7/19/11

2nd wiken 7/11


SINGAPORE EXPO

salam semua
fuh fuh
ini minggu yang super bz
kenapakah?
selama 4 hari aku bertapa di singapore expo
bukak booth keropok dan produk makanan terengganu yang lain

kisah aku,booth jualan,expo,menjual bolehlah dikatakan sebagai bidan terjun
seris aku tidak pernah jaga booth
dan seris aku xkan pandang rendah orang yang menjual kat booth
sangat penat okeh
perlu berdiri,perlu happening,mulut kena riuh,kena senyum
satu advantage buat ktorg sebab mmg org ganu dan loghat ganu itu sangat mahal
muahaha
semua itu pelaris uolls
dan alhamdulillah
semua licin habis dijual
malah hari last,pukul 2ptg ktorg dah tutup booth
sebab stok dah habis
takpe,neks time kalo ada peluang,akan usaha lagi
bawak stock bebanyak

satu hal yang leceh bila menjual di negara luar
perlu melalui pelbagai procedure
dan duit singapore yang 2.45 kali lbh mahal dari kita
buat semua benda tampak mahal
perlu jual banyak2 untuk cover cost

sepanjang jaga booth
mmg banyak pengalaman yang aku kutip
mungkin aku akan buat 1 entry selepas ini
cuma kejujuran berniaga,tidak perendahkan gerai lain
mesra pelanggan,tidak berkira, akan buat orang mcm digam kat gerai kita
bangga aku katakan,ada yang dah round2 gerai2,akhirnya berbalik membeli di gerai kami
dan ada yang datang lg keesokkannya untuk membeli lagi
besh kan?
hahahaha

penat memang penat
ptg rabu sampai terengganu dari kl
beli keropok bagai penuhkan van
kak mi aku suzi berangkat terus ke singapore mlm itu jugak
hampir 20 jam di jalanan
sampai terus bukak gerai
ktorg goreng2 juga keropok bagi rasa
supaya ada feel
oklah
ini ada sedikit pic pada hari kejadian




antara produk jualan..keropok ikan tamban terengganu


suzi,kotak keropok bg test,dengan jiran booth sebelah..mereka sangat baek ok..ktorg selalu bukak booth lewat,ada pukul 12 tghari baru sampai ke tapak,so nice bila diorg tlg bukakkan dan layan customer sebelum ktorg sampai..see,teruk betul tabiat menjual..kol 12 bru bukak kedai..muahahaha



ini gerai kami..stok sikit,alhamdulillah semua licin


Antara gerai lain yang sempat snap


cantik diorg deco,pamer...ktorg punya,alas meja pun xde..betul2 koboi


di expo tersebut,banyak gerai adalah dari malaysia under FAMA..jual buah,kuih raya,kerepek,susu kambing,catering2 yang jual makanan,tudung2 bagai dengan eksesori sepereti kerongsang..benda yang selalu kita lihat di tapak expo
ada juga dari jakarta yang jual jubah2,kain2 tp harga dalam dolar yang buat aku fikir elok aku pergi sana saja tuk memborong(ntah bila mau pegi,ntah bila ada duit nak borong) tapi aku teruja bawa balik kek lapis sarawak ini..nyum2..

hari terakhir itu
dikala dah kemas2
giliran ktorg pula yang soping
muahaha
kak mi mau amik tapak bazar singapore bulan pose
sape mahu handle
aku surrender...laki mahu campak mana?

No comments:

Post a Comment