4/29/10

bunga

Pagi yang tak berapa pagi
ketika melangkah keluar rumah
Ternampak bunga ini

Bunga ini banyak tumbuh di kawasan pantai
Ketika kecik
berlari2 anak bawah pokok kelapa depan rumah jiran dikeliling bunga ini
Nostalgik betul
Dan pagi ini
Macam berulang
Aku masih berlari anak
Sebab dah lewat
Bertembung bunga ini
Suatu pling! muncul
dan aku tersenyum sendiri

4/28/10

perkahwinan yaya dan ape

LAPORAN KHUSUS DARI SAYA

Aura majlis ini sudah lama dirasai,dinantikan
Ini cerita cinta sejak zaman menengah rendah
Berhingus lagi,diorang dah gedik2 ngorat time tu
Alhamdulillah
Semua selamat walau pada pagi hari diijabkabul
Ayah Ape pulang ke rahmatullah
Takziah Ape, Al-Fatihah
dan aku sangat kagum
Bagaimana Ape mampu hadap dan handle situasi
Semua berjalan lancar
Harap Ape tabah

KL ke Terengganu walau jauh tak dekat,dekat tak jauh
Harus juga dirancang
Setelah ada yang confirm xconfirm
Maka pada 23 April yang lalu
Lepas habis kerja
Aku, faza dan Ernny
pulang ke Terengganu
Matlamat utama
Pegi majlis kawen
Jumpe kekawan
Borong batik
Borong tudung
Borong keropok
Telur Penyu dan Budu

Sepanjang waktu itu,Faza demam
Ktorg beria suruh dia beli air kaki 3 atau badak
badan dia panas sgt
Lalu masa kat kaunter petronas
Dia dengan penuh yakin tanya
"kat mana air cucur badak?"
aku berhamburan lari
Sepanjang jalan dia kena sakat...kesiannn..sabarle paja.



Faza yang demam masih tersenyum manis.letak minah ni kat kaunter serbis mesti laku.


Ini Ernny senyum simpul


Usaha mencari sedikit glemer.oh,abaikan.


Trip kali ini
Agak terkesan
Aku bertemu 3-4 sahabat yang bertahuns tak jumpa
Antaranya
Hanan
Mimi
Fie
Macam reunion kecilan pula
dan petangnya
dalam 15-20 org gitu
kitaorg lepak kat teluk ketapang
lepak makan
Meriah juga
Pesa yang macam Hitrik Roshan teruk kena sakat


Sempat snap ketika menghidang

Apa yang aku simpulkan
lelaki berubah 360 darjah
pendek dah tinggi
kurus dah gemuk
memang xcam
Lain dengan perempuan
Agaknya dah bantut tumbesaran

Lalu dalam banyak percakapan
Keluar istilah KALAU
yang aku rasa nak catat kat sini
KALAU AKU KEMBALI KE 13 TAHUN LAMPAU (form 1)..
APA AKU MAU PERBETULKAN

1.Gaya pakai tudung bulat2 kelepet muka
2.Gaya jalan terteleng2..cis
3.Aku menyesal jadi budak baik
4.Kasut hitam aku sangat tak kool
5.Dulu aku xpernah habiskan nasik dalam tray..peel apa ini..ntahlah
6.Aku tidak rapat dengan guru dan warden sebab takut..xmunasabah lansun.

Lain sekali peel aku yang gile glemer ketawa cakap kuat2 sekarang

dan seperti kata Paeh

"Bebudok ni yang jenis hua-hua lambat pulok nikoh,hok jenis senyap pulok hok laju"

Suatu pagi itu
Aku terbangun
Terkejut tengok gelagat adik aku
Ajaran mana dia ikut
Sempat aku bebel dan cubit bontot dia kuat2
Pagi2 dah buat peel


Tek dan "uniform"nya



Pesanan untuk dalila

"kereta kuda yang nk tempah tu oder 2 tau"

Kepada kawan2 yang ramai langsung tahun ni,tahniah dan tahniah.

Adios

4/14/10

Drama korea

Last aku tengok drama korea
Tahun 2007
Zaman habis belajar
Coffee Prince
Itu last

Feel itu menghilang
Sebab
Dah xde geng kunyah keropok depan laptop
Dah xde geng share tisu kala hingus meleleh tgk babak sedih
Dah xde geng berwow wow time tengok babak hero hensem
Dah xde geng kala gelak bahah bahah tengok babak hepi
Tengok sorang2,xmampu nak lakukan semua ini
Dulu,1 drama maknanya 16cds maknanya 16jam maknanya sepanjang malam ngadap laptop
Nasib xberasap je laptop
Bila fikir balik,banyak juga usia aku bazirkan tengok drama korea

Bila xde feel,aku hilang semangat mahu menonton
Pupus terus

Dulu juga
HIRO adalah tempat murah bagi aku sebagai student cari cds
Berduyung2 pergi panjat lrt pasar seni berjalan ke kota raya atau petaling street pegi cari cd korea murah
Student,bukan byk sgt duit,biasanya akan share beli ramai2 share tgk share segala dan berharap bila dah kerja ada duit kepuk kepuk pasti akan beli banyak2.
Tinggi betul azam dan cita2.

Dan setahun yang lalu
Manusia yang dah bekerja ini
Menapak ke petaling street
Membeli setengah dozen drama korea
Siap daftar jadi member kedai
dapat potongan murah lagi kononnya

Inilah hasilnya



Aku ada drama korea 6 cerita
Yang aku rasa memang tak akan mampu aku tengok
salah satu aku xbukak2 masih berbalut plastik
Dan aku berhasrat mahu melepaskannya
Siapa berminat,boleh email pada aku.
Aku tak jual pun,bagi terus.
Malas menyemak kat rumah

Best ke tak cerita,boleh google sendiri
Sebab aku tengok sikit2 je crite
tak mampu nak komen best ke tak

-adios-

4/7/10

Hmmmmm...

saudara sekalian,
Hari ini hari aku berserius
Sila ambil mood serius ketika membaca ini

Perlu aku tulis disini
Fungsi blog bagi aku
1. Supaya rakan2 aku dapat ikuti perkembangan aku,hal ehwal semasa,perkara libatkan aku...dan misi berjaya.aku tahu.
2. Aku tulis kat sini segala kisah buruk untuk jadi teladan bersama.
3. Tempat luah rasa.sini xde advertisement.hanya tulisan aku.
4. Adapun segala kisah,lifestyle aku,hidup aku,apa aku pakai belanja aku xpenah cite kat sini.konpem aku dapat title menunjuk..
5. Dan kalau rasa kenal aku melalui penulisan ini,silap dan maaf.Ini baru picisan.

Apa aku boleh kata

Kalau rasa nak bazir masa baca bingkisan ini,bagi yang blog walking dan kawan2,thanx.bagi nak mengutuk juga,thanx.

Cuma sedikit kata2.
"Ada di luar yang sakit hati fikir aku musuh akan tetapi cuba balik,fikir sejenak,kenapa ia berlaku,kenapa begini caranya,kenapa tidak secara berhemah.tundinglah jari sebanyak mana ke arah insan lain,tp fikirlah sekali kesilapan diri sebab hidup hanya sekejap.kalaupun aku lantang bersuara,aku hanya bela insan lain(aku suka berlagak hero)dunia kecilku,keluargaku,hidup aku,aku nikmati sepenuhnya.yang lain,aku serah pada Allah.Dia lebih tahu.dan aku maafkan semua hutang salah org,sesiapa saja.sebab aku tidak mahu bawa sekuman pun hutang dunia kala aku mati.sekian"

Anda nilai sendiri

Ano,
perempuan ke mintak putus....
lelaki ke yang kool

ko ni puji jantan je....kemaruk ke babe

Ano,
oohh dah ada yg punya...patut kereta ko kena pecah....ko ajak balak ko kawen...takde la nk eksiden sgt....takde la air pun tatau nk cek...

Ano,
aishhh...selalu kereta kalo asyik kena mcm tu pasti ada yg ko langgar daulat....takpon ko suka beromen dlm kereta....bwk insaf la...

Ano,
byk betul bala yg ko dpt kan??tu lah hati busuk mmg macam nie...tu pun x sedar2 lg??


salam sayang,
aku