6/21/11

JUNE..kenduri,cuti,jalan,kenduri lg,hatyai.seratas

saya suka isytiharan bulan ini,penderaan kereta.kenapakah?

wiken June belum ada tanda2 akan bermalas-malas di rumah
belum ada episod jogging yang diazamkan akan berlaku dikala wiken
bermula 4/5 hb,saya di terengganu rai perkahwinan Siti Hajar & Megat
11/12 hb berada di Kedah untuk kenduri sendiri
18/19 hb berada di Kedah untuk perkahwinan darmiza dan azizan
dan maybe 25/26 terengganu..ini belum pasti
esok pula, saya yakin sedang sibuk untuk kenduri doa selamat di rumah baru kakak saya.hurmm.

saya pun sudah tidak henggat berapa lama tidak masuk opis
kenduri sendiri bercuti hampir 2 minggu
dan semalam baru start bekerja selepas berjalan2 ke hadyai
dalam demam batuk geli2 tekak kaki saya macam xkenal penat
meriah gitu dengan tumit pecah2
huh

memandangkan kamera henset saya tidaklah canggih manggih
yang ada cuma kamera henset(sy letak dalam no 1 shortlist sbelum ni)
maka hasil tangkapan sangatlah kecewa
pun mahu pertontonkan juga
muahaha



Hadyai (ptg 19/6-ptg 20/6)
saya tidak rancang perjalann ini
pasport pun siap 2 hari sebelum itu
ini kali pertama saya keluar Malaysia.sobsobsob(kesian jadi aku)
macam bapak gatal..buat pasport,cop visa pertama,siam..walaweh

perjalanan dari sempadan melalui bukit kayu hitam ke hadyai adalah dalam sejam gitu
sewa teksi yang kat belakang bangunan zon bebas cukai akan dicaj RM60 satu hala ke hadyai.tinggalkan kereta kat situ RM15.00 satu hari.

kami stay kat regency hotel,hat yai sewa satu malam RM80++
sangat murah, dan suka hati walau sedikit cuak sebelum masuk area hotel ada kedai golek2kan beberapa ekor babi atas panggang

sepanjang kat hotel itu,kalau berniat mahu pergi lagi,xmo dah stay situ
kerana bau sangatlah xsesuai dengan hidung
xtau bau apa,bukan busuk,mcm hapak,ntahlah.nasib baik selesema.kurang deria

maybe kalau hotel sewa mahal sikit xmacam tu

tuk tuks (teksi) akan dtg ofer diri untuk bawak kita kemana kita suka

petang lepas check in berehat sekejap,kami berjalan pusing2 sekitar hotel
keadaannya mcm chow kit dengan banyak orang jual makanan,buah buahan dan sayur
pun mcm pasar payang terengganu tingkat bawah orang jual keropok bagai
tapi aku agak waswas tahap halal so xdelah membeli sangat
pun ada kepala babi panggang..ngeri sekejap

dah penat2 jalan,maka kami makan di restoren Hamid
menu pertama di Hatyai tentulah oder tomyam
dan otak2
dan sangat pedas tapi cukup sedap
otak2nya penuh dengan sotong isi ikan udang
terkenang2 akan rasanya
dah kenyang2,maka kami pergi ke Klonghae floating market dengan tuk tuks
perjalanan pergibalik RM50.00 dan dia sanggup tunggu kita merayap walau 3jam.terharu tgk mereka untuk RM50 sanggup tunggu
perjalanan ada dalam setengah jam

Klonghae floating market seperti namanya
adalah tempat dimana sampan/perahu kecil dijadikan tempat berniaga
perahu ditambat,kebanyakan jual makanan dan minuman,dalam bekas tembikar,sangat unik
eskrem dengan topping krim harga Rm2.50
ada juga nasik air,rojak,kuih muih
tapi saya sudah kenyang di Hamid restoren jadi makan pun xsemangat sangat
disini kebanyakannya adalah halal
dan ada orang tempatan nyanyi lagu thai
selangseli keriuhan

3jam kami disitu
selepas mengelilingi marketnya
pun pulang ke hotel
bersihkan badan,dan makan di gerai2 tepi hotel
ohh..gerai2 disini ada jual udang besar
RM30 seekor,goreng bodo dan cicah sos gitu

dah kenyang,dan demam aku sampai ke puncak
balik hotel dan tido

keesokkannya
mak aih..kat sini kedai2nya pukul 11 pg pun belum bukak
sedangkan aku check out pukul 12
so,nampakkah kalian
bahawa saya xberapa sempat membeli
cisss
sungguh xaci
macam perlu lawatan susulan

pendapat aku
kalau suka makan2,boleh pergi hatyai
tempat makan halal senang je cari
tomyam,udang bersepah2
makan memang besh
lorong2 agak kotor,anjing di jalanan mcm kucing
dengan jual babi bagai
beras walau gerai tepi jalan,nasik panjang cantik je
kalau nk membeli,beli dengan kuantiti lebih,so kalau mintak diskaun,konpem dapat
nilai duit sama je macam malaysia
kalau kita RM20,sana 200 baht..

berada di sempadan malaysia pukul 4ptg kot(isnin)
maka dalam perjalanan pulang ke KL
suami telah membawa isteri yang demam ke sekolahnya
SERATAS
teruja juga si isteri
bila sang suami selalu kutuk2 MRSM,terdetik di hati,hebat sangatkah SERATAS
lebihnya si isteri teruja mahu pergi kot2 dapat bahan sikit2 untuk kutukan balas



macam isteri demam lagi banyak snap diri mcm sekolah dia punya

ingatkan xdapat masuk,tapi langkah isteri langkah kanan,dengan senyum manis,palang guard terbuka lebar sambut kami

dah nak maghrib masa tu
bebudak asrama berpusu2 ke surau
suara alunan selawat zikir munajat memecah kesunyian
menggamit nostalgia zaman sekolah saya juga
hmm..pantas masa berlalu

begitulah sedikit sebanyak perjalanan wiken lepas

demam belum pulih
esok ada majlis doa selamat
adik dari trg akan turun kl
hari ini

saya berharap dengan wujudnya pasport ini
maka peluang merayap ke luar akan lebih terbuka luas
amin

erk,cakap pasal pasport
saya dah bertambah xsuka imegresen,JPN wangsamaju ni
snap pic sangat xlawa
lepas ic saya gambar xcantik dengan paksaan suruh saya pakai tudung kaler merah terang
pic pasport saya muka membulat memenuhi ruang
ishhh


ke saya yang memang xberapa lawa lalu mengharap keajaiban di pic sendiri..huh.

1 comment: