12/30/13

pesta makanan 2013

Sudah berlabuh tirai belum agaknya..
antara milestone aku tahun ini(yang sempat snap)

sayur kacang panjang tempe dan telur bodo2 (edisi clearkan fridge)

labu lemak.selar goreng.kerabu rebung dan tidak dilupa adik tempe yang manis.

nasik goreng lembik.terung sambal.keropok ikan fofuler dari negeri I.. edisi clearkan fridge

sayur campak2.dan udang tomyam santan

tempe menyibuk.selar datang kembali.kangkung goreng.sutun xberapa sedap.kaler pelik.

bayam tumis air.tenggiri goreng pelik.udang tomyam

tempe lg .tenggiri sambal.bayam bilis dan udang goreng

ikan merah goreng dan sambal dan sayur campur

salmon steak

panggang ikan dan ayam berempah.budus dan sayur sawi air

kerapu bakar.lemak talapia.sambal kicap dan sawi goreng bodo.

Untuk Darwisy..kalau kamu lawat blog ibu nnti time dah reti bahasa...ibu kamu struggle masak walau xsedap tp suke hati bg kamu dan ayah mkn erk paksa mkn.hip hip hip...

12/26/13

Berakhirnya tahun 2013

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah..setahun berlalu lagi
dan aku penat mengulangi benda yang sama
bekerja.duit.bekerja.duit.familia.selit2.kerja.duit dan mati?
fikir pasal mati,serius aku belum bersedia
kalau tuhan tarik nyawa aku hari ni,aku tiada apa2 untuk dipersembahkan
rasa sangat papa di sisi tuhan

aku pun bukan baik sangat.solat banyaknya x awal waktu
mengaji pun kadang2
ilmu agama ceramah agama jarang diikuti
lalu teringat dalam 1 ceramah radio..manusia yang paling fakir di sisi tuhan ialah yang banyak melakukan amal tp pahalanya berkurang malah menjadi negatif kerana dosa2 seperti mengumpat dan sebagainya yang tidak disedari berlaku setiap hari...aku antaranya.insaf rasa..alahai tp mulut mcm tu juge

sepanjang 2013 mommy meletop semakin aktif.
manjakani semakin laris..alhamdulillah.
harga masih sama.kualiti sama.walau kos semua dah naik.aku xsampai hati nk naikkan harga.
bukan semua orang berduit..xpelah..aku xharap kaya dengan manjakani..asalnya pun untuk suka2 tambah duit xsangka jd serius.

darwisy pun dah makin besar
melihat dia besar aku rasa aku makin tua
darwisy byk matangkan aku
latih aku jd bersabar
dan kadang2 aku malu pada suami
dia sgt sabar layan karenah anak
mcm sangat paham perangai ank
selalu positif..xpernah aku tgk dia marah anak
atau tinggikan suara
walla

dan aku
tiada impian besar pun
hanya mahu ketenangan hidup
kalau tenang itu dpt dgn tidak kaya
aku xnak kaya
kalau tenang itu dpt dgn bukan kerja besar
xpe..aku kerja kecik pun xpe
asal aku tenang dengan keluarga kecilku
sekian




11/6/13

November 2013

Salam Semua
Apa khabar buat pembaca sekalian

banyak sekali benda berlaku.tambahan pula lama tak tulis apa2 sini

telefon hilang
Cerita mungkin dah basi. tapi sejak note 2 aku hilang kena seluk, aku jd malas dah nak update.nak beli henset baru pun,dalam hati nak yang canggih2 tetapi kalau hilang lagi,aku fobia.
mungkin wujud perasaan riak maka Allah menarik telefon itu dari aku.
dan
dan
bila bil telefon aku bulan oktober catat rm186 untuk sms sahaja, aku dah jd mcm langau murung nampak penyapu lidi
aku perlukan smartphone yang bergaya.  kalau aku beli phone bru pon mesti aku beli note2 juge.ntahlah..rasa mcm dah rasi.boleh gitu? beli phone ialah perkara dalam wishlist aku sekarang.

danial meninggal
Anak saudara aku meninggal.dilanggar lori
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dijemputajal/Article
sehari sebelum raya haji
aku tiada mood nak ulas pasal ini.
jenazah ditanam hampir dengan arwah mama
rasanya penghuni tanah kubur itu dah ramai yang aku kenal
tanda usia aku pun menginjak ke tua
pergi secara drastik begitu buat aku terfikir
pagi sihat sejahtera, petang belum tentu
Arwah masih kecil, syurga menantinya..


manjakani mekah
macam biasa, siapa nk order boleh msg 0172390072 untuk info lanjut.







9/24/13

manjakani asli dan mommy meletop



Salam semua
dah lama x post apa2.
dah xberapa aktif berblog
mungkin aku kena akui
musim berblog dah berlalu
rasa tua semacam
hidup sangat linear
bosan kekadang
aku masih kerja makan gaji
buat kira2
opis santai giler kot
pemikiran kritis aku beku
linear

pernah dengar kayu reput?
old blood?
ya, bagi mereka yang dah tua
masih pegang tampuk jawatan tinggi
akan dipaksa halus suruh berhenti
.mungkin benar
jika kamu mahu yang tua2 berhenti
suruh gabenor bank tu pencen dlu
....itulah kata2 kaki pencen awal Bank Negara
*****************************************************
Aku suka MOMMY MELETOP
entahlah..masa awal2 berniaga jamu
aku mahu menjadi seorang yang punya anak
rumah tangga perfect dan lancar
bebas bergaya,berfesyen,rigid and concrete
ada matlamat hidup, determined
dan semua tu aku gambarkan MOMMY MELETOP

dari titik itu, ia terus mengorak langkah
ini business homemade
bukan production kilang
kadang2 orang tanya mana KKM,mana lesen halal
Kamu kena ada beribu untuk dapatkan lesen itu
Ada yang cakap"murah je lah"
Tapi setiap produk tidak sama procedurenya
Dan aku tidak bersedia lagi..serius
Ya, sudah memohon
semua sudah selesai
last step ialah pemilihan nama
dan aku stuck,kami stuck
MOMMY meletop tidak diterima
Manjakani Mekah tidak diterima
Aku tidak mahu nama lain
mommy meletop dah 7-8 tahun wujud
Pilih nama ni macam pilih nama ank juga
Nama represent the product
dan harapan aku
Aku bukan ahli ekonomi
Bukan juga Finance
Untuk tahu pasal margin dan market
Guide dari Allah aku harapkan
Dan pengguna yang pulih lepas amal dan mendoakan bisnes ini
terima kasih kalian
Suami aku kata aku ortodok
bila tidak sebarkan testimonial
Ya, cerita dalam kain aku simpan senyap
setiap perempuan unik
masalah mungkin sama, penyelesaian xsemestinya sama
tapi manjakani adalah antara penawar, keberkesanannya diakui
dan Mommy Meletop offer yang asli, ori tanpa campuran
Dan aku harap keikhlasan aku menjual orang dapat rasa
Ada yang merintih makan jamu lain mmg cepat berkesan rupanya ada dadah dalam tu
dan sedang merana dengannya
Ngeri kan?

Dengan level homemade
aku agak puas hati
ramuan dan kualiti masih sama
sama macam 1st customer yang beli
produk masih sama yang kami adik beradik guna
masih sama macam keluarga perempuan kami amalkan
dan ramai yang gunanya dan praktikkannya
aku dan kamu kena akui
manjakani asli memang berkesan
kamu adunlah jadi kapsul atau sabun
Atau buat air rebusan,atau bertangas dengannya
atau makan atau apa saja
Yang kamu selesa dengannya
khasiat kamu akan dapat
jika kamu guna yang asli
Guna jangan lebih sempadan
Ada yang tanya xbahaya ke?xde side effect ke?
Manjakani adalah antara herba tradisioanal
guna mesti ikut aturan
Dan kamu akan berada di landasannya


Moga kita semua dapat kebaikannya

hubungi Rina  017 239 0072 untuk dapatkan manjakani mekah

ada

kapsul 40 biji
serbuk 50gram
sabun 90g
maajun 50g

RM35 sebotol

dan bebola rm25/15biji


postage rm5/rm10






8/18/13

hari raya

saya dan darwisy 
Assalammualaikum wbt
Lama tidak bersoksek di blog ini.
Saya tgk hitting untuk post manjakani sangat tinggi dan patutnya boleh ambil advantage untuk letak nuffnang iklan sana sini bagai. tapi saya tidak mahu mengkomplikasikan blog ini sehingga saya yang xberapa celik IT ini merangkak-rangkak kemudian hari.hahahaha..bersaya-saya bagai.sempena hari raya,kans.

Alhamdulillah last saya timbang berat (biasanya bila check up darwisy kat klinik,saya tumpang timbang) berat 59 kg dan seminggu sbelum raya 53kg.tentulah saya senang hati lompat tinggi-tinggi dan sehingga ke waktu menulis ini,dengan yakin berat saya macam dah jadi 60kg.jeans rasa macam dah mengetat dan itulah the best way saya nilai berat badan - dengan ukur jeans!

serius pelbagai produk pemutih dan kurang berat berlambak di pasaran dengan testimoni yang memukau.kalau saya buka fb rasanya wall penuh dengan iklan2 ini. entah kenapa rasa tidak teruja,kulit saya masih hitam manis tidak mahu melepak2 gebu kerana saya senang dengan warna kulit sekarang.bedak pun saya pakai pixy itupun kakak yang bagi tlebih beli maka diberi pada saya.huahuahua.asalkan bahagia.

berlalu sekali lagi hari raya tanpa mama..perasaan sedih itu saya tidak harap bawak ke tua tp itulah yang saya rasa. ibu itu raya ke dua sudah sibuk puasa enam, bulan puasa time sahur akan telefon anak2 yang jauh kejut sahur,malam raya sibuk kemas rumah masak bagai.lepas dia tiada,tugas itu tiada terbawa oleh sesiapa.Suzi pun tempah je dengan mak mentuanya tapai,rendang,nasi minyak,dan satay.cukuplah untuk sambutan raya tanpa ibu disisi. dan saya masih ke kuburnya pagi raya dengan suzi dan fariq.sebak.xmampu saya baca yasin tepi kuburnya.dia tidak sempat jumpa darwisy ank yang keletah itu.kesian darwisy tidak sempat kenal mama-kesayangan saya.

saya rindu dia.
kepada pembaca blog ini,saya amat berterima kasih kalau kalian mensedekahkan alfatihah buat arwah.
dia insan terhebat buat saya sebagai ank.
Habesah Mohd Hasan


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Sepanjang bulan ini sibuk dengan kenduri kendara dan open house.terima kasih atas ajakan:)


8/1/13

darwisy dan raya

Salam semua
Rasa macam dah lupa setahun 4 bulan lepas aku start ada anak
Semua kejanggalan itu berlalu dengan masa
Paling sukar sebab apa yang aku lalui tanpa mama di sisi
Aku curi sikap cekalnya,tabahnya dan aku jadikan benchmark
dalam membesarkan anak
walau baru setahun jagung
Aku yang xpernah suka budak
boleh melakukannya ...rasa sangat bersyukur(sambil lap hingus)
the best part I'm a proud breastfeeding mom(mama mesti kagum)
tiada ilmu sangat.tapi ada azam.harap sampai genap 2 tahun dengan izin Allah.
 
Darwisy lambat start jalan.lepas umur 1tahun 3bulan baru pandai.itupun huyung haying.tapi kami lakibini suka hati sangat.keletahnya,gelagatnya,bising murainya.harap dia membesar menjadi ank yang sihat ceria beriman.terima kasih ya Allah untuk anugerah terindah.
 
 
 
 

Darwisy umur 2 hari


2 - 3 bulan kemudian..time ni kamu sangat semangat

 
miss u sayang


7/22/13

tgh pk tajuk sesuai..to be continued

 
 
 
Sister, ank buah dan little darwisy..
Darwisy sedang usaha berdiri..dengan gigih:)

Mengamuk kerap sekarang

6/16/13

manjakani asli mekah






Assalammualaikum wbt..
apa khabar semua

Maajun in the house.
Ye kawan2..boleh jadikan maajun manjakani ini sebagai amalan harian.selain manjakani sebagai ramuan asas,turut mempunyai minyak herbatussauda dan madu.
khasiatnya adalah untuk kecergasan badan,menghilangkan bau badan,kulit cantik,ketatkan faraj,elak keputihan. badan akan terasa ringan jika mengamalkannya. yang penting tiada campuran kimia. dan home made.

harga RM35 untuk sebekas.ngam2 untuk sebulan.tapi boleh juga kalau mahu makan 2 biji satu hari.

berminat? hubungi Rina 0172390072 untuk info lanjut.

caj pos RM5.00/rm10.00


turut berminat dengan produk manjakani yang lain?
lawati http://blogmommymeletop.blogspot.com/

5/30/13

serbuk tulen manjakani sshhh..!!rahsia kita

(kepada yang berminat boleh hubungi saya (rina 0172390072)
atau layari http://blogmommymeletop.blogspot.com/ untuk info lanjut

Kembali kepada rahsia alam
-setiap penyakit ada ubatnya,ada penawarnya kecuali mati-







jeng jeng jeng
seperti yang kita ketahui,manjakani dan wanita sangat berkaitrapat
wujudnya buah ciptaan Allah ini,khasnya untuk wanita
dengan pelbagai khasiat dan kebaikan

sebab itu saya try walau pada awal teragak-agak sebab takut juga mahu try benda2 camni
dan walau dah miliki serbuk ini hampir 3 minggu,baru tergerak hati mahu membuat sedikit review ini..itupun setelah saya yakin memang berkesan
yang penting, banyak masalah yang dihadapi kebanyakan wanita selesai termasuk orang macam saya ;)

buah manjakani yang berpuru ini telah dikisar halus tanpa bahan awet atau tambahan lain
ia tulen dan 100% dari buah manjakani mekah
xrugi membazirkan RM35.00 untuk produk ajaib ini

saya yakin anda xkan dapat yang serupa dengannya di pasaran
produk ini bukan saja sesuai untuk yang dah kahwin tapi anak dara sunti pun sesuai kerana ia mampu menghilangkan keputihan dan bau faraj

sangat elok digunakan selepas bersalin untuk mempercepatkan pemulihan luka dan sesuai untuk yang sedang haid kerana ia berfungsi sebagai agen pembersih faraj.

apakah kebaikan serbuk manjakani ini?

1. untuk mengurangkan dan menghilangkan keputihan..percayalah..inilah ubat yang paling berkesan .
2. menghilangkan bau kurang menyenangkan pada alatsulit perempuan
3. mengurangkan hitam-hitam di pelipat2 betis,peha dan lengan(sebagai lulur)
4. untuk mengetatkan otot faraj dan menganjalkan payudara
5. percaya x,ia mampu mengecutkan jerawat yang baru nak naik?try le

memandangkan ia didatangkan dengan bentuk serbuk,cara penggunaannya adalah mengikut kekreativiti kita

dan kalau ada yang merasakan leceh mahu guna dalam bentuk serbuk,manjakani mekah ini turut ada dalam bentuk kapsul (40 biji) atau sabun seberat +-90gram.

boleh dijadikan air basuhan faraj,masker untuk ditampalkan di muka (lelaki yang pori2 kulit jelas kelihatan pun boleh guna untuk kecilkan pori2 kulit terbuka), boleh dicampur dengan air minuman atau dijadikan air rebusan dan minum, air basuhan untuk baby yang penyakit kuning dan banyak lagi manfaat kegunaan.


sebelum ini,soksek soksek perempuan2 kehormat,kumpul2 cerita , saya telah dapat info ini yang telah menyebabkan saya terbuka hati mahu mengamalkan serbuk manjakani.

1. kakak ipar kakak saya umur 50++,katanya ada kenalan dia yang sampai sekarang guna manjakani tp dalam bentuk buah,diasahkan ke pasu lalu dilumur ke faraj..pedih azab rasanya tapi hasilnya,’barang dia’ macam orang muda.
2. kakak saya gedik2 jerawat batu sesat tumbuh di muka kala bangun pagi.sejak dia ada serbuk manjakani ni,ditampalnya ke tempat jerawat batu macam ala2 bedak sejuk,hasilnya,jerawat yang baru merah nak mengembang itu menggelupas dan kecut keesokkannya.
3. Seorang kawan,anaknya kena demam kuning tergerakhati mencampurkan serbuk manjakani dalam air mandian babynya setelah disyorkan oleh emak beliau,baby beransur pulih.

tambah nota tengah:)

bebola sakti?bebola asmara?RM25 untuk 1 paket(15 biji)
cara guna: masukkan ke dalam rongga faraj dan biarkan ia berkecai sendiri.
aturcara: 2-3 kali seminggu..awal penggunaan akan keluarkan lendir2 lama..lendir2 inilah yang buat faaj gatal tau.

nota tambahan lagi:

maajun manjakani in d house..RM35 sebekas.dibuat dari serbuk manjakani dan herbatussauda.boleh amalkan setiap hari.

Kalau berminat untuk mendapatkan serbuk manjakani ini,dapatkan segera dari saya 0172390072  rina

order masuk baru akan proses.maksudnya tiada lambakan stok

sabun rm35,
kapsul rm35,
serbuk rm35,
 bebola sakti(hihihi) rm25 utk 15 biji
maajun rm35

 + RM5/RM10 untuk poslaju. terimakasih

pemborong dialu-alukan dan dapat harga yang besh.


barakallah..sesiapa beli rm100 ke atas, ada freegift tau ..freegift ni akan sentiasa berubah2..mungkin nonwoven bag, sabun trial manjakani..tengok kerajinan dan kemurahan hati.tp insyaallah ada selalu freegift ni.

terima kasih semua

serbuk manjakani mekah asli





Assalammualaikum.
Apa khabar
Moga dalam keadaan sihat sejahtera

Aku dah lama xberceloteh di sini
Bolehlah anggap pic manjakani serbuk di atas walau sangatlah annoying, aku tetap nak tampal juga(ape aku pedulik) hahahaha.sambil2 beriklan.samalah macam makan sambil jalan..manusia tamak macam aku haruslah buat kerja banyak dalam satu masa..kalau tak orang xtahu aku tamak.

Sejak 2 minggu lepas, aku dan laki telah berjaya mendapatkan telefon baru,masih berusaha menggodeh henfon..blackberry 8520 yang aku banggakan pun dah campak tepi,lagi pun dah uzur benar henpon tu, nak trade in pun xsampai hati..aku rasa kalau jual rm20 belum tentu orang nak beli.butang dah byk tercabut..argghhh..mmg guna hingga ke akhir hayat lah...

so,sesiapa yang rajin nak ber chat degan aku..aku guna wasap dan wechat..bolehlah add 0172390072..pengguna manjakani pun..ada apa2 nak tanya pasal produk dialu-alukan..kekadang aku lambat reply...maklumlah orang ada anak kecik ni...ada peak2 hour bagi budak memang akan buat aku bz contohnya bagi dia tido.mana mungkin time tu aku nak bergayut.so, harap faham..tinggalkan msg dan aku akan jejak balik korang.

Untuk pengetahuan semua..
aku serius nak cakap

jadikanlah makanan sunnah sebagai amalan..hari ini terlalu banyak penyakit pelik2, produk di pasaran pun banyak..kosmestik atau ubatan,atas kita untuk memilih. jangan lupa, orang yang menjual paling busuk pun akan fikir profit ..yang lebih kritikal jika otak fikir pasal duit je..yang jenis money oriented..mana fikir produk elok atau x,janji fulus masuk. mesti hati2...even aku sekarang sehabis daya nak masak kat rumah..bukan aku boikot kedai makan tapi bila fikir MSG,lauk yang dipanaskan berhari2,buat aku skeptikal..tengok pula tukang masak xbertudung..sedikit sebanyak akan mempengaruhi hati kita...

ATURCARA PENGGUNAAN MANJAKANI ASLI

dan aku percaya, pengguna manjakani mekah sangat bijak untuk menentukannya..sebagaimana yang diwar war kan..itulah dia..serbuk manjakani tulen/asli..maka aslilah ia,hanya buah sahaja yang dikisar..ada bertanya ada kesan x kalau makan ni?

kesan mesti ada...semua benda yang pada asalnya elok akan berubah menjadi x elok kalau salah guna.ikutlah aturcara makan ditetapkan..tiada manusia yang makan manjakani macam makan nasik.korang jangan cari pasal sudeh.

masa period jangan makan..ganggu kitaran haid.guna secara luaran yakni jadikan air basuhan dibolehkan.bebola pun jangan guna time period..korang tengah bleeding xkan nak sumbat bebola dalam faraj.

FUNGSI MANJAKANI
secara detail boleh google

manjakani sangat elok untuk merawat keputihan,mengecutkan peranakan selepas bersalin, menghilangkan bau faraj,mempercepatkan pemulihan luka bersalin,mengetatkan faraj, membuang sisa2 lendir2 lama yang ada dalam faraj.
dan memang diperakui turun temurun..ada customer yang keguguran xmakan apa2 ubat doktor, hanya guna manjakani..dan kembali pulih dengan cepat.

SERBUK ASLI MANJAKANI MEKAH
syhhh rahsia kita
Ialah untuk mereka yang ingin pulihkan hubungan suami isteri yang dingin. suprisekan laki memasing dengan keupayaan korang.semua penyakit ada ubat. ramai antara kita yang risau suami dah bosan bial servis menurun. xrugi membazirkan rm40 untuk serbuk manjakani.

Pun boleh buat hadiah perkahwinan untuk sahabat handai..atau bagi kat mak..tiada masalah

YANG MANA PALING BERKESAN
untuk waktu ini ada 5 jenis

serbuk rm35/50gram
kapsul rm35/40biji
bebola rm25/15biji
sabun rm35/sebuku
maajun rm35/50g

detail produk boleh tgk dari website http://blogmommymeletop.blogspot.com/

boleh hubungi     RINA 0172390072

semua fungsi sama sahaja..ikut keselesaan kamu.kalau yang xfobia insert2, boleh masukkan bebola ke faraj..itu paling cepat berkesan..serbuk pun ok sebab banyak kegunaan. sabun untuk anak dara yang nak rawat keputihan atau sape2 yang jadikan feminin wash pun boleh,maajun boleh mkn setiap hari buat amalan..dibuat dari manjakani dan herbatussauda.kapsul pun ok instead of serbuk..tapi makan je lah boleh dengan kapsul ni,cara lain mana mungkin unless kamu pecahkan kapsul.

semua bentuk produk ialah dari serbuk tulen tiada campuran kimia,homemade,clean guaranteed.halal pun guaranteed.
 cuma mustahillah sabun tu dibuat dari serbuk semata..tapi tiada kimia hokey.

kos agak mahal sebab hanya guna extrak..contohnya herbatussauda,olive oil,kelapa dara. tapi harga ditawarkan adalah berpatutan. kamu akan dapat rasa effort pembuatnya bila menggunakannya.




BRANDING
serbuk manjakani syhhh rahsia kita akan mengorak satu langkah ke depan..dalam proses KKM dan sijil halal. xkan nak menjual underground sampai bila2..so,satu nama kena reserve sebab Manjakani Mekah mungkin tidak dibenarkan takut konpiuskan pengguna..Manjakani Mekah sebenarnya dinamakan sedemikian kerana buah tersebut asalan dari timur tengah bukannya maksud buah yang islamic/dibaca ayat quran atau sebagai pelaris.argghhhh..susah nak mencari nama..

kalau korang ada idea yang munasabah,bagitau aku..dapat imbuhan kalau nama itu dipilih.

terima kasih


majulah wanita untuk suami



4/22/13

kerja baru,kerja lama...

salam semua..lama xmengomel di sini
apa khabar?

entah dari mana mahu cerita..tapi aku baru berenti kerja dari company india itu.india muslim.ada baik ada buruk tapi banyak yang aku belajar. syarikat ini bos memang india tulen datang dari india.tidak berbahasa melayu,memang 100% aku speaking je time kerja.awal2 keras lidah juga tapi selepas 3 bulan,bahasa inggeris menjadi semakin bagus.ehem ehem.syarikat ini memang sibuk..dengan stok,supplier pon dari oversea je, ada banyak bank account(hampir setiap hari aku kena spend masa untuk buat budget dan cek bank balance.bank recon tu makanan harian dah jadi..dulu aku paling malas nak recon.,tapi tidak lagi kini.selepas 3 bulan,sampai masa untuk confirm sebagai staff,aku tarik diri.penat weh..even sabtu aku kena kerja,handle 3-4 company.majikan baik,even india,tapi aku puji majikan aku cuma work load terlalu banyak buat aku..susah nk bergossip.

senyap2,aku mintak kerja lain dan alhamdulillah dapat. ini adalah hari ke-2 untuk aku di opis baru.agak relax.ada bilik sendiri.gaji agak rendah untuk aku tp kerja 5hari seminggu,x ada kena stayback oklah kan.

tapi aku ada juga pergi exam PTD.kalau dapat,baguslah.kalau x,aku stay sini je. dulu mama bising sebab aku xnak masuk gomen walau time tu rezeki sudah depan mata.kini,aku pula terhegeh2.alahai.

darwisy makin besar,kekadang bila tengok dia main sorang2,selerakkan krim roti,aku macam rasa ohh..dah ada anak..macam xpercaya..dan dia makin membesar.

tahun ini harap hidup semakin stable.selebihnya aku serah pada tuhan.kalau buat wishlist,banyak sangat nk list.tapi bertuahnya hidup ini,adanya suami dan anak,yang lain menjadi mudah dengan pertolongan tuhan.

harap dimakbulkan segalanya dan terima kasih pinjamkan nyawa ini untuk aku rasai hidup di dunia ini,syukur Ya Rabbi.

http://blogmommymeletop.blogspot.com/
kepada sesiapa nka membeli manjakani mekah,boleh gerakkan cursor ke link di atas.aku dah update blog manjakani. seee..santai kan kerja aku.


4/1/13

tips interview

Assalammualaikum wbt..


lama tidak berceloteh..
banyak nak diwar war kan sebenarnya
dunia manjakani, hidup sehari-hari dengan anak laki,
dunia kerja yang tiada ending
blablabla

aku ambil sisi penting kali ini
share ilmu yang ada sebelum aku lupa


2-3 minggu ini aku cari kerja
yang lebih selesa dan yang aku nak
ok..yang aku nak sbb aku yang menentukan hidup aku
kalau aku takut nk resign cari kerja lain
sampai bila2 aku tak kan berani cari dan mendapat kerja
alhamdulillah dapat
rezeki tuhan..tutup cerita

apa yang nak aku cerita ialah pasal interview
aku interview orang dan orang interview aku
satu kesilapan bodoh aku buat ialah menggunakan no telefon yang sama
sangat susah nk switch otak aku bila orang call
tanya kerja,jemput aku interview atau customer nak beli manjakani
ok..aku tidak mahu cerita kebodohan aku
berbalik pada interview

kepada sesiapa yang upload resume kat jobstreet
pls pls pls
bila mintak kerja,pastikan semua updated
no telefon biarlah kat atas sekali
baris kedua selepas nama
kemudian email
kamu akan memudahkan majikan
dan..gambar ukuran pasport tu sangat penting ok
sila upload
persaingan kamu sangat tinggi
tolonglah kalau apply kerja
pastikan alert dengan telefon
selalu aku call utk interview,xberjawab
tak nak kerja,jangan apply dear

dan yang hantar resume ke email majikan
better guna tulisan besar
jawatan untuk dipohon besar2
senang nampak

nak best lagi,call syarikat dan tanya
ada kerja kosong ke?ada dpt x email sy?
nampak kamu bersungguh2

dan lagi penting
jangan postponed2 date interview
tolonglah luangkan waktu
usaha sikit cari map sendiri
study sikit company sebelum datang interbiu
tunjukkan anda berminat


aku rasa moral pemohon kerja muda sekarang makin berkurang
agak rude
mana hilang sikap professionalisme?sekolah xajar ke?


sekian.


sape nak beli manjakani hubungi rina 0172390072..aku harap pertengahan april aku boleh spend masa heboh manjakani..sekarang aku mintak masa 48 jam sehari.mana mungkin kan...


2/24/13

1st timer..

Assalammualaikum wbt...

apa khabar semua..
week end baru2 ini, Kumpulan BTC Berhad ada buat annual dinner di KK..Sutera Harbour  Resort..kami di KL dijemput pergi.aku suka je pergi berpoya2 makan2 dan untuk mendalami kawan2 opis ni..lagi pun kami selalunya serious giler bekerja,dan tiada kesempatan bergila2..mcm opis orang lain.sadis.

maka ada benda yang berjaya direkod dikala usia aku 28 tahun.

1) 1st time naik flight
Giler jakun ulu darat dalam tanah...ye,ini 1st time aku naik flight.Apa?ada aku kesah kalaupun aku tak pernah naik flight? walau rekod aku banyak hantar org ke airport,xpernah teruja aku nak book flight even balik trg..aku hanya pemandu kereta dan motosikal tanpa lesen.pasport pon rasanya dah expired. apa aku simpulkan,biasa je lah naik flight.yg lebihnya,ada pemuda2 ganteng layan makan minum dalam flight..yg tu aku suke..love pramugara..hakhakhak gediks

2) 1st time tinggal darwisy
Ye, ini xbesh betul...aku setiap saat ingatkan ank..mmg x enjoy 100%..tp dapat suami best yang boleh handle ank 9bln sorang2 2 hari aku mmg yakin lenkali boleh tinggal lagi.hakhakhak..aku boleh bawa darwisy naik flight tp confirm hilang keseronokan terus..mana sempat nak melayan ank dan bagai2 lagi.


ye ank2 dan cucu2 yang jika korang jumpa entry ini 20 tahun kemudian kalau blog ini masih wujud,
bolehlah berbangga dengan emak/nenek kamu ni lepas umur 28tahun baru naik flight.

dan rezeki datang berterusan..henset aku bz dengan manjakani sahaja.

kepada yang baca blog ini dan telah order 20-50 botol tu,insyaallah semua akan dihantar hari ini.
anda automatik layak jd pengedar dan dapat harga best.

memandangkan bisnes manjakani ini ialah silent income aku,dan aku masih dan perlu bekerja seperti orang lain peruntukkan office hour 9-10 jam sehari,buat freelance account 2 jam sehari, dan proses manjakani dan order,kekadang fikir 24 jam tidak cukup untuk aku yang tamak ini..manakan nak layan ank laki lagi..tapi rezki tidak harus ditolak..dan percayalah keberkatan itu perlu ada dan aku berusaha jaganya sebaik mungkin.apa aku buat/jual aku harap mendapat berkat dariNya..untuk customer semua, aku perlukan seminggu untuk uruskan order dan sampai ke tangan korang.kekadang lepas opis hour baru boleh ke pos,kekadang pej pos dah tutup,tp aku akan usaha secepat yang aku mampu.boleh hubungi aku kalau brg xsampai,servis xpuas hati atau apa2 sahaja.tp tolonglah


jangan anggap aku bidan / doktor.aku hanya lulusan uitm,x-mrsm.xpernah ada lesen doktor,ada rekod amik master separuh jalan..so,aku tidak akan jawab kalau melibatkan rahim/sakit kewanitaan.itu kena refer mereka yang pakar.tips2 boleh diberi berdasarkan experiences org lain tp setiap org xsama kan?kalau nak tahu dah ketat ke belum pon tanya aku,itu diluar kuasa aku le..fikirlah dulu sebelum bertanya.cara nak amalkan,berapa lama akan berkesan itu insyaallah aku boleh jawab berdasarkan pengalaman..

adios


so..kepada sesiapa yang nak dapatkan serbuk/kapsul/sabun/bebola manjakani boleh hubungi aku..0172390072..semua akan dilayan..insyaallah.

2/20/13

darwisy my oh my darwisy









dia tidak ikut muka aku yang lawa,sebaliknya ikut muka laki yang tak berapa nak hensem

1/14/13

Azam 2013

salam semua
lambat sikit azam datang
sentiasa azam itu ada
xsemestinya tahun baru
cuma mungkin kali ini lebih spesifik
bila tapak sudah agak kuat sedikit berbanding sebelum ni

sekarang aku sudah bekerja
bidang masih akaun
syarikat kecil sahaja
so,kerja memang banyak
kerja di syarikat india
memerlukan aku speaking sepanjang masa
bos kurang fasih berbahasa
takpe..aku telan juge
walau kekadang rasa macam mahu memberontak
aku ada di tanah sendiri,tp guna bahasa penjajah

waktu kerja hmm
bukan apa yang aku nak
aku kerja 6hari seminggu..sabtu sparuh hari
xbesh ok
dan kalau aku dapat kerja lain,aku mungkin akan consider

waktu kerja sangat strict
xboleh guna handpon
so mmg kalau ada org nak beli manjakani akan terpaksa menunggu untuk aku balas
harap diorg paham
kerja dan buat manjakani agak penat
tapi aku hepi
dan masa yang suntuk itu akan tambah lg
squid mira nak bersalin dah
entahlah aku mampu ke tak
bukannya aku tamak nk bolot semua
tp squid sangat ..hmmm ada sentimental value
aku akan tolong squid selagi termampu
1st job aku di sana

oklah..
sambung kerja
sesiapa yang nak order manjakani boleh hello2 aku
017239 0072
atau boleh layari website mommymeletop untuk keterangan lanjut