5/31/09

perempuan vol.1

Entry ini pasal perempuan
Memandangkan aku perempuan, so aku kira aku layak untuk bercakap pasal topik ini dan perlu diingatkan ini celoteh aku sahaja.

Pompuan dan shopping
Memang xdapat dipisahkan.Walau sibuk mcm mana pon, tetap akan ada masa untuk komitmen ini.Tp xsemua yang hantu shopping.Walau bagaimana pun, secara umum, perempuan memang mampu menggembirakan dan mengkayakan penjual walaupun anda penjual kacang kuda.Kepada lelaki yang ada pasangan gile shopping, inilah waktunya anda akan rasa sangat terabai.Jangan ambil ati,waktu ini pompuan sedang fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Pompuan dan kanak-kanak
Sesuai dengan sifatnya yang penyayang, seorang pompuan akan mempunyai kepantangan melihat kanak2, kuasa agah-mengagah dgn sore dah setaraf suara budak,kadangkala dia lg pelat dari budak(pondan slalu fail bab ini,sori)akan menjadi2, asal nampak budak,akan dipandang,dicubit2(comelnyer,geramnyer)xpaham aku.Inilah penyakit pompuan.Terima jelah.

Pompuan dan binatang peliharaan
Sama macam kes di atas.Cuma objeknya adalah pada haiwan.Dan kebiasaannya sifat seorang pompuan itu selalu dikaitkan dengan jenis binatang yang disukai. Pompuan yang bela kucing dikatakan seorang yang manja dan sensitif.Agaknyalah.Pompuan yang bela lembu dikatakan seorang yang penyayang.ni aku yang kata.kalo pompuan bela beruk,itu tanda prihatin.hmmm.Dan pelbagai lagi binatang cute yang lain yang menjadi belaan seperti mengkarung, bewok hidup,katak dan cicak.

Pompuan dan mengumpat
Mengumpat pada era ini bermaksud mengambil peduli, menitikberat dan tanda peka pada persekitaran.Betapa hebatnya pompuan hari ini kerana mampu memperolehi,menyebar dan berkongsi berita,menganalisis,membuat rumusan dengan cepat dan pantas walaupun kekadang kurang tepat. Kredit diberikan kepada usaha mereka.Kegiatan ini sebenarnya bagus untuk memupuk semangat cintakan bangsa.Menjaga tepi kain orang kini sudah menjadi satu kemestian. Anda seharusnya berasa bangga jika pernah menjadi topik utama perbualan mereka.

Pompuan dan kawan2
Tanpa mengambil kira pompuan yang kurang waras, seorang pompuan biasanya sangat rapat dengan kawan karibnya. Berkongsi segalanya. Pompuan juga tidak akan sampai hati memburukkan kawan baiknya.Seharusnya begitulah.Kawan menjadi tempat bersandar yang baik kalau dilanda kesedihan. Kawan juga harus disusahkan.Kawan yang baik tidak akan berkira,tidak akan mengungkit dan pompuan biasanya arif pasal ini.Kalau tak,masakan wujud istilah best friend forever kan?

Pompuan dan kebersihan
Sepatutnya tidak dapat dipisahkan.Tapi ada pompuan yang pengotor.Abaikan yang perangai pelik dan jelik.Pompuan tulen akan menjaga kebersihan,pengemas dan cintakan suasana yang terurus dan tersusun.Ini hakikat dan tidak perlu dinafikan.

Aku mengantuk.
Sambung kemudian.

5 comments:

  1. pempuan dan binatang peliharaan..
    aku ada rabbit..2 ekor,tam dan teh...
    so apa tafsirannya tu?

    pempuan dan kawan2
    dulu aku ada kawan karib..skrg aku benci kawan karib..trauma dgr kawan karib..aku takde kawan karib...adakah aku kurang waras?aku tak percaya kawan karib..hahahah..kawan karib aku skrg..umi,hubby,tam,teh,laptop(internet),tv(arghh..bila org nak dtg psg astro ni!!!)

    ReplyDelete
  2. Kalo bela rabbit,maknanya telinga mung panjang ngan taik pon ketul2 kecik cam arnab.paham?
    Dan
    Aku rasa tu bkn kawan karib mung kan???karib xkan buat mung trauma.huh.

    Ye ke? entry yang mana 1?kebetulan kot..

    ReplyDelete
  3. aku pun rasa tu bukan kawan karib...

    eh..pempuan dan shopping..
    yeay...daku suka shopping..mest2..suka sgt2..
    bankrap laki aku...baru je habiskan duit 300 kat body shop..
    weh..jom g coach sale!!

    pempuan dan kanak2..
    daku suka ke kanak2?
    suka..tapi daku suka yg baby2 je..yg cumel2 je..yg bersih dan wangi je...
    oh..bila daku nak ada baby ni..
    takpe daku sabar menanti...

    ReplyDelete
  4. shopping?kita?sales?hmmm..meh2..aku tulun bankrapkan duit seli dgn duit mung skali..

    Patutler mung suke agah2 daku..even skrang pon..baru kupaham..rupeku seakan2 baby ini penyebabnye..ohoh..

    ReplyDelete
  5. perempuan dan shopping mmg x dpt dipisahkan, ibarat lagu dan irama..hehe

    erin, nak letak link blog erin kat blog sal leh?

    ReplyDelete