salam semua
harap sihat sentiasa
aku sebenarnya hari-hari online
tapi macam tak ada apa sangat nak cerita dan hebah
bulan nov ada beberapa tarikh yg istimewa
bday laki aku,bespren kahwin(tahniah ernny) dan sepupu yg xberapa kenal juge kahwin,bola sepak,sukan sea,indon,blabla..kalau ikutkan sifat aku yang suka cakap ni,mmg banyak aku nak report kat sini.tapi xpelah.
buat ernny,tahniah aku ucapkan.aku pun xtau mung masih jenguk sini atau tidak.fasa baru masuk alam berdua ni akan sangat indah untuk dikenang.setiap saat akan rasa berharga.enjoy the moment.harapan aku moga perkahwinan ini akan bertahan ke akhir hayat.moga kalian bahagia dan dan hadapi setiap masalah dengan sikap toleransi,kesabaran,menghormati dan kasih syg.insyaallah.
bila tengok last entry sendiri yang pergi intebiu cari keje
(org tu xrespon sehingga kini)
aku dah xmengharap lagi dah
dah malas nk cari keje
kalau aku bz pk pon,maybe neks year
itupun bergantung pada keadaan semasa
buat masa ini
boleh dikata kehidupan ditahap membangun
kerja membangun dan berat badan juge
kesihatan juga xberapa bagus
selera makan xmenentu
terbantut semua kerja
hebatnya bila dah berlaki
semua kerja dia ambil alih
kalau dia outstation
aku pulak jadi mcm hilang punca
susah betul..
aku pun dah jarang masuk dapur
dah tak eksited nk blajar memasak
baju hantar dobi,yg mmg dah berlipat pun aku malas nk kemas
harap sementara je mcm ni
cuma kalau ada hari aku terajin
dan paksa laki utk mood rajin mcm aku
mmg aku lelah mampos sbb semua kena buat serentak
dan teringat zaman mrsm
mcm hari ada inspection
ktorg lakibini sibuk bahagi kawasan utk dibersih
aku sedikit homesick
rasa nak balik kg
mama dah xde
xtau ape yang aku rindu rasa nak balik sangat
mungkin makanan/suasana/udara
suzi pun selalu datang
selang wiken je dia datang
mmg aku oder suruh dia bwk memacam
dia slalu bising kena bau keropok satu kereta tiap kali dtg
apa daya,padan muke mung
dunia,kalau aku terlalu pegang,aku akan risau
bila sedar aku dikelilingi org org yang aku sayang dan disayang
yg lain semua jd dah xkesah
kuatnya kuasa kasih syg
dan Allah bg rezeki pada waktu tidak disangka
mampukah untuk ditolak?
aku bersyukur
hrp kehidupan bertambah baik dan penuh kasih sayang
dan tentu itu juga yang aku doa untuk kamu yg sedang membaca ini
sekian,jumpa lagi.
dunia,kalau aku terlalu pegang,aku akan risau
ReplyDeletesetuju sgt!
macam aku kalau dah layan sgt fikir pasal kerja mmg satu benda pun aku tak boleh buat. rezeki tetap ada. aku hari2 motivasikan diri yang aku boleh buat. banyak ke sikit rezeki tu boleh tolak tepi.
thanks for the doa. mmg betul..marriage adalah satu benda yang sangat besar! sifat sabar aku kena tebalkan lagi. sama juga sifat hormat pada pasangan. kawen satu umur ni mmg mencabar sebab masing-masing ada "stand" masing-masing. apapun..aku berusaha jadi isteri yg boleh buat suami bahagia sokmo walaupun smlm pasal aku jgkt ak dpt kluar parking alamanda ;p
love u muyin...friends forever. inshaAllah