2/28/12

29 feb 2012

cantik tarikh ni,maka gedik lebih mahu lekat kat sini
kelmarin aku ke johor
pergi balik bertolak pukul 530ptg sampai rumah 230pg
phew!!penat

dan semalam masuk opis mcm biasa
untuk aku yang kuasa tidur 10 jam satu hari
patutnya akan mengantuk khayal xcukup tido
tapi lain pula halnya semalam
blk je kerja ptg tu
aku terus basuh,jemur,lipat,gosok baju
clearkan semua
buat tomyam
buat puding karamel
mandi siap2
tgk tb tunggu laki blk main badminton

minggu lepas juga
sebab pekerja terlebih ramai
daripada lepak kat opis xde kerja
aku contact agent sewa booth di midvalley
ini kali pertama sejak bukak booth kat singapore
aku rasa jatuh hati dgn booth2 ini
bukak 2-3 hari dpt collect cash
tp sebab x ramai sgt org kat event tu
walau ada upin ipin boboboy
masih xramai org
tak taulah silap penganjur sbb x advertise kaw2 atau ape

bila berniaga mmg ini antara risiko
boleh dikata balik modal dan untung sikit2
nasib baik kakak aku xbambu aku
sebab modal dia yang keluarkan
tp aku xkan serik nk tinjau booth2 ni
selagi terdaya..

habis tentang itu
maka aku tertanya-tanya
tentang kawan2 aku
rasa mcm sgt lonely
ramai yang dah kahwin
dan buat haluan sendiri
yang bujang pulak jauh di temerloh/ganu


walaweh....

2/14/12

si pemalas update blog..hoyehhh

salam sejahtera
sekarang mcm sangat malas untuk tulis-tulis
xsangka
usia meningkat berkadar langsung dengan tahap kemalasan
(hipotesis untuk aku)

adapun kehidupan waktu ini agak sukar
kekadang aku mcm tidak tahu apa yang aku nak
dikala umur 27thn ini
mcm masih tercari arah sedangkan ramai kwn2 yang sudah berjaya dlm kerjaya memasing
pernah terfikir mahu sambung belajar
tapi passionnya sudah hilang/otak dah tak mcm span yang mudah serap air
xde geng juga buatkan aku rasa malas nak belajar..byk excuse le aku ni
aku boleh katakan tahun ini,2012 tahun untuk aku setkan arah,mencari peluang dan menyesuaikan diri dgn beberapa perubahan lain nanti
misi aku tahun ini mcm budak baru graduate..walaweh

kerja
-----------------------
boleh dikatakan juga setiap hari aku sampai rumah around 8pm
walau sebenarnya office hour aku 1030-530
tapi sebab selalunya selagi tak cecah 11am aku xkan sampai opis(dasar mls pergi kerja)
so aku give n take blk lewat sikit
jammed juga buat aku mengelak waktu peak hour
aku menjadi lelah dan penat untuk hadap jammed-bosan

kedah
------
sejak hari raya,xbalik2
maka cuti panjang raya cina kami balik kedah
jalan jammed teruk
tapi semuanya berbaloi
mcm hari raya pulak rasanya bila semua ada berkumpul
xde yang ter miss pon
bakar ayam kat luar,tangkap ikan sungai,buat kerabu
suka betul aku kalau bab mkn jika balik kedah


1st anniversary
---------------
kami balik terengganu 3-4 hari
satu kepuasan sebab dah lama xbalik
sangat enjoy dapat habiskan masa dgn keluarga
pak sedara jamu mkn,pergi mandi air terjun,lepak teluk kemang
pergi pasar,masak2 kat rumah

sudah setahun berkahwin
kadang2 buat aku tidak sedar
masa berlalu pantas
dialah kawan,dialah suami
kami tidak pernah bergaduh sehingga ke hari ini
kekadang buat aku takut
hidup mcm sangat lancar,takut musibah tunggu di hadapan
dia yang Allah titipkan buat aku pelengkap diri
terima kasih untuk segalanya

cacar air/jintungan/bertih
---------------------------
hampir sebulan lalu
aku cuti hampir 3minggu
terlantar kat rumah
mungkin aku akan buat 1 entry pasal cacar air ini
sebab ini 1st time kena
sgt sengsara rasa
apatah lagi sebab aku dah tua
kalau kena zaman kecik2
kulit muda lagi xdela kulit liat tua mcm sekarang
memandangkan ia senang berjangkit
aku tidak boleh keluar rumah
2-3 minggu dia yang uruskan semua
sebelum aku mati kebosanan
aku akhirnya ke opis dan berjaya buat bos aku kena sekali
yezza

harap mood aku elok utk update lagi nanti
lagipun cable henset ntah ke mana,so xde pic nk tepek di sini
dan
dia banyak perli aku
baru2 ini ada warehouse sales
aku jadi gila maka beli baju hampir 6 dozen
aku bagi alasan nak jual kat tenet
tapi sampai sekarang xjalan
nanti nantilah
lagipun
namakan si pemalas....update blog:)

12/12/11

ujian personaliti

salam sejahtera buat semua

baru2 ini nama aku tersenarai untuk mengikuti ujian personaliti
aku sempat mencari sedikit info pasal ujian personaliti
tapi tidak membantu sangat
maka selepas sendiri menghadiri dan menjalaninya
maka ini yang dapat aku rumuskan

ujian personaliti tiada jawapan yang betul atau salah
setiap soalan memerlukan anda menjawab ya atau tidak
dimana jawapan anda akan menentukan personaliti anda

ujian personaliti menentukan personaliti anda
personaliti anda akan menentukan samada anda sesuai atau tidak terhadap jawatan yang dipohon
contohnya kalau anda memohon jawatan sebagai akauntan,maka anda seharusnya mempunyai ciri2 seorang akauntan seperti integriti,amanah dan bertanggungjawab dimana soalan2 yang menjurus kepada sikap2 ini anda seharusnya menjawab ya.

ujian personaliti memastikan ketelusan diri anda
ini menunjukkan samada anda jujur atau tidak ketika menjawab soalan yang diberikan
contohnya "pernahkan anda berang/marah kepada kawan anda?" ataupun "adakah anda gugup jika berucap di hadapan umum?" yang semstinya harus jawab ya kerana manusia semestinya ada ketikanya sikap marah teruji dan mesti gugup ketika mahu berucap.ini ciri-ciri manusia kan?


tips untuk berjaya dalam ujian personaliti
1.semestinya berdoa dan bertawakal
2.elok juga berlaku jujur ketika menjawab soalan personaliti akan tetapi kalau kamu berusaha untuk mendapat jawatan yang dipohon,seharusnyalah menjawab dengan memberi jawapan2 positif yang seharusnya ada pada jawatan yang dipohon.bukan begitu?


*****setiap apa yang ditulis diatas adalah dari pengamatan dan pengalaman saya. kepada mereka yang akan menduduki ujian personaliti,selamat maju jaya diucapkan.



*****ada seseorang yang pemurah mahu taja roadtax kereta saya tahun ini.sangat teruja dan terima kasih bebanyak.

12/5/11

december datang lagi


sudah setahun pemergian mama
hmmm
tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami

sebelum ini
aku selalu gusar pasal rezeki
yang akhirnya aku pasrah
dan hanya berusaha
tanpa nampak 'kat mana rezeki akan datang'
ternyata kuasa Allah sangat besar
kadang2 dalam keadaan yang tidak disangka2
dan aku sangat bersyukur untuk itu

semalam
setelah hampir 4bln xbertemu
aku belanja bos lama aku
dia sudah berubah
makin kurus,kusut,dan susut
dan aku tahu dia hadapi masalah
orang yang banyak bantu aku
suatu ketika dahulu
tetiba jadi camtu
aku rasa luluh
dan mula aku terdetik
KALAUlah ada apa2 yang aku boleh tolong
untuk ringankan beban dia
KALAULAH
dan 'kalau' itu membuka pintu
peluang untuk syaitan menerjah
kerana 'kalau' itu menunjukkan kelompongan
dan harapan yang tak terpenuh
sesungguhnya Allah lebih mengetahui
dan aku mendoakan rezeki untuknya bertambah,amin

setahun ini hidup aku berpusat pada keluarga,kewangan,kerjaya
tahun ini tahun paling sukar bagi aku
tahun ini buat aku sedar
keluarga ialah no 1,xde galang ganti
dan kami support antara satu sama lain
waktu sukar memang menguji kesemuanya
dan alhamdulillah
aku masih bernafas,teruskan hidup
dan tentulah,sesukar mana yang aku rasa
masih ada insan di luar
yang lagi susah dari aku

untuk mereka juga
aku suka berkata
kasih sayang akan mengubat segalanya
hati tenang dan ikhlas akan hilangkan penyakit hati
sangat sentosa:)

11/23/11

hellllloooo

salam semua
harap sihat sentiasa
aku sebenarnya hari-hari online
tapi macam tak ada apa sangat nak cerita dan hebah

bulan nov ada beberapa tarikh yg istimewa
bday laki aku,bespren kahwin(tahniah ernny) dan sepupu yg xberapa kenal juge kahwin,bola sepak,sukan sea,indon,blabla..kalau ikutkan sifat aku yang suka cakap ni,mmg banyak aku nak report kat sini.tapi xpelah.

buat ernny,tahniah aku ucapkan.aku pun xtau mung masih jenguk sini atau tidak.fasa baru masuk alam berdua ni akan sangat indah untuk dikenang.setiap saat akan rasa berharga.enjoy the moment.harapan aku moga perkahwinan ini akan bertahan ke akhir hayat.moga kalian bahagia dan dan hadapi setiap masalah dengan sikap toleransi,kesabaran,menghormati dan kasih syg.insyaallah.

bila tengok last entry sendiri yang pergi intebiu cari keje
(org tu xrespon sehingga kini)
aku dah xmengharap lagi dah
dah malas nk cari keje
kalau aku bz pk pon,maybe neks year
itupun bergantung pada keadaan semasa
buat masa ini
boleh dikata kehidupan ditahap membangun
kerja membangun dan berat badan juge
kesihatan juga xberapa bagus
selera makan xmenentu
terbantut semua kerja
hebatnya bila dah berlaki
semua kerja dia ambil alih
kalau dia outstation
aku pulak jadi mcm hilang punca
susah betul..

aku pun dah jarang masuk dapur
dah tak eksited nk blajar memasak
baju hantar dobi,yg mmg dah berlipat pun aku malas nk kemas
harap sementara je mcm ni
cuma kalau ada hari aku terajin
dan paksa laki utk mood rajin mcm aku
mmg aku lelah mampos sbb semua kena buat serentak
dan teringat zaman mrsm
mcm hari ada inspection
ktorg lakibini sibuk bahagi kawasan utk dibersih

aku sedikit homesick
rasa nak balik kg
mama dah xde
xtau ape yang aku rindu rasa nak balik sangat
mungkin makanan/suasana/udara
suzi pun selalu datang
selang wiken je dia datang
mmg aku oder suruh dia bwk memacam
dia slalu bising kena bau keropok satu kereta tiap kali dtg
apa daya,padan muke mung

dunia,kalau aku terlalu pegang,aku akan risau
bila sedar aku dikelilingi org org yang aku sayang dan disayang
yg lain semua jd dah xkesah
kuatnya kuasa kasih syg
dan Allah bg rezeki pada waktu tidak disangka
mampukah untuk ditolak?
aku bersyukur

hrp kehidupan bertambah baik dan penuh kasih sayang

dan tentu itu juga yang aku doa untuk kamu yg sedang membaca ini

sekian,jumpa lagi.