4/25/11

inspirasi kaya jadi kayap


saya renung ini di meja rias tiap pagi.inspirasi.dia cakap elok saya letak gambar syurga sebagai ganti..alahai..


siapa tidak mahu kaya
bilamana melihat ruang dapur rumah org lbh besar dari ruang tamu rumah sendiri
erk....rumah sewaan
lalu
hati meronta2..
bila mahu kaya

tiap kali pulang kerja
bilamana melalui kwsn rumah2 org kaya terlebih duit
persoalan mula kuasai di benak fikiran
"mereka ini kerjanya apa?"
sehingga mampu pula miliki segala
lalu hati meronta2 lagi..
mahu seperti mereka2 ini
menjadi kaya dan berduit

dia selalu berkata
kaya buat manusia lupa
ramai yg gagal dari berjaya
gagal mencari syurga
hisabnya juga lebih pnjg dari yg xberharta

tapi hati saya degil
mahu segala
penuhi keinginan
lalu dia bertanya
keinginan yang bagaimana?
keinginan tiada noktah
dan saya diam.bisu

saya dari kecil
di pikirin
kaya dan kesenangan itu mahu dicari
sebab itu belajar
mama pun cakap begitu
kerja bagus2 nanti,jadi org berjaya
yang saya pk maksudnya jadi org kaya

dewasa ini buat saya sedar
baik mama atau dia
dua pandangan berbeza
dan hati dewasa ini
yang xberapa dewasa
fikir
cukuplah
saya mahu kebahagiaan
ada masa dengan keluarga
tidak miskin dan tidak kaya
tapi miliki segala
yang patut ada pada setiap manusia
dan itu
sudah cukup bagi saya
untuk nilai kebahagian

begitukah??

No comments:

Post a Comment