12/25/10

pulang ke kg

24.12.2010
Balik kampung
Kerusi malas ini
masih ditempat itu
yang pernah menjadi kesukaannya
duduk sambil mkn biskut
hmmm


Aku beli telur penyu
Sebab sekarang musim hujan
sangat susah mau dpt bekalannya
telur penyu trg mmg agak mahal
dulu2,papa kata RM1 boleh dpt 4-5 bijik
sekarang RM50 tuk 10 bijik
apekan daya
sebab selera,sbb suka
aku turutkan juga
beli 2bungkus
dan tertinggal di rumah
hajat xsampai

aku naik bas pulang ke kl dgn tek
bas sani,tingkat atas,2 dari belakang
seris aku gayat
aircond sejuk,aku dah agak
dan aku bwk selimut
tek plak conquer selimut
haishhh

pulang kg kali ini
aku rasa mcm zaman asrama
sangat liat mau pulang kl
hati berat,ntah napa
papa sunyi,suzi sunyi dan fariq juga
kami cuba cipta hari2 indah tanpa mama
dan kami masih berusaha
usaha!!!

12/16/10

wishlist

Entry tidak bergerak

hrp apa yang aku rancang berjalan dgn lancar
hrp dugaan yang mendatang aku mampu handle
harap Allah berikan aku kelapangan hati
juga kesabaran
harap aku dimurah rezeki

dan ini juga harapan aku
buat insan yg membaca ini

-amin-
untuk kita semua:)

12/6/10

MAMA

Aku panjangkan entry ini untuk arwah mama
Xkan ada sambungan dah
********************
Mama
Pergi terlalu pantas
Tak pernah terlintas secepat ini
Hari ini dia rebah
tidak sedarkan diri
dan esoknya pergi xpulang
Tiada tanda sakit
Ya
Dia tinggalkan tanda 'pelik' buat kawan2nya
Jiran2
Tapi tidak pada kami
Anak2 dan papa

Aku sedih
tapi papa lagi sedih
isteri yang dikahwini 35thn
pergi selamanya
tapi papa kuat
ya,aku curi semangat itu
walau xbanyak

hilangnya seorang ibu sangat terasa
rumah sunyi
walau baunya masih dimana2
pakaiannya stokinnya
kekadang aku bangun pagi
dan berharap dgr bebelannya sbb lambat bgn
tapi hanya teriakkan ayam burung
pecah kesunyian

Tak mahu rumah ini basi
kami cuba mengekalkan semuanya
pada kedudukannya
biarlah sepertimana yg ditinggalkannya
Rumah ini besar bg kami
besar dan penuh kenangan
barang mama dimana2
biarlah disitu
untuk kami lepaskan rindu

Perginya mama
aku xkan dapat pengganti
tak akan
sampai mati
mama tidak pernah pilih kasih anak2nya
yang corot akan dipantau
dibaja
yang pandai akan dibimbing
Semua sama rata

Tatkala aku mandikan jenazah mama
aku tatap tangan yang pernah dodoi aku
Tatap muka yang pernah aku cium
aku lihat tubuhnya yang kaku
Kulitnya yang tidak berdarah
dan wajah itu
wajah yang tenang itu
betul2 buat aku sebak
mama dah xde

kalau dulu
aku slalu komen
bilamana dia cium aku
aku akan bising
mekap aku akan rosak
tp
bila aku cium wajahnya kali terakhir
itulah
yang terakhirnya
xkan ada dah
aku rindu saat2 itu
saat2 yang xkan berulang

yang tinggal
hanya sambal belacan air tangannya dalam peti ais
yang dia buat sebelom dia rebah
tiap kali bukak peti ais
tuhan je yang tau
perasaan aku kala itu

fariq demam teruk
ya dia anak bongsu
kesannya mungkin lebih

mama yang aku kenal
ramah
baik hati
kuat kesiankan org
dia dan anak2 sangat rapat
selalu datang kl lawat ktorg
pastikan anak2nya 'sihat' di kota kotor
tentulah semua org memuji mak memasing
tp mama bagi aku
walau xbanyak
aku harap aku warisi sikapnya
sikap penyayangnya
sikap sabarnya

aku harap aku jumpa lg mama
di suatu ketika
kini
yang hubungkan kami
hanya doa anak yang soleh
yang aku janjikan
sbelum dia dikebumikan

Bila fikir mama kini di kuburan
buat aku sedih
dulu dia takut duk sorang2
gelap2
selalu nk berteman
tp sekarang...

ya
benar janji tuhan
hidup mati itu
pasti dilalui
oleh setiap org
bilamana aku telah lalui semua ini
hanya ini dapat aku kata

ibu
hanya satu di dunia
sementara ada
sayangilah dia
hargailah dia
sebelum dia pergi
selama lamanya



mama di booth amanah ikhtiar

12/5/10

MAMA pergi

29/11/2010
10.30pg
Isnin
Tanpa sebarang petanda
*************************
Selepas seminggu
Aku masih kelu
Tak mampu berkata2
Dan papa lalui waktu ini
Dengan tabah
Aku kongsi semangatnya

Alfatihah untuk arwah mama tersayang:(