8/16/09
Epi 1: Reunion XYTD
dataran ilmu
Aku ada terlalu banyak kisah,ulasan,komen yang ingin aku coretkan..Maybe sepanjang minggu ini aku hanya akan imbas perkara2 yang berlaku sepanjang wiken lepas.
Ya, wiken lepas,aku menghadirkan diri,melibatkan diri dengan reunion kecil kecilan.
Kalau sebelum ini aku memberi 'bidasan' ala2 manja dalam forum xYTD dan kalaulah ada yang terasa,aku minta maaf.
Adatlah manusia,bualan banyak,bila tiba harinya,semua lari sembunyi dan yang tinggal hanya muka2 yang memang selalu ngadap..xde faedah buat reunion jauh2.Muka2 piring ini yang memang aku selalu jumpa di KL.
Aku masih kira ini ialah REUNION walaupun jumlah yang datang tak seperti yang dijangkakan.Yang paling best,10 tahun tidak dapat,tidak mampu mengubah kami.Aku takjub,semua masih sama.termasuk Ummi,kawan pertama yang aku kenal di YTD.Rindu kat dia tetiba.
Dalam reunion ini, yang paling nostalgik ialah melawat sekolah lama.Pintu pagar utama itu pon dah mengingatkan aku pada kenakalan lama.Zaman itu semua mahu dicuba.Otak singkat.Lurus.Naif.Straight.Budak2.Senang ditipu dan kuat menipu.Kuat tidur.Kuat skodeng.Kuat main.
MRSM itu memang banyak meninggalkan cerita yang manis untuk dikenang. Tidak seperti sekolah2 lain yang pernah aku jejaki.Mungkin kerana sekolah ini aku tidak pernah bersedia untuk meninggalkannya.Dan minggu ini,aku mahu kreditkan blog aku untuk mengenang sejarah itu.
Aku bukan watak utama dalam kisah ini tp aku antara mata2 yang mengekori sejarah kegemilangan maktab ini sehingga ke penghujungnya. Dan kepada mereka yang TRUE pada sekolah ini pasti dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.Keinginan dan harapan mahu melihat sekolah ini masih seperti dulu walaupun ia mustahil.Sedih.
Kepada mereka yang hadir, aku ucapkan jutaan terima kasih. Sepatutnya ex student yg asal dari terengganu datang dan support (aku kecewa,ktorg dari KL pon leh datang join)hmmm..Dan kepada Faza dan Ernny..Terengganu dan KL dekat je kan???ngeh2. Picture2 dalam blog sepanjang minggu ini aku cilok dari kamera faza,norzi,aidah,zila,elly.Aku si miskin xde kamera.Thanx to all.Sayang semua.Muah2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sesungguhnya niat ini....xpe la..
ReplyDeletebesh kan skool kite