8/17/09

Lahirnya DENEL junior


RAYNA

Kali terakhir aku jumpa dia 10 bulan lalu kot...2-3 minggu selepas dia kahwin.Masa tu suami dia kat offshore.Ini kawan lama.Bespren aku.Kawan baik amat.Jumpa2,shopping2,jalan2,makan2..hmmm..kerje perempuan2 berhemah. dan di akhir perjumpaan, berjanji mau jumpa lagi.Senyap.

7 bulan kemudian

Dia kol aku.Tanya area tempat makan best kat damansara.Selepas 7 bulan.baru kontek.Salah satu sikap yang aku xberapa gemar pada mereka2 yang dah kahwin.Dulu aku xsuka sangat suami dia.aku kira dia rampas kawan aku.aku memang xsuka.sedih.sori farah.aku jujur ni.dan selepas 7 bulan,dia bagitau dia tengah pregnant.Terkejut juga.hmmm.Dalam hati,aku bercadang mahu lawat dia. Lagipun Pulau Indah tu bukan jauh sangat.Jangan tanya kenapa aku tak kontek dia selama ini.Aku hmm masih anti suami dia.ngeh2.

2 bulan kot selepas itu

Aku dapat msg dari dia.dah selamat bersalin.baby girl.Aku baru plan nk lawat dia masa dia preggy. baru plan nk cucuk2 perut dia.rupanya dah kuar.So sebelum aku balik ke KL selepas reunion,aku lawat dia(berpantang di Kemaman).Dia hmm dah lain.dulu cam kacang panjang,sekarang dah jd cam terung.Aku pon dah was was dia kawan aku yang dulu2 ke...aku hanya dapat cam bila dia ckp"bongokla Erin"..tu memang trademark dia.cuma aku mungkin xkan sanggup kalo ank dia one day ckp,bongokla auntie Erin..memang terduduk kat situ jugak aku lempang.ceh.dah masuk gol ibu pon buat gurau bewok lg dgn aku.

Tapi Rayna is so cute..Tak macam Farah.Ikut muka bapak dia agaknya..kalau macam Farah,memang kesianler budak itu.xde harapan langsung nak jadi model nanti.

Kepada Farah Diana (aku panggil dia Denel), tahniah..Nak kembali jadi muda belia remaja,mintak petua dari aku nanti.ngeh2.

Dan rasanya baru aku sedar kot..aku yang tidak memahami situasi orang yang dah kahwin tp kawan tetap kawan kan?peace!!!!

3 comments:

  1. sape laki dia ek?~wakpe emo je mg ngan husby dia?~saje tanya

    ReplyDelete
  2. rindu aku kat farah..aku ingt time form 3 mkn kek bowoh tangge...hahaha..
    owoh...kalu die mcm terung mung mcm nangke ke kekgi aunty erin...
    (ampun...gwe gurau2 aje...)

    ReplyDelete
  3. hahaha...fie....lame jugak xjupe mung....jgn jd same kes dgn farah oi..

    ReplyDelete