12/12/11

ujian personaliti

salam sejahtera buat semua

baru2 ini nama aku tersenarai untuk mengikuti ujian personaliti
aku sempat mencari sedikit info pasal ujian personaliti
tapi tidak membantu sangat
maka selepas sendiri menghadiri dan menjalaninya
maka ini yang dapat aku rumuskan

ujian personaliti tiada jawapan yang betul atau salah
setiap soalan memerlukan anda menjawab ya atau tidak
dimana jawapan anda akan menentukan personaliti anda

ujian personaliti menentukan personaliti anda
personaliti anda akan menentukan samada anda sesuai atau tidak terhadap jawatan yang dipohon
contohnya kalau anda memohon jawatan sebagai akauntan,maka anda seharusnya mempunyai ciri2 seorang akauntan seperti integriti,amanah dan bertanggungjawab dimana soalan2 yang menjurus kepada sikap2 ini anda seharusnya menjawab ya.

ujian personaliti memastikan ketelusan diri anda
ini menunjukkan samada anda jujur atau tidak ketika menjawab soalan yang diberikan
contohnya "pernahkan anda berang/marah kepada kawan anda?" ataupun "adakah anda gugup jika berucap di hadapan umum?" yang semstinya harus jawab ya kerana manusia semestinya ada ketikanya sikap marah teruji dan mesti gugup ketika mahu berucap.ini ciri-ciri manusia kan?


tips untuk berjaya dalam ujian personaliti
1.semestinya berdoa dan bertawakal
2.elok juga berlaku jujur ketika menjawab soalan personaliti akan tetapi kalau kamu berusaha untuk mendapat jawatan yang dipohon,seharusnyalah menjawab dengan memberi jawapan2 positif yang seharusnya ada pada jawatan yang dipohon.bukan begitu?


*****setiap apa yang ditulis diatas adalah dari pengamatan dan pengalaman saya. kepada mereka yang akan menduduki ujian personaliti,selamat maju jaya diucapkan.



*****ada seseorang yang pemurah mahu taja roadtax kereta saya tahun ini.sangat teruja dan terima kasih bebanyak.

No comments:

Post a Comment