12/5/11
december datang lagi
sudah setahun pemergian mama
hmmm
tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami
sebelum ini
aku selalu gusar pasal rezeki
yang akhirnya aku pasrah
dan hanya berusaha
tanpa nampak 'kat mana rezeki akan datang'
ternyata kuasa Allah sangat besar
kadang2 dalam keadaan yang tidak disangka2
dan aku sangat bersyukur untuk itu
semalam
setelah hampir 4bln xbertemu
aku belanja bos lama aku
dia sudah berubah
makin kurus,kusut,dan susut
dan aku tahu dia hadapi masalah
orang yang banyak bantu aku
suatu ketika dahulu
tetiba jadi camtu
aku rasa luluh
dan mula aku terdetik
KALAUlah ada apa2 yang aku boleh tolong
untuk ringankan beban dia
KALAULAH
dan 'kalau' itu membuka pintu
peluang untuk syaitan menerjah
kerana 'kalau' itu menunjukkan kelompongan
dan harapan yang tak terpenuh
sesungguhnya Allah lebih mengetahui
dan aku mendoakan rezeki untuknya bertambah,amin
setahun ini hidup aku berpusat pada keluarga,kewangan,kerjaya
tahun ini tahun paling sukar bagi aku
tahun ini buat aku sedar
keluarga ialah no 1,xde galang ganti
dan kami support antara satu sama lain
waktu sukar memang menguji kesemuanya
dan alhamdulillah
aku masih bernafas,teruskan hidup
dan tentulah,sesukar mana yang aku rasa
masih ada insan di luar
yang lagi susah dari aku
untuk mereka juga
aku suka berkata
kasih sayang akan mengubat segalanya
hati tenang dan ikhlas akan hilangkan penyakit hati
sangat sentosa:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment