2/25/10

Kahwin..bersediakah?

Sungguh tidak layak sebenarnya aku yang tidak berpengalaman ini bercakap pasal ini.
Abaikan pasal segala macam kursus kahwen,persiapan kenduri kendara,tempat tinggal dan sebagainya.Aku bukan mahu bercakap pasal itu akan tetapi persediaan emosi.

Kahwin..
Perempuan mana yang tidak gembira bila dilamar.
Apatah lagi kalau orang tersayang yang melamar.
Kalau orang yang itu perempuan itu xde hati pon, masih jugak gembira.Masakan tidak"oh,laku benar aku ini".

Gembira....tapi chop!banyak lagi perkara yang perlu diambilkira.
Contohnya adalah seperti berikut:

1. Sudah bersediakah untuk tinggalkan zaman solo?
Zaman solo maknanya kebebasan.Kebebasan berfikir,membuat keputusan,kehulu kehilir..sudah bersediakah untuk melepaskan kebebasan ini?

2. Perkongsian
Bagi perempuan,adakah duit kita duit kita,duit dia duit kita?atau duit kita duit dia,duit dia duit kita?atau duit kita duit dia,duit dia semestinya duit dia?Benda ini pon leh menanah..

4.Kahwin perlu didik jiwa,perlu bersabar,persefahaman,terima baik buruk,serah jiwa raga sepenuhnya..sediakah?

5.Susah senang hadap bersama..jika sebelum ini kongsi banyak masa gumbira je, jika berlaku dugaan besar,adakah hati perasaan jiwa raga kukuh sepertimana janji cinta sepenuh hati yang pernah dilafazkan?

6.Adakah yakin dan percaya dia adalah yang sebaiknya untuk anda?Memang semuanya berserah kepada Allah SWT.kalau dah jodoh,dah ditakdirkan tetapi adakah pilihan anda itu memang anda yakini?

7.Kalau zaman bercinta semuanya indah,adakah selepas kahwin seperti itu juga?Memang betul perangai sebenar hanya terpancar selepas kahwin tetapi kalau 'terlalu/terlampau'lain,sudahkah anda bersedia menerimanya?

Maka jika anda fikir kahwin itu keseronokan sahaja,mulalah belajar berfikir mendalam sedikit.

Adakah soalan aku ini kebudakan sangat?

8 comments:

  1. soalan yang bagus..
    KAHWIN =lengkap melengkapi dan perkongsian segalanya emosi,kewangan,baik dan buruk..
    jangan sesekali jadikan orang ketiga sebagai tempat mengadu masalah rumahtangga,,jangan dan jangan ,(mak ,bapak,besfren ke,sape2 je) itu pun aku selalu pesan pada wife aku,buruk akibatnya ,,rujuk terus pada pejabat agama yang terdekat,,(bila ada org ke 3 pasti ada 4,5,6,7,8,9 dan seterusnya sampailah bercerai berai dan bila ini berlaku mulalah anak2 jadi mangsa so fikir2kan..kahwin???senang jeee pada kaum lelaki jangan ego bujang dibawa selepas kahwin,,,ok senyum 2 selalu semoga bahagia pada bakal pengantin ..mungkin cik erin nak kahwin dah ni hahaha..

    ReplyDelete
  2. mu kopi pes dari mana nih? hikhik ;p

    ReplyDelete
  3. asalamualikum ..
    besok saya pinang awak.. sebab bagi saya . perkahiwanan untuk melengkapkan hidup atara dua orang.. jadi jangan risau awak tak berlu bertukar menjadi apa apa . cukuplah awak saja

    ReplyDelete
  4. Live in modest, live in moderate. How, and why, the old couples can live together for years?

    What comes to mind is one's understanding towards another, and how he/she accept his/her partner the way she/he is. We are not a perfectionist to expect everything from our partner is good, nor we are a king to order people around and expect them to obey everything we say.

    Your views toward marriage was a good one.

    :)

    ReplyDelete
  5. mcm bagus je minah nie..ko nk kawin..kawin je laa...x yah nk tunjuk mcm perempuan melayu terakhir....

    ReplyDelete
  6. yup..sgt kebudakan utk dibincangkan....matang sket beb...benda ni lumrah..semua org dah tau...ko tu yg baru nk membesar...

    ReplyDelete
  7. Ano1,
    Betul..sikit banyak kata2 ko tu aku setuju.
    Syifa'
    Ni luahan aku.
    Brutal,
    Berjanggut tunggu ko pinang.
    Master Pamy,
    Totally agree,nobody is perfect.
    Ano2,
    Tak tau ko ni peel kategori spisis mana..sinis betul ko ni.
    Ano3,
    Ye..aku pun rasa aku baru nak membesar.

    ReplyDelete
  8. Yahooo!!!aku boleh komen dah ying!
    so matang eh now;)
    bukan atas dasar pemikiran sahaja tapi dari segi penampilan pun..hihi..
    babe, gila best la your blog ade 'fan' yang darjah cemburunya melebihi takat didih air..ahahah..layan sikit2 je..take it as a compliment..ahahaha...

    take care ya darling..

    terimalah dia seadanya...sama-sama berusaha untuk menjadi pasangan yang lebih baik kepada pasangan masing-masing...perkahwinan itu indah:)

    lots of love;
    enny

    ReplyDelete