8/18/13

hari raya

saya dan darwisy 
Assalammualaikum wbt
Lama tidak bersoksek di blog ini.
Saya tgk hitting untuk post manjakani sangat tinggi dan patutnya boleh ambil advantage untuk letak nuffnang iklan sana sini bagai. tapi saya tidak mahu mengkomplikasikan blog ini sehingga saya yang xberapa celik IT ini merangkak-rangkak kemudian hari.hahahaha..bersaya-saya bagai.sempena hari raya,kans.

Alhamdulillah last saya timbang berat (biasanya bila check up darwisy kat klinik,saya tumpang timbang) berat 59 kg dan seminggu sbelum raya 53kg.tentulah saya senang hati lompat tinggi-tinggi dan sehingga ke waktu menulis ini,dengan yakin berat saya macam dah jadi 60kg.jeans rasa macam dah mengetat dan itulah the best way saya nilai berat badan - dengan ukur jeans!

serius pelbagai produk pemutih dan kurang berat berlambak di pasaran dengan testimoni yang memukau.kalau saya buka fb rasanya wall penuh dengan iklan2 ini. entah kenapa rasa tidak teruja,kulit saya masih hitam manis tidak mahu melepak2 gebu kerana saya senang dengan warna kulit sekarang.bedak pun saya pakai pixy itupun kakak yang bagi tlebih beli maka diberi pada saya.huahuahua.asalkan bahagia.

berlalu sekali lagi hari raya tanpa mama..perasaan sedih itu saya tidak harap bawak ke tua tp itulah yang saya rasa. ibu itu raya ke dua sudah sibuk puasa enam, bulan puasa time sahur akan telefon anak2 yang jauh kejut sahur,malam raya sibuk kemas rumah masak bagai.lepas dia tiada,tugas itu tiada terbawa oleh sesiapa.Suzi pun tempah je dengan mak mentuanya tapai,rendang,nasi minyak,dan satay.cukuplah untuk sambutan raya tanpa ibu disisi. dan saya masih ke kuburnya pagi raya dengan suzi dan fariq.sebak.xmampu saya baca yasin tepi kuburnya.dia tidak sempat jumpa darwisy ank yang keletah itu.kesian darwisy tidak sempat kenal mama-kesayangan saya.

saya rindu dia.
kepada pembaca blog ini,saya amat berterima kasih kalau kalian mensedekahkan alfatihah buat arwah.
dia insan terhebat buat saya sebagai ank.
Habesah Mohd Hasan


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Sepanjang bulan ini sibuk dengan kenduri kendara dan open house.terima kasih atas ajakan:)


8/1/13

darwisy dan raya

Salam semua
Rasa macam dah lupa setahun 4 bulan lepas aku start ada anak
Semua kejanggalan itu berlalu dengan masa
Paling sukar sebab apa yang aku lalui tanpa mama di sisi
Aku curi sikap cekalnya,tabahnya dan aku jadikan benchmark
dalam membesarkan anak
walau baru setahun jagung
Aku yang xpernah suka budak
boleh melakukannya ...rasa sangat bersyukur(sambil lap hingus)
the best part I'm a proud breastfeeding mom(mama mesti kagum)
tiada ilmu sangat.tapi ada azam.harap sampai genap 2 tahun dengan izin Allah.
 
Darwisy lambat start jalan.lepas umur 1tahun 3bulan baru pandai.itupun huyung haying.tapi kami lakibini suka hati sangat.keletahnya,gelagatnya,bising murainya.harap dia membesar menjadi ank yang sihat ceria beriman.terima kasih ya Allah untuk anugerah terindah.
 
 
 
 

Darwisy umur 2 hari


2 - 3 bulan kemudian..time ni kamu sangat semangat

 
miss u sayang