang hilang.cincin kahwin tu berlian asli juga.berlian dan wanita ibarat kawan karib.kononnya.muahaha.rm2k lbh juga aku beli cincin ni dan kalau nk trade in huh huh lansung xde nilai.nak gadai pun xlaku.
Cincin ni time dating2 dlu dengan laki kononnya beli sebab kitog xbertunang so mcm cincin tunang gitu.kalau tanya laki aku mesti dia dah lupa pasal cincin ni..antara sebab aku xgadai2 cincin ni. sbb cincin tunang kot..konon..
Cincin ni arwah mama yang punya. Jarang le aku pakai cincin ni.mungkin sebab sayang kot..longgar sikit.
Cincin ni baru beli.used item.design lama.aim nak cari gelang untuk cincin ini.
Ni loket berlian asli...simpan je dlu.jarang pakai.aku sayang nak buat lasak.iltizam mahu cari rantai labuh untuk loket ini.azam 2014.rantai yang patut diganding dengan loket ni aku dah lesapkan kat pajak gadai..choiiii
Loket kunci tu kakak aku bagi sempena bday tahun bila aku dah lupa..xberat pun..xsampai 1 gram rasanya..subang paku tu arwah mama bagi..yang permata tu kakak aku xpakai sebab batang subang besar sakit telinga so aku rembat.
boleh je minat apa2..asal jgn sampai terbeban..
ReplyDelete