2/23/10

EMAS

Berdasarkan ketidakstabilan nilai matawang pada hari ini,aku terpanggil untuk bercakap perihal emas. Sebagai pelaburan kukuh dan unggul. Sepanjang zaman.

30-40 tahun dulu,nilai emas tidak sama macam hari ini. Dulu, zaman muda mak aku,anting2 lanjut paras leher yang sederhana tebal baru berharga RM30.00. Dalam bahasa mudah,emas kalau berharga RM30.00 ringgit pada waktu itu dah boleh dapat sepasang subang lanjut2 yang comel. Ya,ini kisah dulu. Tapi hari ini, kalau pergi menapak ke kedai emas, skru subang sebelah pon belum tentu dapat dengan harga RM30.00.

Emas---warna tidak pudar,tahan lasak,tidak akan mengurang nilai walau calar,patah..boleh dibuat perhiasan bagi perempuan, terdesak boleh dijual atau gadai, harga meningkat dalam jangkamasa panjang, emas bawak ke negara mana2 pun laku untuk dijual (tidak seperti duit kertas yang hanya laku disebabkan jaminan kerajaan dan dipengaruhi inflasi).

Kalau ada duit lebih,kenapa tidak untuk pelaburan emas. Melabur emas tidak pernah rugi. Dan nilainya akan terus meningkat. Percayalah.

*Gaya penulisan tokei mas pencen

BUNTU

8.49 mlm
masih di sini
tunggu
tengok jam
tunggu
tunggu
kali ini tidak serunuk
tunggu untuk dimarah
untuk bukan salah sendiri
tunggu
tunggu

moge dipermudahkanNya

2/22/10

berubahkah manusia?

Bayangkan
Jika anda mengenali pasangan anda hari ni
Dan jika jodohnya ada
Atau perhubungannya panjang
Adakah dia yang anda kenali hari ini
Kehangatan,kasih sayang,keprihatinannya
Sama 20-30 tahun mendatang?
Ataupun
seperti yang selalu diperbincangkan
perangai sebelum selepas kahwin mesti lain

betulkah?
Kenapa berubah?
Adakah dulu hipokrit
Dan kelamaan perangai sebenar tersingkap
Atau berubahkah perasaan manusia
berkadar terus dengan masa?

Dengan minda sedar
Harap ia tidak berlaku..
Dengan minda sedar
Sebagaimana aku hari ini
Harap sama walau uban penuh sekepala
Peh...

2/9/10

9.45 mlm

Masih di office
Doing nothing
Hanya tunggu
Tunggu
Tgk jam
Tunggu lagi
Tunggu lagi

Apa no teksi?

2/4/10

high heel

Aku ada dua(ada riak menunjuk)
putih dan hitam
Baru beli
Dan satu
Yang hitam itu
Aku rasmi
Pakai untuk date sabtu lepas
Semangat mau menunjuk
Bau kedai xhilang lg beb

Hasilnya
Lelah mak,u
turun naik lrt,panjat klcc
dengan heel itus
Kren kaki
Urats bersimpul,berjalin
spoilkan mood dating aku

dan
Aku terpk
betapa azab dan sengsaranya
harga untuk lawa

kesian pompuan