6/20/12

muhammad darwisy b mohd azizi





gambar di atas ialah sebulan yang lalu
aku pun belum puas tengok dia yang masih kecik
sebab tu tampal kat sini

sekarang dah jadi macam anak jin
dagu berlapis-lapis
makin lama masa aku spend untuk bersihkan kelipat2 peha dan lengan dan leher
oiii budak,jgn besar sgt..ibu xlarat nak angkat

dalam hampir dua bulan ini
aku makin serasi menjadi ibu
bangun tengah malam adalah perkara biasa
peelnya sentiasa berubah-ubah
buat masa ini pagi2 mahu tidur berdukung
dah lah berat,rasa macam pikul plastik gula 6kg

baby sangat cepat membesar
setiap hari berubah
macam mana mahu bosan
dan arwah mama
kalau pun masih hidup
mesti tak percaya
aku boleh handle baby sorang2

untuk darwisy kalau pun blog ini masih wujud saatnya besar dan reti baca dan paham.
'sakit tau nak beranak kan kamu.badan nk slim balik pun susah.angkat kamu yang gemuk dan berat dan banyak mengada sangatlah mencabar.tp kamu sangat manis di mata dan hati ibu walau debab macam guni beras'

bersambung..

3 comments: