8/28/09

balik kampung lg

xde ape nk ckp
Merdekalah pada sape2 nk sambut
Aku tidak berjiwa merdeka
xde makna kibar bendera kat rumah,kat kereta
Aku xmo kayakan org lain RM 3.90
Azam aku 2 minit ini

Abaikan merdeka

Petang ini
niat di hati angkut 2 ekor monyet
1 campak kat temerloh
satu bwk sampai terengganu

Harap2 JPJ dan polis
Lupe sahur smlm
Xover excited ukur jalan ini hari

Aku xmau jammed

Bye KL

8/25/09

Ngomelan ramadhan dan bazar

Ramadhan datang lagi

Tahun lepas xsempat abiskan sebutir Al-quran
Tahun ni harap lebih baik
Tapi terawih dah ada lompong
Sembahyang asar walau awal waktu
Tapi niat pulak xbetul
Sebab xnak berebut surau
Sebab nak balik awal
Nampak sangat
Setan luar terikat
Setan dalam diri pulak beraya

Dan biasalah
Bazar ramadhan pon meriah tak hengat dunia
Aku teringat satu gerai pakcik tu kat bazar sri rampai
"cepat,cepat!! yang last dah ni!!cepat!cepat sebelum habis!"
Aku intai,banyak lagi stok jualan atas meja
Strategi pon xhengat dunia
Agak2la..

Gerai jual air pon sama..
5-6 orang muda belia remaja
Suara sampai hujung gerai boleh dengar
Suruh beli air dia
Diameter lubang tekak sama dengan ukurlilit mangkuk jamban
Aku syak
Unsur2 tidak puasa pada manusia2 itu
Masakan mampu memekik melolong 3 jam berterusan
"Bli satu percuma straw 1"
Hebat benar...

Sampai kat gerai jual nasik tomato
Aku tumpang dengar perbualan jiran sebelah
"aku xnak yang ni,aku nak nasik tomato dengan ayam paprik.
aku nampak kat gerai hujung tadi"
Aku dah pelik..gerai mana satu jual nasik tomato ayam paprik??
Luar biasa jugak dengar
Sipi2 hujung telinga aku dengar kawannya membalas
"ko ni..ayam paprik ke ayam panggang percik??"
Bahana puasa.Dah nk masuk waktu tu..cakap pon dah xberapa nak betul
Percik dan paprik,jauh jugak bunyinya...hmmm

Bazar memang meriah
Selain cuci mata
Cuci telinga
Tengok gelagat manusia
Jangan lupa
Kiraan pahala dosa pon terusan dicatat
Pandangan kena jaga
Jangan umpat kritik lebih
Xsedap jgn mengata
Xsedap xyah beli dah lain waktu

Dan macam aku
Pengajaran pertama aku dapat
Bazar buat aku sakit perut tak hengat dunia
Aku kuat syak
Makan murtabak yang 2 hari lepas

Oh oh..bile dapur nak berasap

8/20/09

Bila hati riang--huh..x hengat dunia....

aku keriangan sekarang

Walau cuaca tidak menentu
Kejap hujan,kejap panas
Hati tetap senang
(aku dah seminggu tak cuci baju)

Walau kawan datang bawak pelbagai peel
Sakit kepala, sakit jiwa
Aku masih mampu senyum
Dengan lebar

Walau kakak adik kacau aku cam langau
Aku tetap terbahak2
Sambil pk nk bg lempangan atau sepakan

Sebetulnya
Rasa cam bulan muncul waktu siang
Pelangi keluar waktu malam

wargghhh..aku nk packing..bye KL.

8/19/09

Ep 4: Reunion XYTD

Sekolah ini letaknya berhampiran bekas landasan keretapi lama.Sisa2 tunggul landasan masih jelas kelihatan di pinggir laut sebagaimana jelasnya pelbagai cerita seram yang menghantui pada waktu itu.Aku tidak pernah tahu secara terangan siapa yang betul2 menyaksikan hantu2 comel jepun pada waktu itu tp tukang cerita mampu mengekspretasikan dengan begitu baik sekali.siap nyanyi lagi.."mama caring baby..."Bravo..sampai nak gi toilet pon kena berteman.Kuat betul penangan cerita hantu pada waktu itu.

Aku tidak ingat secara jelas tapi antara perkara besar yang berlaku pada waktu itu seperti wabak kutu,skebis yang menyerang pelajar lelaki,wabak sakit mata,kes2 skodeng dan ponteng walaupun merunsingkan para warden dan guru tapi kami enjoy menghadapinya,melakukannya.Yeah..tu xtermasuk lagi musim election,kem-kem kepimpinan,minggu aktiviti yang paksa ktorg berdikir barat,nasyid,blakonan,sambutan hari asyura,hari buah,pelbagai aktiviti homeroom...rasa seperti mahu diulangtayang balik.Oh..sekolah tercinta..

Layan pic lagi..


Tempat yang selalu berkubang...


Tempat yang selalu diskodeng


Tunggul landasan keretapi bijih besi


Camniler gaya org gedik skodeng(dilakonkan balik)

Ep 3: Reunion XYTD

Melawat sekolah pada pagi itu memang mengundang seribu satu rasa.Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke tempat itu 9 tahun yang lalu. Ketika otak masih fresh,ketika mau ambil result PMR.Waktu itu aku sempat berbual panjang dengan Ustaz Weil.Sempat memberi nasihat yang aku xpernah follow..ustaz xpenah tau aku seorang rockstar.Sori Ustaz.Tapi aku memang ingat nasihat dia.Aku ikut jejak manusia2 kerumuni alam,ada ilmu tp xamal.

Banyak yang berubah.Bangunan sahaja yang masih tegak menapak.kalau bangunan ada roda,konpem beralih tempat juga.Kelas,PSP pusat sumber pembelajaran,KOOP,dewan selera,bangunan akademik,dataran ilmu semua dah berubah.jambatan mini landskap dulu tempat budak lelaki nakal direndam pon dah xada..parit besar tempat sembunyi pon dah hilang,pokok mangga kat belakang aspuri pon dah tinggal dahan kering je..Tempat itu secara keseluruhan telah hilang zaman kegemilangannya.Macam dilanggar garuda.Feelingnya xsama macam 9 tahun yang lalu.Dari kacamata aku,jejaknya kaki aku kesana bagaikan seorang yang melihat dunia setelah 40 tahun dipenjara.Terasing.

Memetik kata-kata wong, idea untuk mengumpul dana untuk membeli sekolah ini dengar tidak berapa nak logik tapi aku optimis.ngeh2....


Meh layan pix sekeping 2...

posing kat Bangunan Akademik...muka kudus xmandi..


lampu ni konpem tinggalan kitaorg..


Model dalam pix cuba menggambarkan detik2 menelefon makbapak dan pakwessss dikala itu.ahaks!zaman dulu,ketuk2 duit 20sen nnti telefon akan detect RM1.00 keping mas..

8/17/09

Ep 2: Reunion XYTD ---sesi makan


Bergambar kenangan depan gerai Pak Zain


Ayam kat kedai Pak Zain,kl susah mau jupe ayam kat kedai mkn


Muke2 xmandi tunggu nasi minyak nasi dagang nasi lemak kat seberang pintasan

--------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya aku sedikit tidak puas hati pasal makan petang itu
Gerai tepi pantai teluk lipat-xde pic..aku xsnap..panas membara time tu.lupa.
Ini yang ktorg oder
2 pinggan keropok goreng---RM6.00
2 pinggan sotong celup tepung---RM15.00
6 bijik air kelapa---RM18.00
1 gelas air kelapa----RM1.00
5 udang lidi---RM5.00
4 ikan celup tepung----RM8.00

total RM53.00

hmmm..aku cekap hafal benda yang aku menyampah..puji aku cepat..
RM53.00 bagi aku tidak berbaloi sama sekali
Kalaulah masa masih panjang
Nak je aku bersila pegang kalkulator dengan makcik cekik darah tu
Kira balik,adjust balik

Kalau ikut tahap ekspert aku ni
keropok tu 2 pinggan 3 ringgit je..bukan byk sangat pon dalam 1 pinggan.
Air kelapa xmo cakap..beruk maybe mogok sbb tu RM3 sebijik.
Sotong yang kepala pon susah nk jumpe tepung je banyak charge sampai RM 15..ni mmg aku xpuas hati.
Agaknya mahal sebab minyak..memang makcik tu goreng banyak minyak
Aku xpuas hati lagi
Oh..ktorg banyak bazir tisu lap minyak...
Silapnya juga maybe sebab makcik tu nampak ktorg cam org luar..cis..ditipu di negeri sendiri...paling mahal pon aku letak RM30.00 untuk seme hidangan.cis lg!!

Tertipu di tempat sendiri mmg memalukan...cis cis cis.

Lahirnya DENEL junior


RAYNA

Kali terakhir aku jumpa dia 10 bulan lalu kot...2-3 minggu selepas dia kahwin.Masa tu suami dia kat offshore.Ini kawan lama.Bespren aku.Kawan baik amat.Jumpa2,shopping2,jalan2,makan2..hmmm..kerje perempuan2 berhemah. dan di akhir perjumpaan, berjanji mau jumpa lagi.Senyap.

7 bulan kemudian

Dia kol aku.Tanya area tempat makan best kat damansara.Selepas 7 bulan.baru kontek.Salah satu sikap yang aku xberapa gemar pada mereka2 yang dah kahwin.Dulu aku xsuka sangat suami dia.aku kira dia rampas kawan aku.aku memang xsuka.sedih.sori farah.aku jujur ni.dan selepas 7 bulan,dia bagitau dia tengah pregnant.Terkejut juga.hmmm.Dalam hati,aku bercadang mahu lawat dia. Lagipun Pulau Indah tu bukan jauh sangat.Jangan tanya kenapa aku tak kontek dia selama ini.Aku hmm masih anti suami dia.ngeh2.

2 bulan kot selepas itu

Aku dapat msg dari dia.dah selamat bersalin.baby girl.Aku baru plan nk lawat dia masa dia preggy. baru plan nk cucuk2 perut dia.rupanya dah kuar.So sebelum aku balik ke KL selepas reunion,aku lawat dia(berpantang di Kemaman).Dia hmm dah lain.dulu cam kacang panjang,sekarang dah jd cam terung.Aku pon dah was was dia kawan aku yang dulu2 ke...aku hanya dapat cam bila dia ckp"bongokla Erin"..tu memang trademark dia.cuma aku mungkin xkan sanggup kalo ank dia one day ckp,bongokla auntie Erin..memang terduduk kat situ jugak aku lempang.ceh.dah masuk gol ibu pon buat gurau bewok lg dgn aku.

Tapi Rayna is so cute..Tak macam Farah.Ikut muka bapak dia agaknya..kalau macam Farah,memang kesianler budak itu.xde harapan langsung nak jadi model nanti.

Kepada Farah Diana (aku panggil dia Denel), tahniah..Nak kembali jadi muda belia remaja,mintak petua dari aku nanti.ngeh2.

Dan rasanya baru aku sedar kot..aku yang tidak memahami situasi orang yang dah kahwin tp kawan tetap kawan kan?peace!!!!

8/16/09

Epi 1: Reunion XYTD


dataran ilmu


Aku ada terlalu banyak kisah,ulasan,komen yang ingin aku coretkan..Maybe sepanjang minggu ini aku hanya akan imbas perkara2 yang berlaku sepanjang wiken lepas.

Ya, wiken lepas,aku menghadirkan diri,melibatkan diri dengan reunion kecil kecilan.
Kalau sebelum ini aku memberi 'bidasan' ala2 manja dalam forum xYTD dan kalaulah ada yang terasa,aku minta maaf.

Adatlah manusia,bualan banyak,bila tiba harinya,semua lari sembunyi dan yang tinggal hanya muka2 yang memang selalu ngadap..xde faedah buat reunion jauh2.Muka2 piring ini yang memang aku selalu jumpa di KL.

Aku masih kira ini ialah REUNION walaupun jumlah yang datang tak seperti yang dijangkakan.Yang paling best,10 tahun tidak dapat,tidak mampu mengubah kami.Aku takjub,semua masih sama.termasuk Ummi,kawan pertama yang aku kenal di YTD.Rindu kat dia tetiba.

Dalam reunion ini, yang paling nostalgik ialah melawat sekolah lama.Pintu pagar utama itu pon dah mengingatkan aku pada kenakalan lama.Zaman itu semua mahu dicuba.Otak singkat.Lurus.Naif.Straight.Budak2.Senang ditipu dan kuat menipu.Kuat tidur.Kuat skodeng.Kuat main.

MRSM itu memang banyak meninggalkan cerita yang manis untuk dikenang. Tidak seperti sekolah2 lain yang pernah aku jejaki.Mungkin kerana sekolah ini aku tidak pernah bersedia untuk meninggalkannya.Dan minggu ini,aku mahu kreditkan blog aku untuk mengenang sejarah itu.

Aku bukan watak utama dalam kisah ini tp aku antara mata2 yang mengekori sejarah kegemilangan maktab ini sehingga ke penghujungnya. Dan kepada mereka yang TRUE pada sekolah ini pasti dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.Keinginan dan harapan mahu melihat sekolah ini masih seperti dulu walaupun ia mustahil.Sedih.

Kepada mereka yang hadir, aku ucapkan jutaan terima kasih. Sepatutnya ex student yg asal dari terengganu datang dan support (aku kecewa,ktorg dari KL pon leh datang join)hmmm..Dan kepada Faza dan Ernny..Terengganu dan KL dekat je kan???ngeh2. Picture2 dalam blog sepanjang minggu ini aku cilok dari kamera faza,norzi,aidah,zila,elly.Aku si miskin xde kamera.Thanx to all.Sayang semua.Muah2.

8/11/09

Budak kacang hantu vs pari2 cantik

(tajuk macamtak berapa ngam...takpe abaikan..asal bertajuk)

Aku bukan xsuka budak
Cuma budak xberapa nak suka aku

Baik anak saudara,sepupu sepapat,ank rakan taulan atau yang berselisih
Aku jarang menoleh dua kali
Unless kalau budak tu lawa comel macam aku
Itu pon dengan pandangan (oh!!competitor aku!)

So,bila kakak aku mintak aku jadi bibik sementara
Jaga anak dia 1 minggu
Aku sanggup
Sebab dia mahu upah aku berganda2
(sapa tidak sanggup?)

Budak ini sangat nakal
Agresif
Aku salahkan susu tepung
Banyak sangat campuran
Cergas melampau memeningkan kepala
Tb jadi hak dia mutlak
Seminggu juga aku terpaksa abaikan drama kegemaran
Seminggu juga aku ngadap astro ceria,cartoon network
Dalam hati slalu bharap-entah bila budak ini mau tidur
Tapi jangan mimpiler..
Aku je yang selalu terlelap-keletihan

Kakak aku bilang..buat sup sayur
Taruk lobak dan kentang
sayur hijau itu budak tidak makan
Aku menurut sahaja
Suapkan dia
tapi dia mkn sikit sangat
byk main
Ajaran ape ntah bibik sebelum ini bagi
Liat betul mahu makan
Aku dah panas hati

Aku tutup tb
Buat muka firaun
Letak dia kemas2 kat kerusi
Ada unsur2 penolakan
"daniel!seat properly.If not,then no go out,no tb,no lorries.no cars"
aku membilang.nada amaran
Aku bungkus budak itu dengan selimut,mcm buat nasi lemak--xkasi gerak
Aku tahu dia ketakutan
hasilnya
Nasi itu habis ditelan
tanpa bantahan
Terkebil2 pandang aku
dalam selimut
nasibler

Dalam hati,aku puas
Nah..aura bibik baru
jangan nk main2 dengan aku

Ini cerita 2 tahun lepas
Zaman aku tanam anggur

motif cerita ini
Hebatkan aku????huahuahua

8/6/09

keropok kulit lembu

Aku biasa dengar
Orang Indon sangat kreatif
Malah ada seorang kawan,Da namanya
Pernah bercerita pada aku
Yang tempe,soya itu di Indonesia terlalu banyak kegunaannya
Tempe boleh dimasak gulai bersantan dan rasanya seakan2 ayam
Memandangkan kesukaran untuk mendapat ayam
Tempe dijadikan alternatif dan dimanfaatkan sepenuhnya

Dan nampak gaya
Lembu juga tidak terkecuali
Kulit lembu beb
Aku rasa macam masuk Fear Factor pulak
Bahagian2 lembu seperti
Lidah,otak, ekor,perut,paru,daging mungkin familiar
tapi kulit
hmmm
Baru aku tahu

Ini memang rare,bukan rupa
tapi rasa
Bau hamis kambing aku tidak heran
tapi bila keropok itu dikunyah dan menghasilkan bau lembu
yang amat kuat
walau hanya satu kunyahan
mak ampun
kesannya berjam2 nak hilang




Aku diberitahu
Ia digoreng terus
tak taruk tepung pon ni
memang kulit asli
bahagian mana pon aku xtau

Tapi biasalah taste manusia berbeza
Ada yang pandai menikmatinya
Keropok peparu lg ok bagi aku

8/3/09

aku dan kampung

Balik kampung kali ini
Lain pulak feelingnya
skrang musim buah
Cuaca sedang2 elok sahaja
pagi2 pula
sejuk berkabus berembun mengigil berlaga gigi
ketar-ketar
tapi suasana itulah
yang aku rindu tiap waktu
bila ingatkan kampung

Sebagai tanda protes
Aku 'bertepet' dengan ayah aku je
Mogok dengan mak aku sebab paksa keje gomen

Pepagi buta sehari selepas berenak di kampung
Aku 'gendangkan' pintu bilik malaun2
kejut2 manja
Ajak ke pantai
Dengan muka sememeh
Gigi xgosok
Vroom2!!

Aku tepetler sekeping dua kat sini
DINI HARI DI BATU BURUK--amacam tajuk???


galas dugong...

Dan pagi sebelumnya
Sambil bermalas2 di buaian
Sambil tengok adik aku cuci motor
Sambil umpat lembu sape bodoh masuk kwsn rumah telan bunga mak aku

Tetiba
Ayah aku berlari2 arnab
Perghhh
Aku cam boleh agak
akan ada aksi 18sg akan berlaku
Dan tanpa sempat aku betulkan duduk
Sekor reptilia yang dah mampus
diseret keluar--parking tepat depan kitaorang yang tengah mengumpat
cis...ayah aku buat aksi rambo

idea landingkan binatang itu depan mata aku
memang xleh blah
bewok kulit sisik kedut2 itu
kulitnya ingatkan aku pada
kulit ikan keli masak sambal
sebijik!!

Sebenarnya
Rumah aku dekat dengan hutan
Kaki bukit
Memang macam2 binatang yang suka expose diri
terlebih expose pon ada
Ular kapak ler, tedung ler,sawa ler
bewok ler, beruk sesat ler, kucing hutan ler
Apatah lagi lepas hujan
Bingit sore ayam
Bagaikan satu petanda
Ada pemangsa menghampiri
Kalau berlama2 di rumah
mesti aku sempat jumpe
Tenggiling dan anak2 yang sesat
Yang itu memang sweet
Tapi bewok mampos ini
Memang xsweet langsung
Comel pon tidak
cute apetah lagi
tak kuasa aku mau ikat reben
memang fail imaginasi aku

Aku snap juga
picture bewok mampus
(bukan tontonan umum)
aku rasa geli nk taruk sini..

xsudah dengan itu
tengahari tersebut
mak aku mau tunjuk bakat
(aku rasa cam ada unsur2 nk amik ati aku)
aku dan bapak tercinta terpaksalah ke pasar
cari ikan air tawar
(niat ke kolam pak ari dikansel--dengar cite ikan keli dia telan katak..yaks!!)
tunggu2 orang siang ikan
Aku menjelajah
Tengok2 ikan yang bakal kena korban
sempat bapak gua tanya
"mau ke yang ni??"
sambil tunjuk binatang berselirat itu
Oh no!!! no no no
Mak aku pon mesti xkan masuk dapur
kalau ktorg bawak pulang..
ngeh2...
Aku snapler juge
Spesis unagi ini...

xdelah sebesar kat giant taman melawati..ati aku terdetik


ade orang bela taruk dalam aquarium x agaknya...hmmmm..idea ganas aku mau beli sekor letak dlm balang wat hiasan kat rumah...rare jugak tu...ngeh2..

to my mom
Aku kena teruskan kelangsungan rajukan ini
kalo aku tau rajuk=dapat layanan spesel
aku ngajuk 24 tahun
ngeh2