10/2/12

Premium beautiful korset




Salam
Hari ini aku berkira kira mahu start diet
Azam kali ini aku tidak mahu hebohkan hatta pada laki sekalipun
Paling tidak dia akan sindir dan buat muka yg annoying
Xpe..abaikan dia

Sejarah dan susurgalur diet aku sebelum ini ada turun naiknya
Ada kisah menjadi,dan ada yang failed...i mean totally failed
Yang menjadi tu sebab aku amik ubat kurus
Kuangkuang
Tapi Masa aku amik ubat kurus tu,aku struggle betul untuk kurus
Yakni lengkap dengan exercise dan kawalan makan...dengan cara aku

Untuk orang yang tubuh macam aku ni
150cm,berat idea mungkin around 50 kg je
Dan sekarang aku 58kg
8kg bunyi x mustahil
But hey...sudah 2 bulan berat itu statik
Tanpa usaha untuk kurangkan
Patutnya sebab aku breastfeed
Orang cakap akan susut
Tapi aku macam tunggu anak raja datang pinang
Xkunjung tiba...sadis...

So..dah nampak kan kat situ
My aim is to loss 8 kilos
Within 2months
2month??kat sini yang susahnya


So,apa aku buat hari ini

Aku keluarkan balik pembarut nangka PB
Huh...dah lama xpakai
Setengah jam nak boleh ke aku pakai korset
Belum masuk yang lain lagi
Berpeluh2
Mungkin kat situ dah kurang 500 kalories
Huahuahau

Kes aku malas pakai korset
Itulaaaa
Nak boleh ke pakai,berpeluh2
Pastu rasa macam tersekat nafas
Azab betul nak kurus

Aku xnak kurangkan makan
Nanti darwisy pun akan turutkurus pula
Cuma
Aku jadikan dia dumbell
Dengan berat dia 8 kg tu,aku buat angkat berat
Letak atas perut dan sit up
Tiap kali aku up
Aku kiss dia
Tersengih2
Sedar x sedar
Dah 20x sit up
Ok ler tu untuk 1 st day

Hajat xmahu amik heavy dinner
So malam ni aku buat macaroni
Tapi....mc


No comments:

Post a Comment