Aku panjangkan entry ini untuk arwah mama
Xkan ada sambungan dah
********************
Mama
Pergi terlalu pantas
Tak pernah terlintas secepat ini
Hari ini dia rebah
tidak sedarkan diri
dan esoknya pergi xpulang
Tiada tanda sakit
Ya
Dia tinggalkan tanda 'pelik' buat kawan2nya
Jiran2
Tapi tidak pada kami
Anak2 dan papa
Aku sedih
tapi papa lagi sedih
isteri yang dikahwini 35thn
pergi selamanya
tapi papa kuat
ya,aku curi semangat itu
walau xbanyak
hilangnya seorang ibu sangat terasa
rumah sunyi
walau baunya masih dimana2
pakaiannya stokinnya
kekadang aku bangun pagi
dan berharap dgr bebelannya sbb lambat bgn
tapi hanya teriakkan ayam burung
pecah kesunyian
Tak mahu rumah ini basi
kami cuba mengekalkan semuanya
pada kedudukannya
biarlah sepertimana yg ditinggalkannya
Rumah ini besar bg kami
besar dan penuh kenangan
barang mama dimana2
biarlah disitu
untuk kami lepaskan rindu
Perginya mama
aku xkan dapat pengganti
tak akan
sampai mati
mama tidak pernah pilih kasih anak2nya
yang corot akan dipantau
dibaja
yang pandai akan dibimbing
Semua sama rata
Tatkala aku mandikan jenazah mama
aku tatap tangan yang pernah dodoi aku
Tatap muka yang pernah aku cium
aku lihat tubuhnya yang kaku
Kulitnya yang tidak berdarah
dan wajah itu
wajah yang tenang itu
betul2 buat aku sebak
mama dah xde
kalau dulu
aku slalu komen
bilamana dia cium aku
aku akan bising
mekap aku akan rosak
tp
bila aku cium wajahnya kali terakhir
itulah
yang terakhirnya
xkan ada dah
aku rindu saat2 itu
saat2 yang xkan berulang
yang tinggal
hanya sambal belacan air tangannya dalam peti ais
yang dia buat sebelom dia rebah
tiap kali bukak peti ais
tuhan je yang tau
perasaan aku kala itu
fariq demam teruk
ya dia anak bongsu
kesannya mungkin lebih
mama yang aku kenal
ramah
baik hati
kuat kesiankan org
dia dan anak2 sangat rapat
selalu datang kl lawat ktorg
pastikan anak2nya 'sihat' di kota kotor
tentulah semua org memuji mak memasing
tp mama bagi aku
walau xbanyak
aku harap aku warisi sikapnya
sikap penyayangnya
sikap sabarnya
aku harap aku jumpa lg mama
di suatu ketika
kini
yang hubungkan kami
hanya doa anak yang soleh
yang aku janjikan
sbelum dia dikebumikan
Bila fikir mama kini di kuburan
buat aku sedih
dulu dia takut duk sorang2
gelap2
selalu nk berteman
tp sekarang...
ya
benar janji tuhan
hidup mati itu
pasti dilalui
oleh setiap org
bilamana aku telah lalui semua ini
hanya ini dapat aku kata
ibu
hanya satu di dunia
sementara ada
sayangilah dia
hargailah dia
sebelum dia pergi
selama lamanya
mama di booth amanah ikhtiar
yeah rite. hargailah ibu sepanjang hayat ..
ReplyDelete